My LOG

My LOG

Sunday, December 11, 2011

9M2ZAK In The House



Agak lama aku tak berjumpa dengan saudara aku ini. Perkenalan berlaku semasa kami masih lagi berjinak2 dengan hobi ini. 10 Meter menjadi penghubung kami berdua.


9M2ZAK Zaki memang berasal dari Perlis tetapi berhijrah ke Johor Bharu. 900Km memisahkan kami tetapi hari ini bertemu juga.

Walaupun masih lagi diselubungi kesedihan selepas kehilangan abangnya tetapi atas semangat amatur radio...beliau tetap berkunjung ke contest station 9M2SM. Kami amat bangga dengan kunjungan ini tambahan lagi dengan ole2 yang dibawa Zak. Hari ini aku diperkenalkan zak dengan keyboard keyer. Dengan bantuan N1MM software....kerja2 memanggil semasa CW contest terutamanya menjadi lebih mudah dan pantas. Walaubagaimanapun kita harus mempunyai skill RX yang tinggi seperti 9M2ZAK memandangkan program ini bukan berteraskan untuk decode kod. Dengan bantuan interface device hombrewnya....kami tidak memerlukan keyer lagi tetapi cukup dengan keyboard computer sahaja.

Disamping itu Zaki juga sempat memberi sedikit tutorial untuk aku bagi software N1MM. Memang ianya begitu bagus sekali dan di luar jangkaan aku. Tnx Zak for the help. InsyaAllah malam ini kalau diizinkan nak pekena kopi dengan Zak sampai ke pagi.

Jadi..... sekali lagi kami mendapat bantuan dari Johor Team untuk Contest kali ini. Arrl 10 Meter baru saja berakhir 15 minit yang lalu dan apa yang dipersembahkan oleh Zaki amat membantu.....bantuan seperti ini serta merta mengingatkan aku kepada Antenna Ir aku...... 9w2DAL (now in canada) dan Audio Ir aku....9M2ODY.........Johore team tidak pernah berasa lokek dalam perkongsian Ilmu.

Sekali lagi terima kasih banyak aku ucapakan....dan hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya. All the best 9M2ZAK....9W2DAL dan 9M2ODY.

0 comments:

Newer Post Older Post Home