My LOG

My LOG

Sunday, October 10, 2010

LATEST RESULT

Memang hebat penganjur Scandinavian Contest. Kalau lain2 contest terpaksa tunggu setahun tapi untuk Scandinavia contest hanya perlu sebulan sahaja untuk tahu result. Alhamdulillah sudah confirm log aku untuk Single Operator All Band HP dan sehingga kini log aku masih lagi di kedudukan kedua.


Aku yakin ia tidak akan kekal di situ tapi yang pasti ada nama Malaysia di result sheet ini. Masih lagi menunggu keputusan dua rakan aku dari Johor 9M2ZAK dan 9M2ODY yang bertandang di SOAB LP.Pasti juga keputusannya akan membanggakan kerana dari data yang tidak rasmi ODY sudah mencecah 80 call pada awal pagi tadi. Tidak mustahil bagi dia untuk mencecah 200 call pada petang ini InsyaAllah.

Begitu juga ZAK....bukan yang jenis berputus asa dan sering membuat kejutan hehehe. Macam ulasan sukan komenwel la pulak. So all the best kepada team Malaysia sama ada yang aku sebut disini atau pun tidak.

Sekurang2nya kita sudah menjadi warga yang bersemangat untuk membawa Bendera Malaysia ke ruang udara dunia. Congratulation.

Hingga jumpa di ALL GERMANY minggu hadapan

Adios.

0 comments:

Newer Post Older Post Home