My LOG

My LOG

Tuesday, October 19, 2010

TQ MCMC FOR 9M2SMC

Jutaan terima kasih atas bantuan dan kepercayaan. Itulah kata2 yang aku dapat ucapkan kepada team MCMC Cyberjaya khususnya Tuan Nasim, Tuan Razif (9M2RT), Encik Izzudin dan Cik Farah atas bantuan yang tidak terhingga ini.


Idea ini muncul bila masa aku tak dapat bekerja dalam mode multi operater multi band dalam contest2 sebelum ini memandangkan callsign yang sedia ada adalah untuk pemilikan individu. Ini mengengkang kami untuk bekerja dalam sepasukan untuk setiap contest. Bayangkan jika contest berlangsung selama 48 jam. Letih wo Cq sorang2 hehehe.

Sejarah pernah terukir dimana callsign untuk contest pernah dikeluarkan oleh pihak telekom iaitu 9M2A, 9M2K dan 9M8Z tapi ianya telahpun berakhir. Pada awalan permohonan, kami amat berharap callsign single suffix dapat dikeluarkan tetapi malangnya ianya ditolak oleh MCMC.

Walaubagaimanapun ruang masih diberikan dimana MCMC menawarkan callsign 9M4SMC untuk digunapakai, tetapi kami membuat rayuan atas dasar 9M4 masih tidak diterima pakai dalam setiap contest dan tidak tersenarai dalam ARRL DXCC. Macam mana nak operate dalam contest kalau warga di luar sana tidak mengetahui dari mana datangnya 9M4.

Atas dasar itu rayuan dikemukan dan MCMC dibantu dengan rakan2 diatas tadi telah bersetuju buat julung kalinya mengeluarkan 9M2SMC ( Special Malaysia Contest ) untuk dipergunakan oleh pihak kami secara sulungnya dalam CQ WORLD WIDE pada 30 Oktober nanti....insyaAllah.

Aku telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga callsign ini dan hanya boleh diguna pakai semasa contest period dan field day sahaja. Antara yang akan turut terlibat dalam pasukan ini adalah dari North Peninsular Malaysia Contester n' Dxers ( 9M2PZ, 9M2ZS, 9M2AR, 9M2OUT, 9M2YAS, 9M2AMZ, 9W2LI, 9W2TZ, 9W2ZRZ, 9W2AZV dan 9W2ATR). Tahniah atas kesabaran walaupun kami terpaksa menantinya hampir 2 bulan untuk proses permohonan.

insyaAllah kami berjanji akan menjaga nama baik Malaysia dan MCMC khususnya. Adalah menjadi satu harapan dalam tempoh setahun akan datang, kami akan cuba menempatkan diri diantara 10 pasukan terbaik dari Asia dan pertimbangan untuk mendapatkan semula callsign 9M2 with single suffix akan dikaji semula.

All The Best dari Utara dan juga Contester2 lain dari Malaysia. Selamat berjuang dan mengharumkan nama negara.


1 comments:

selamat berjuang dlm menharumkan nama negara di persada Radio amatur seantero dunia.. :)

Aku doakan kejayaan buat semua..

caiyok!

Post a Comment

Newer Post Older Post Home