My LOG

My LOG

Wednesday, July 21, 2010

SUDAH GANTUNG MAAA......

Sudah siap tergantung petang semalam. G5RV ini telah berjaya memberikan aku kepuasan dalam 40m. Elemen yang Agak panjang (102 kaki) tetapi aku berjaya jugak meregangkannya merentasi kampung aku (inverted V). Dengan Line Ladder melepasi 30 kaki, aku terpaksa menggantungkannya pada paras 45 kaki.Feeding cuma 5 kaki dari paras bumi.

Air Core Balun aku turn sendiri dan ianya menjadi. target awal aku nak gunakan coax 75ohm tapi rasa malas pulak jadi bantai aja la 50 ohm coax. Tuner kan ada...huhuhu. Sig RPT 9M2ODY, 9M2AR, 9M2AU, 9M2RS, 9M2ZC all 59++. Cuma tunggu masa nak try dx di 20m dengan wire nie. InsyaAllah. Once agn tnx to Mr. Dan and XYL.



Tuesday, July 20, 2010

PENGUBAT HATI



Again......received a big parcel from US and Ipoh. Both are really special for me. Dari US agak mengubat hati yang sedih akibat antenna rebah ke bumi. Satu set G5RV pemberian dari Dan and Diana Stephens from Syracuse Utah melegakan aku untuk menggantikan Trap Dipole ODY. Semua wire antenna aku sebelum nie homebrew jadi ini la kali pertama aku nak merasakan penangan MFJ 1778. Memang buatannya kemas dan material yang digunakan bermutu. Tunggu report untuk antenna nie dalam post akan datang.

Parcel yang kedua datang dari Local Ipoh. 9M2MRL menolong aku untuk benda alah nie. Aku tak dapat ke AGM Marts Ahad lalu untuk collect QSL cards....jadi aku mintak la tolong dia. Cepat sungguh dia post ke Arau. Ingat nak la bertandang ke Ipoh Weekend nie...tapi card dah sampai...nampak gayanya sampai Georgetown jer la weekend nie. Walaubagaimanapun tnx a lot Bang Mat Nok fer the help. Aku baru sangat mengenalinya dan orang nya amat peramah.

Walaupun pokok tumbang minggu lepas dan aku amat bersedih hati akibat antenna tersungkur ke bumi tetapi semuanya ada hikmah. Petang nie kalau sempat aku set upkan G5RV nie dan test perfomancenya. To All Friends.....im ready to rumble 80m now. C ya...






Thursday, July 15, 2010

BUKAN KUASA AKU


Bukan kuasa aku. Nampak gaya Ts950 on 40m kena rehat sekejap. Antenna yang support rig nie sudah rebah menyembah bumi. Sebenarnya dah banyak kali tapi kali nie agak teruk sikit. Hujan lebat dan angin agak kuat. Jadi dahan pokok jambu jiran aku sudah cium aku punya pole. Tumbang lah ia.

Jadi sekarang 40m can only be operate from 897d and rotary dipole. No linear at all.... just barefoot. huhuhu. Tapi tak pa...this weekend kerja2 maintainance akan dibuat...itu trap dipole aku rehatkan dulu buat sementara. sudah banyak jasanya. Tnx ODY fer the antenna.

G5RV akan menjadi pengganti. Kenapa G5RV...huhuhu. Ya...aku akan mula set up satu station untuk bencana dan antenna nie lah yang paling sesuai kerana mampu bekerja wide band. Tambahan lagi aku sekarang sedang dalam proses membantu JPAM Perlis dalam set up Disaster Communication untuk mereka.

Jadi kesimpulannya....kita pasti tak akan dapat menandingi kuasa alam dan Kuasa Yang Maha Esa. Subhanallah...Maha Suci Allah. Hanya Dia yang menentukan segala-galanya. Hanya doa yang mampu kita pohon untuk keselamatan segalanya. InsyaAllah


Tuesday, July 13, 2010

20M and 40M Review


Kali ini aku teringin sangat nak mencoretkan tentang 20m (14mhz) dan 40m (7mhz) band. Ada la lebih kurang setahun aku mengenali band ini. sebelum nie aku tak pernah mengenalinya malah monitor pun tak pernah dan tidak pernah didedahkan keistimewaan band ini oleh orang2 terdahulu.


So bila aku memiliki tiket yang baru ( 9M ) maka ruang yang diberikan agak luas. Jadi aku berpeluang untuk operate disini. Memang aku merasai nikmat yang maksimum disini. Aku merantau ke setiap pelusuk dunia dengan agak mudah. Ramai kawan2 baru malah sehingga menjadi karib. Zal (VU2DK) dan Erwin (YB0DJ) antara peneman aku setiap malam. Adakalanya mereka akan menelefon jika tidak mendengar aku DX di 20m band begitu juga sebaliknya.

Kadang kala terfikir juga....mudahnya 20m band. Mana ada thrill. Tapi bila berfikir panjang aku sudah banyak berkorban untuk menakluki band ini. Patut la MCMC mensyaratkan lulus CW untuk nak operatekan band nie. ada sebabnya. Susah dulu senang kemudian. Begitu juga di lain2 negara. Biasanya 20m diperuntukan untuk Class Super.Sebagai contoh di Indonesia hanya YB dan YC beroperasi disini walaupun YD dan YE mampu menguasai CW.

Jadi tidak menjadi sebab untuk aku merendah diri beroperasi disini. Bukan senang untuk beroperasi disini walaupun senang untuk mengoperasikan 20m band. Im Proud to myself and also to all 9M yang berusaha untuk kesini dan 40M. Harus diingat kita tidak mendapatkannya dengan percuma walaupun MCMC sudahpun nak memberikan 40M secara percuma. We deserve for it. so be proud of what we have. Berusaha dan terus berusaha dan jangan ada escapisme jika kita tidak dapat melakukan sesuatu.

Dan semua rakan yang masih memasang niat untuk ke Cyberjaya aku doakan. Aku juga bermula dari 9W dan aku juga ingin sangat anda semua merasai kenikmatan 20m dan 40m band. Seperti kata seorang sahabat "Tidak ada kenikmatan kalau tiada Kesusahan". Harapan ketemu anda semua nanti untuk Sessi menakluki CW yang seterusnya.

setiap kesabaran pasti ada habuannya, Insya Allah..

Friday, July 9, 2010

I'M NOT A SERIOUS CONTESTER, BUT I'LL GROW UP .........

Alhamdulillah...siap jugak pagi nie. Bersengkang mata juga. Kemaskinikan shack baru tapi barang tetap lama. Kawasan agak lapang sedikit kali nie. Bilik bonda aku dah pindahkan ke bilik baru so ruang radio pun bleh la luas sikit.

Agak tak sabar menanti Sabtu nie. Aku rasa bukan aku sorang saja. Masing- masing sedang runing test equipment termasuk la 9M2ODY and all big gun from Sabah (9M6BOB, 9M6JC, 9m6TMT dan 9M8Z. Yang lain2 aku tak pasti tapi aku rasa ramai kali nie dalam IARU HF WORLD CHAMPIONSHIP.

Pasti seronok kalau byk station dari Malaysia yang on air termasuk 9W. Ini la masanya nak kumpul dxcc dan dengar callsign yang pelik2. Menang....Kalah tak penting tapi yang pasti keseronokan. Satu dunia akan on air pada tarikh tersebut dan inilah masa yang terbaik untuk work for contest ataupun AWARD.

So tnx again to Ody for remind me... of Cabrilio Format untuk elektronik log bagi contest kali nie. Yang pasti Aku dah dapat...Paypal dah uruskan huhuhu.

yang tak dak elektronik log jangan bimbang...manual masih boleh dipakai. Cuma mesti mengikut format yang telah tersedia. Boleh layar terus ke web IARU.

So selamat bertanding and always remind "MAKE MALAYSIA PROUD" my friend.....

GOOD LUCK AND GOOD CONTEST


Newer Posts Older Posts Home