My LOG

My LOG

Wednesday, October 6, 2010

BILA RAKAN NAK MINTAK TENGOK LOG


Terbaca komen dalam post yang lalu. Ada rakan nak mintak tengok log antara aku dengan AH0BT dalam AA contest yang lalu. Mungkin dia nak contoh sebagai panduan untuk contest yang akan datang.


Aku pun sebenarnya tak la pandai sangat. Semuanya komputer yang tolong siapkan. Seperti yang maklum aku menggunakan N1MM contest log software dan ia memang mudah. Selepas selesai contest.....kita akan convertkan log kita dalam cabrilio file. Memang dalam setiap contest.... penganjur berkehendakan log dalam bentuk cabrilio file. Inipun software yang buat dan hasilnya seperti gambar yang aku print screen di atas.

QSL info contester dan markah siap dikira serta log disusun dalam keadaan kemas. Jadi selamat mencuba bagi yang nak berjinak2 dengan contest. Cuma anda harus pasti apa yang anda lakukan sebelum sebarang contact dibuat. Jangan terlalu taksub sehingga menyebabkan lain-lain station boleh disqualified....hehehehe

Adios


Tuesday, October 5, 2010

CQ CONTEST2....THIS IS 9M2GET CONTEST


Aku bukan la orang lama tapi agak seronok bila mendengar ramai yang sudah minat untuk bekerja dalam HF Contest. Boleh dikatakan sekarang nie terdapat beratus contest dan hampir setiap minggu diadakan. kalau nak info dan syarat2 contest boleh layari laman web ini http://www.hornucopia.com/contestcal/index.html.


Contest adalah satu cabang lagi dalam amatur radio yang menyeronokkan. Selain dari signal report dan keupayaan station, kita juga dapat mengharumkan nama negara. Bendera negara kita senantiasa berkibaran diruang udara sementara callsign kita berkemundang.

Semasa contest ini jugak la station2 besar akan keluar seperti DR1A dan ini bagus bagi yang bekerja untuk dxcc. Maka bertambah la koleksi dxcc masing2. Tetapi harus diingat dalam contest ada syarat2 yang perlu di ikuti dan dipatuhi.

Jika anda inginbetul2 menyertai sebarang contest maka log untuk contest amat diperlukan. Saya mencadangkan anda menggunakan log dari N1MM. Amat mudah didapati di web. Selain itu setiap contest mempunyai syarat yang berbeza mengikut contest masing2. jadi baca la terlebih dahulu.

Jika anda ingin mendapatkan signal report sahaja maka berilah info yang station anda tidak menyertai contest sekadar signal report sahaja. Maka anda tidak akan di logkan didalam contest. Adalah menjadi satu harapan yang tinggi untuk setiap contester mendapatkan sebanyak mana contact jadi jika kita tidak log contact kita dan submit maka contact yang dibuat tidak bermakna buat station yang lagi satu. Lebih baik kita info awal2.

Setiap contest biasanya menggunakan nombor siri sebagai pertukaran untuk confirm contact. sebagai contohnya dalam Oceania Contest baru2 ini set siri nombor digunakan untuk confirm contact. Jika saya bekerja dengan VK4IR dan dia merupakan station yang pertama saya maka saya akan logkan dia dengan 59 001. Begitulah seterusnya, dan jangan lupa minta nombor siri untuk kita dari dia untuk confirm log.

Seperti yang saya maklumkan awal tadi setiap contest ada keistimewaannya. Dalam All Asia Contest, nombor untuk confirm log yang diminta ialah umur kita. Sebagai contoh, saya akan berikan signal report 59 33 kepada setiap contester untuk confirmkan log saya. Maka semua station akan maklum bahawa 9M2GET baru berumur 33 tahun. Sepanjang pengalaman saya....station yang termuda saya bekerja ialah AH0BT berumur 9 tahun ( gambar diatas) dan yang paling tua ialah 93 tahun. Anda jangan terkejut jika mendapat nombor 59 00 kerana 00 biasanya mewakili station XYL.....hehehehe.

Selain itu anda jangan spot diri anda sendiri dalam sebarang cluster dan ini adalah menjadi satu kesalahan. Anda berkemungkinan untuk dikeluarkan dari contest kerana ramai ajk contest yang monitor....hehehe.

So saya pun masih baru lagi dan saya amat teruja bila mendapat tahu ramai yang bekerja untuk contest tak kira 9W mahupun 9M. Senario ini amat menggembirakan dan menceriakan kem Malaysia...hehehehe cuma pastikan anda betul2 bersedia untuk contest....... jika tidak anda hanya maklumkan anda tidak bekerja untuk contest kalau tidak NANYA la station yang lagi satu kata orang perlis...hehehehe

Selamat mencuba dan contest yang terdekat ini ialah CQ South America. Info dan syarat boleh la klik kat laman web di atas. So selamat mencuba dan selamat mengharumkan nama Negara...

Adios.

Sunday, October 3, 2010

AHAD YANG CERIA.....

Alhamdulillah....berakhir sudah Oceania Contest Phone tepat jam 4.00 petang local. Aku tutup station lebih awal. Agak kurang memberangsangkan memandangkan aku berada di zon Asia. tetapi rakan2 di Sabah dan Sarawak memang pile up habis memandangkan mereka berada di zon Oceania. Log sudah pun confirm juga bersama satu lagi station dari Sabah 9W6ZUL. Syabas kepada anda Zul. Jumpa minggu hadapan untuk Oceania 2010 CW....insyaAllah.


So petang nie lepas tutup station aku bergerak bersama Family ke sebuah rumah sahabat di Alor Star. Mulanya ingat sekejap sahaja coz nak buang tapping kat linear dia..... tapi panjang jugak ceritanya. Aku dibawa melawat collection peribadinya. memang menarik, Aku mulanya nak snap jugak gambar tapi bila memikirkan privasi rakanku ini maka aku batalkan sahaja niat itu.

Linear dia tiada masalah dan beroperasi dengan baik.Cuma ganti 2 bijik 8A fius. Puas tengok muka dia tersenyum riang. Macam2 hidangan dijamu. Hampir menjelang berita jam 8 baru aku bergerak balik ke Perlis. Tiba2 dia datang dan letak kan rig ic738 dalam kereta aku. Ingat kan hadiah Hari Raya.hehehe. Dia kata cuba la pakai. Kot2 nak berubah angin ke Icom. Aku tanya bila nak hantar balik nie. Dia tersenyum saja......maka paham la aku.

Tapi bila memikirkan semula collection yang dia ada...aku rasa tak jadi masalah buat sahabatku ini. So malam nie amik kesempatan polish semula rig nie. sempat qso dengan 9M2MRL di 40m. mungkin esok aku akan cuba henjut di band2 yang lain.

Jadi weekend nie memang berkat.....selesai contest plus satu bonus IC738.

Adios

Saturday, October 2, 2010

Tinggal +/- 15 Jam Lagi

Tersentak juga petang tadi dengan tulisan sahabat aku......tapi lama - kelamaan malas pulak rasa nak pikir...... Biar la apa dia nak kata dan tulis......blog dia...... punya pasal dia la.....yang aku sibuk2 pasal apa....hehehehe.


Sebelum terlupa.....semua rakan seangkatan yang akan bekerja untuk Oceania Contest esok hari....Gud Luck dari aku.....semoga kita dapat membawa nama Malaysia bersama. All the best....Lets rumble it in another 15 hours.

Oceania DX Contest, Phone
Status:Active
Mode:Phone
Bands:160, 80, 40, 20, 15, 10m
Classes:Single Op All Band (Low/High)
Single Op Single Band (Low/High)
Multi-One
Multi-Two
Multi-Multi
SWL
Max power:HP: 1500 watts
LP: 100 watts
Exchange:RS + Serial No.
Work stations:Once per band
QSO Points:20 points per 160m QSO
10 points per 80m QSO
5 points per 40m QSO
1 point per 20m QSO
2 points per 15m QSO
3 points per 10m QSO
Multipliers:Each prefix once per band
Score Calculation:Total score = total QSO points x total mults
E-mail logs to:ph[at]oceaniadxcontest[dot]com
Mail logs to:Oceania DX Contest
c/o Wellington Amateur Radio Club Inc.
PO Box 6464
Wellington 6030
New Zealand
Find rules at:http://www.oceaniadxcontest.com/rules.pdf

Future Dates
0800Z, Oct 2 to 0800Z, Oct 3, 2010

Friday, October 1, 2010

Escapism ( Helah Bela Diri )



Bila sahabat sakit kepala. Tertulisnya post petang nie bukannya apa. Terbaca satu artikel penulisan sahabat aku tentang pendapatnya bila bermain dengan hobi ini dulu dan sekarang terutamanya isu 40m HF sekarang ini.

Aku banyak mendengar kehebatan orang2 yang terdahulu dari aku menceritakan kehebatan masing2 di zaman kegemilangan mereka bermain radio hingga la sekarang. Apa la sangat nak dibandingkan dengan aku yang baru setahun jagung. Masa 9W dulu pun 3 alphabet lain la kalau old man 2 Alphabet......hehehe.

So pengajaran dan pembelajaran tidak pernah terhenti. Sahabat lama aku juga yang cakap......alang2 nak main biar kita main sungguh2. Tapi aku tengok keadaan semakin berubah. Ayat2 yang digunakan cuba mengapi-apikan komuniti nie semakin hebat. Apakah menjadi satu kesalahan apabila anda meningkatkan tahap diri anda kepada 9M. Apakah anda sudah menjadi kacang lupakan kulit.....oleh kerana apa.....kerana 9M lebih kecil bilangannya dari 9W. Apakah menjadi satu dosa yang besar mendapat lesen A dan anda boleh dimaki sebegitu rupa.

Aku dapat merasakan ramai lagi yang bercita2 nak ke 9M. Tetapi apakan daya..... dengan adanya hero 9W yang sorang nie...... boleh menakutkan orang untuk kesana. Anda boleh dicerca dan dimaki bila2 masa bila memiliki 9M. Tapi adakah itu menjadi kudis bagi diri ini. Tidak sama sekali. aku enjoy dengan hobi ini dan aku pun nak kawan2 yang lain pun turut enjoy dan upgrade diri mereka..... tetapi tidak untuk menjadi hero untuk mencaci orang di sana dan di sini.

Aku juga bermula dari 9w dan aku tak lah seperti sahabat yang bermain radio sejak puluhan tahun. Aku sedar ini sekadar hobi dan banyak lagi perkara lain yang nak dipikirkan. Tapi aku sedih kerana penulisan sahabatku ini tidak seperti sahabat yang pernah aku kenal satu masa dahulu. Tapi tak mengapa.....kadang2 sebagai seorang manusia kita kadang kala terbabas termasuk la diri aku.

Aku selalu mengingatkan diri aku......satu jari telunjuk kita menunding orang lain..... tetapi sebenarnya ada lagi 4 jari yang menunjuk kan diri kita yang sebenarnya. Kerana bahasa dan kata2lah yang menunjukan keperibadian kita

Bahasa Jiwa Bangsa

Newer Posts Older Posts Home