My LOG

My LOG

Tuesday, November 23, 2010

TQ FRIENDS


Bila musibah melanda....... kita harus muhasabah diri kita semula. Mungkin kita lalai atau lupa dengan Dia seadanya ataupun mungkin juga sebagai dugaan untuk kita lebih ingat dan dekat denganNya. Aku banyak menerima panggilan untuk nasihat dan juga bantuan yang hendak dihulurkan. Terima kasih atas ingatan dari semua rakan2.


Pagi ini aku menerima satu parcel dari Temerloh untuk Run kan rotator aku. Alhamdulillah rotator berfungsi dengan baik. Kalau di ikutkan...... tuan dia mahu tinggalkan controller unit nie di rumah aku untuk aku gunakan.....tapi terima kasih banyak Zal atas tawaran......aku akan cuba baiki apa yang tinggal.

Begitu juga petang semalam....ada yang menelefon untuk bagi pinjam rig mereka untuk aku gunakan. Kalau yang banyak koleksi rig.....aku tak berapa terkejut tapi ada jugak rakan aku nie walaupun satu tetap ada ingatan untuk menawarkan radio mereka. Sebak hati aku......kata sahabat aku ini mungkin aku lebih memerlukan dari mereka. Tapi begitulah.....aku menolak dengan rasa rendah diri. mungkin Dia di atas sana mungkin mahu merehatkan aku sementara dari hobi ini.

Minggu depan bertolak balik ke Terengganu.....rehatkan kepala otak. Sebelum bertolak..... cuba untuk selesaikan masalah rotator nie dahulu. bimbang jugak kalau angin kuat......buatnya dia pusing tak henti2 kacau mari.hehehe.

Walaubagaimanapun aku banyak mendapat pengalaman dari musibah ini. Terima kasih juga atas ingatan kepada semua sahabat mahupun yang menelefon atau sms. Buat 9M2RDX, 9M2SX, 9M2MGL, 9M2AR, 9M2ZS dan 9W2ATR keikhlasan dari anda aku akan senantiasa semat di hati ini.


0 comments:

Newer Post Older Post Home