My LOG

My LOG

Monday, November 1, 2010

40M PENUTUP UNTUK CQWW SSB 2010

Alhamdulillah.....tidaklah mengecewakan sangat untuk kali ini...banyak perkara tidak dijangka berlaku seperti band yang tidak dijangka dapat memberi sumbangan tetapi telah berjaya menghasilkan markah yang tinggi.


Begitu juga keadaan yang berlaku pagi ini di mana upper band semuanya sudah tutup manakala 40 m dan 80 m membuka dengan baik ke europe....maka bertambah la sikit lagi markah untuk kami.

So untuk tahun ini 9M2SMC telah menutup station nya tepat jam 04.28 pagi lokal. Walaupun masih ada lagi kira2 3 jam pertandingan tetapi kami mengambil keputusan untuk berhenti awal untuk merehatkan jentera tua kami ini.

Secara tidak rasmi kami telah berjaya mendapatkan 678 station dari 155 negara menjangkau 75 CQ Zone dan menghasilkan 300 610 mata untuk pertandingan kali ini. Adalah menjadi harapan kutipan mata ini dapat menghasilkan sekeping sijil buat kami.

Juga tahniah kepada rakan2 yang lain yang berhempas pulas dan hasilnya pasti tidak mengecewakan. Perjalanan masih jauh dan kita masih lagi kerdil dengan masyarakat di luar sana. Walaubagaimanapun usaha tetap akan diambil untuk kita sama duduk dan berdiri dengan komuniti di luar sana.... InsyaAllah.

0 comments:

Newer Post Older Post Home