My LOG

My LOG

Tuesday, October 5, 2010

CQ CONTEST2....THIS IS 9M2GET CONTEST


Aku bukan la orang lama tapi agak seronok bila mendengar ramai yang sudah minat untuk bekerja dalam HF Contest. Boleh dikatakan sekarang nie terdapat beratus contest dan hampir setiap minggu diadakan. kalau nak info dan syarat2 contest boleh layari laman web ini http://www.hornucopia.com/contestcal/index.html.


Contest adalah satu cabang lagi dalam amatur radio yang menyeronokkan. Selain dari signal report dan keupayaan station, kita juga dapat mengharumkan nama negara. Bendera negara kita senantiasa berkibaran diruang udara sementara callsign kita berkemundang.

Semasa contest ini jugak la station2 besar akan keluar seperti DR1A dan ini bagus bagi yang bekerja untuk dxcc. Maka bertambah la koleksi dxcc masing2. Tetapi harus diingat dalam contest ada syarat2 yang perlu di ikuti dan dipatuhi.

Jika anda inginbetul2 menyertai sebarang contest maka log untuk contest amat diperlukan. Saya mencadangkan anda menggunakan log dari N1MM. Amat mudah didapati di web. Selain itu setiap contest mempunyai syarat yang berbeza mengikut contest masing2. jadi baca la terlebih dahulu.

Jika anda ingin mendapatkan signal report sahaja maka berilah info yang station anda tidak menyertai contest sekadar signal report sahaja. Maka anda tidak akan di logkan didalam contest. Adalah menjadi satu harapan yang tinggi untuk setiap contester mendapatkan sebanyak mana contact jadi jika kita tidak log contact kita dan submit maka contact yang dibuat tidak bermakna buat station yang lagi satu. Lebih baik kita info awal2.

Setiap contest biasanya menggunakan nombor siri sebagai pertukaran untuk confirm contact. sebagai contohnya dalam Oceania Contest baru2 ini set siri nombor digunakan untuk confirm contact. Jika saya bekerja dengan VK4IR dan dia merupakan station yang pertama saya maka saya akan logkan dia dengan 59 001. Begitulah seterusnya, dan jangan lupa minta nombor siri untuk kita dari dia untuk confirm log.

Seperti yang saya maklumkan awal tadi setiap contest ada keistimewaannya. Dalam All Asia Contest, nombor untuk confirm log yang diminta ialah umur kita. Sebagai contoh, saya akan berikan signal report 59 33 kepada setiap contester untuk confirmkan log saya. Maka semua station akan maklum bahawa 9M2GET baru berumur 33 tahun. Sepanjang pengalaman saya....station yang termuda saya bekerja ialah AH0BT berumur 9 tahun ( gambar diatas) dan yang paling tua ialah 93 tahun. Anda jangan terkejut jika mendapat nombor 59 00 kerana 00 biasanya mewakili station XYL.....hehehehe.

Selain itu anda jangan spot diri anda sendiri dalam sebarang cluster dan ini adalah menjadi satu kesalahan. Anda berkemungkinan untuk dikeluarkan dari contest kerana ramai ajk contest yang monitor....hehehe.

So saya pun masih baru lagi dan saya amat teruja bila mendapat tahu ramai yang bekerja untuk contest tak kira 9W mahupun 9M. Senario ini amat menggembirakan dan menceriakan kem Malaysia...hehehehe cuma pastikan anda betul2 bersedia untuk contest....... jika tidak anda hanya maklumkan anda tidak bekerja untuk contest kalau tidak NANYA la station yang lagi satu kata orang perlis...hehehehe

Selamat mencuba dan contest yang terdekat ini ialah CQ South America. Info dan syarat boleh la klik kat laman web di atas. So selamat mencuba dan selamat mengharumkan nama Negara...

Adios.

2 comments:

boleh tunjuk log anda dgn ah0bt?

boleh apa salahnya.jemput la ke rumah

Post a Comment

Newer Post Older Post Home