My LOG

My LOG

Sunday, October 3, 2010

AHAD YANG CERIA.....

Alhamdulillah....berakhir sudah Oceania Contest Phone tepat jam 4.00 petang local. Aku tutup station lebih awal. Agak kurang memberangsangkan memandangkan aku berada di zon Asia. tetapi rakan2 di Sabah dan Sarawak memang pile up habis memandangkan mereka berada di zon Oceania. Log sudah pun confirm juga bersama satu lagi station dari Sabah 9W6ZUL. Syabas kepada anda Zul. Jumpa minggu hadapan untuk Oceania 2010 CW....insyaAllah.


So petang nie lepas tutup station aku bergerak bersama Family ke sebuah rumah sahabat di Alor Star. Mulanya ingat sekejap sahaja coz nak buang tapping kat linear dia..... tapi panjang jugak ceritanya. Aku dibawa melawat collection peribadinya. memang menarik, Aku mulanya nak snap jugak gambar tapi bila memikirkan privasi rakanku ini maka aku batalkan sahaja niat itu.

Linear dia tiada masalah dan beroperasi dengan baik.Cuma ganti 2 bijik 8A fius. Puas tengok muka dia tersenyum riang. Macam2 hidangan dijamu. Hampir menjelang berita jam 8 baru aku bergerak balik ke Perlis. Tiba2 dia datang dan letak kan rig ic738 dalam kereta aku. Ingat kan hadiah Hari Raya.hehehe. Dia kata cuba la pakai. Kot2 nak berubah angin ke Icom. Aku tanya bila nak hantar balik nie. Dia tersenyum saja......maka paham la aku.

Tapi bila memikirkan semula collection yang dia ada...aku rasa tak jadi masalah buat sahabatku ini. So malam nie amik kesempatan polish semula rig nie. sempat qso dengan 9M2MRL di 40m. mungkin esok aku akan cuba henjut di band2 yang lain.

Jadi weekend nie memang berkat.....selesai contest plus satu bonus IC738.

Adios

0 comments:

Newer Post Older Post Home