My LOG

My LOG

Thursday, July 29, 2010

BILA KAWAN NAK CARI RADIO.


Gelombang HF makin membara. ramai yang sudah termakan racun dan ini membuatkan aku amat-amat gembira. Tahniah kepada rakan2 yang menyediakan Racun2 yang cukup berbisa sehingga mampu menarik rakan baru berjinak dalam HF. Aku sendiri tidak mampu menarik orang untuk mendekati HF walaupun aku mengoperasikan HF.

Tahniah buat 9W2DI kerana berjaya membawa gelombang baru ini buat rakan2 terutamanya di kawasan Utara. Aku berbangga kerana aku juga mengenali HF melalui Pak DIN. Ramai juga yang menelefon bertanyakan pendapat tentang rig. Pelbagai pendapat yang kedengaran. Tapi bagi aku set permulaan aku adalah Ft897 ..... dan ini lah yang membawa aku dari 9W sehingga ke tahap sekarang. Masih ingat lagi aku belajar CW dengan bantuan radio nie. Aku sayang sangat. Tapi masa tu set nie masih sangat murah...tidak seperti sekarang.

Jadi macam mana nak buat. cakap sapa nak kena dengar dan percaya. Macam Pak Din kata dia tak bekerja untuk Yaesu dan dia tak dapat satu sen pun dari kedai radio. macam tu jugak rakan aku yang sorang lagi..... dia pun bukannya apa..... tiada niat langsung nak buat banding beza cuma sebagai panduan bagi yang nak berjinak2 dengan HF dengan cara murah.

hang pa baca la sendiri.......tentang pilihan radio nie. aku link kan kat sinie untuk bacaan rakan2 yang nak dan sedang mencari set HF. Bagi aku.......aku masih sayang FT897 dan sedang mencari set2 lama seperti gambar kat atas tu. kalau ada rakan2 yang ada dan tak mau pakai lagi boleh la cari aku.hehehe


Tuesday, July 27, 2010

I WAS IN ICELAND LAST APRIL

so today confirm my audio was heard in ICELAND. Tnx to Jonsson to make it happened. Again 20m help me a lot in order to reach DXCC. Ternyata band ini tidak pernah mengecewakan. Walaupun tak seberapa thrill seperti 10m dan 6m tetapi aku tetap kena berusaha jugak. Bukan senang walaupun ada yang mengatakan ianya senang. Blom Coba Blom Tau.hehehehe. Kena Coba dulu baru tau.


Anyway tnx a lot. this rare for me. Keep it up. I heard Hj Rashid ( 9M2RS) also work on DXCC. so sekarang sudah ada sparing partner. Kami akan mengikuti jejak Pak Eshee (9M2FK) dari belakang. Sekarang nie pun ramai juga yang sudah bekerja untuk Ham Award. Sekurang2nya ada jugak tanda sesuatu yang kita boleh tunjukan kepada anak cucu satu hari nanti.
InsyaAllah

Thursday, July 22, 2010

TERINGAT REPORTER LAMA....


Petang kelmarin lepas aku bersembang dengan Haji Rashid di 7043 tiba-tiba hati aku merasa sayu. Dalam qso tu aku ada menyebut 9M2ALL dan mengutuknya. dah 2 tahun aku tunggu nak on air dengan dia tapi masih belum dapat. Aku merasakan dia dok di low band kot (160m) hehehe.

Haris nie pun sebenarnya aku baru kenai. tu pun melalui YAS dan Lelaki India. Masa aku amik cw dulu dia la yang bertungkus lumus menyambut kami di cyberjaya. Kami nie orang kampung la katakan... mana tau jalan di KL nie huhuhu. dia la yang tolong arrange hotel dan guide jalan. Aku masih ingat lagi dia ajak aku tido kat rumah dia kalau susah2. tapi aku nie jenis malas nak tido kat rumah orang. hotel murah pun jadi la.

Dalam pada tu kenai sorang lagi kawan baik Haris nie. Man Penang (9M2MGL). Aku selalu monitor blog dia dan aku banyak belajar mengenai CW di blog dia. Man dan Haris nie seperti 2 beradik.Dua2 reporter. Sorang reporter bertauliah dan sorang lagi reporter sambilan. Kalau masa CW test depa 2 org nie la yang akan buat lintas langsung. Termasuk tahun nie dah 3 kali aku ke cyberjaya dan aku berpeluang berjumpa dengan mereka.

Man selalu on air kat 40m tapi Haris nie susah sikit. Tapi semalam aku call dia dan alhamdulillah masih sihat cuma dia berpuasa 3 bulan. Ayoooo (aku tak mampu oooo...banyak dugaan). so apa yang aku nak cerita nie. ntah la cuma tiba2 aku teringat kat dua2 orang mamat nie. Tapi yang pasti CW test yang akan datang akan menemukan kami semula InsyaAllah jika umur panjang.

All the best Man and Haris..

luv from Perlis.

MGL....ALL GET OUT.....YAS(yes)

Wednesday, July 21, 2010

SUDAH GANTUNG MAAA......

Sudah siap tergantung petang semalam. G5RV ini telah berjaya memberikan aku kepuasan dalam 40m. Elemen yang Agak panjang (102 kaki) tetapi aku berjaya jugak meregangkannya merentasi kampung aku (inverted V). Dengan Line Ladder melepasi 30 kaki, aku terpaksa menggantungkannya pada paras 45 kaki.Feeding cuma 5 kaki dari paras bumi.

Air Core Balun aku turn sendiri dan ianya menjadi. target awal aku nak gunakan coax 75ohm tapi rasa malas pulak jadi bantai aja la 50 ohm coax. Tuner kan ada...huhuhu. Sig RPT 9M2ODY, 9M2AR, 9M2AU, 9M2RS, 9M2ZC all 59++. Cuma tunggu masa nak try dx di 20m dengan wire nie. InsyaAllah. Once agn tnx to Mr. Dan and XYL.



Tuesday, July 20, 2010

PENGUBAT HATI



Again......received a big parcel from US and Ipoh. Both are really special for me. Dari US agak mengubat hati yang sedih akibat antenna rebah ke bumi. Satu set G5RV pemberian dari Dan and Diana Stephens from Syracuse Utah melegakan aku untuk menggantikan Trap Dipole ODY. Semua wire antenna aku sebelum nie homebrew jadi ini la kali pertama aku nak merasakan penangan MFJ 1778. Memang buatannya kemas dan material yang digunakan bermutu. Tunggu report untuk antenna nie dalam post akan datang.

Parcel yang kedua datang dari Local Ipoh. 9M2MRL menolong aku untuk benda alah nie. Aku tak dapat ke AGM Marts Ahad lalu untuk collect QSL cards....jadi aku mintak la tolong dia. Cepat sungguh dia post ke Arau. Ingat nak la bertandang ke Ipoh Weekend nie...tapi card dah sampai...nampak gayanya sampai Georgetown jer la weekend nie. Walaubagaimanapun tnx a lot Bang Mat Nok fer the help. Aku baru sangat mengenalinya dan orang nya amat peramah.

Walaupun pokok tumbang minggu lepas dan aku amat bersedih hati akibat antenna tersungkur ke bumi tetapi semuanya ada hikmah. Petang nie kalau sempat aku set upkan G5RV nie dan test perfomancenya. To All Friends.....im ready to rumble 80m now. C ya...






Newer Posts Older Posts Home