My LOG

My LOG

Tuesday, March 23, 2010

WORK ALL CONTINENTs

tak terkata apa aku petang nie. dah lama aku tunggu parcel nie dari USA. sampai jugak akhirnya. terima kasih lagi sekali bang Deris Posmen kerana berjaya buat award nie sampai depan pintu rumah aku.

aku puas sangat dan inilah bukti yang aku boleh tunjuk kat anak cucu aku satu hari nanti yang bapak dan tok wan depa dah tawan 6 benua dengan radio buruk dia hehehe. Bersyukur kerana proses memohon award nie agak sukar sangat, dan memang sukar berurusan dengan orang ARRL nie. tetapi alhamdulillah sampai jugak akhirnya.

so kerana benda nielah aku menuju ke cyberjaya tempoh hari tanpa menoleh lagi. dengan bantuan callsign yang baru nie aku dapat mempercepatkan sikit rentak untuk mendapatkan Award ini. Ada yang berkata berebut ke CW dan lulus untuk nak tandatangan borang 9w (hehehehe) ntahlah. sehingga sekarang berapa kerat sangat borang yang aku tandatangan dan tiada satu sen pun yang aku dapat dari tandatangan itu. Cuma kadang2 org ingat kita sombong kerana kuasa menandatangan ada dalam tangan kita. (biarlah...aku kurang peduli dalam hal sebegini)

So terima kasih sekali lagi kepada Pak Eshee (9M2FK) untuk endorse borang aku dan tak lupa kepada 9W2RZL (bakal menggegarkan 20m) kerana membantu membuka laluan kepada aku untuk memperolehi Award ini.

Jugak kepada Guru HF aku bang Din (9W2DI) hari nie saya dah buktikan kata2 abang memang betul "alang2 nak main radio Hairie biar kita main sungguh2". terima kasih atas nasihat dan panduan dari anda. Jasa anda tidak akan saya lupakan. Saya akan senantiasa menanti dan menemani guru saya di 20m mahupun 10m InsyaAllah.

p.s Juga tak lupa To team Johore for the great and superb Antenna ( DAL, ZAK & ODY )

0 comments:

Newer Post Older Post Home