My LOG

My LOG

Saturday, March 20, 2010

SELEPAS COBAAN KELIMA DAN KEEMPAT

Dah hampir seminggu aku travel mengelilingi semenanjung Malaysia. Tak sempat nak update blog, tambahan lagi lap top aku lupa sumbat dalam bonet kereta. Agak bengang jugak dibuatnya. Masa aku menaip nie aku agak keletihan tapi niat aku bila aku sampai rumah benda nie la aku nak buat dulu.


Tak dak penghargaan lain yang aku dapat berikan kepada 2 rakan aku nie selain ucapan tahniah. Zal dan Pak Yop..mungkin ini agak lewat tapi sekalung tahniah aku ucapkan. Hangpa dah buat aku teruja dengan hangpa. Tak dak erti malu, malas, tanggungjawab berat, tak cukup masa, hilang callsign lama dan apa2 lagi la..hehehe
So Apa yang istimewa sangat tentang 2 orang rakan aku nie.

1. 9w2YR telah menjadi swl dari tahun 70an lagi dan ini merupakan pencapaian tertinggi beliau.
2. Ujian kali ini merupakan cobaan Pak Yop yang ke 5 kali dan sukses. susah nak cari org yang ada semangat juang yang tinggi.

3. Dia juga terpaksa korbankan callsign 2 alphabetnya untuk call 9M2 insyaAllah.

4. Juga amat aktif di HF dikala ini dan aku rasa amat sesuai sekali dia upgrade call dia dimasa ini.


1. 9w2RZL merupakan orang kuat 10m band di Malaysia malah memperolehi banyak award untuk band nie.

2. Beliau merupakan Station 59 aku yang pertama di HF dan aku banyak belajar dari dia.

3. Cukup aktif dalam dxing dan tak lokek ilmu.

4. Juga terpaksa korbankan callsign lama beliau kerana 9M2RZL dah pun ada dari Pulau Mutiara.


5. Cubaan ke4 beliau membuahkan hasil dan aku pasti dia akan lebih enjoy diband yang lebih luas dan lebar.


Apa pun sekali lagi sekalung tahniah aku ucapkan dalam usaha mereka yang tak pernah kenal erti jemu dan perit yang terpaksa dilalui dalam usaha menawan cw.

Buat yang tidak berjaya di Cyberjaya aku tetap berbangga dengan hangpa semua kerana berani menyahut cabaran untuk upgradekan diri sendiri. Cuma masanya belum lagi tiba dan banyakkan lagi latihan. InsyaAllah 9M akan berada dalam genggaman anda.

Walau ada yang berkata CW ini bak kukur kelapa dimasa kini dan ibarat dizaman P.Ramlee ( dah tak boleh pakai dah ) tapi apakan daya MCMC masih lagi menggunakan kukur kelapa ini sebagai kayu pengukur. Terpaksala kita akur.....hik hik hik hik

0 comments:

Newer Post Older Post Home