My LOG

My LOG

Saturday, July 30, 2011

REZEKI RAMADHAN

1 Ogos nie genap la kesetiaan aku dalam profesion ni untuk tahun yang ke 13. Banyak suka duka yang aku rasa tak cukup ruang untuk aku coretkan disini. Perkataan keramat yang hadir hari ini ialah "Tahniah CIKGU". Itu dari mulut boss aku iaitu CIKGU DON KASA Pengarah Pelajaran Negeri Perlis merangkap Guru Disiplin aku satu masa dulu. hahahaha.


Aku sendiri dapat rasakan.......dia sendiri pun tak menyangka yang pelajar yang paling nakal dalam sekolah dia satu masa dahulu akan mendapat anugerah dari tangan dia sendiri....

Syukur Alhamdulillah aku panjatkan........kerana bukan saja aku sorang malah Oja (9M2OUT) dan juga sahabat baik aku Tok Leman(9W2JUS) turut sama2 memanjat pentas untuk menerima anugerah pada tahun ini.

Jadi Julai ini di akhiri dengan senyuman setelah bertungkus-lumus menyelesaikan segala tugasan untuk separuh masa pertama tahun ini.

Ramadhan muncul lagi dan rezeki ini akan digunakan sebaik mungkin. PMR dan SPM akan menjelang tidak lama lagi.....kerja harus kuat agar anak2 didik aku tak kan terkulai oktober nanti. Buat rakan2 yang membantu selama ini jasamu tak kan ku lupa dan buat mantan Pengetua aku Cikgu Ghazali.......terima kasih atas kepercayaan yang diberi......TERIMA KASIH CIKGU.

9W2JUS.......SPARING PARTNER AKU KAT SEKOLAH........Tahniah Jusny

1 comments:

Tahniah bro!... :-))

Post a Comment

Newer Post Older Post Home