My LOG

My LOG

Saturday, October 16, 2010

WAG CONTEST


I AM CURRENTLY WORKING
ON
WORK ALL GERMANY CONTEST

SINGLE OPERATOR MIXED HP
QRV ON 40M, 20M AND 15M

DE 9M2GET ( HAIRIE )

Friday, October 15, 2010

WHAT YOU GIVE YOU GET BACK


Tnx ODY for the help and this what i can hear from my base. Johor Bharu like a local station....macam sebelah rumah bro. Enjoy the video...

Wednesday, October 13, 2010

TNX ODY FOR THE FOOT PTT


Hari nie dapat toy baru dari kawan aku di Johor. Wiring yang dia buat cukup kemas. Jadi untuk contest akan datang akan lebih memudahkan kerja aku. Tangan ini akan digunakan sepenuhnya untuk memasukkan log ke dalam laptop.


Dynamic mic disambung terus ke foot PTT. Kalau nak beli boleh tahan jugak harganya. Aku ada 8 pin soket untuk mic kenwood lama tu tapi tangan aku nak solder benda sekecik tu tak secekap ODY.

TNX ody....now i can enjoy this hobby from my home like a broadcast studio....hihihi. cuma mic ajer masih dalam pencarian. Buat masa sekarang mic SHURE karaoke tu la jadi pilihan.

Log untuk contest kali nie akan lebih cepat dan teratur serta meja kerja aku semakin kemas. So sifu audio dari Johor sudah menjalankan kerjanya dengan baik sekali.

Monday, October 11, 2010

GERMANY.....HERE WE COME

Again this weekend the beam will beaming to Europe. Harap2 band membuka dengan lebih molek. Satu cabaran kerana hanya Germany Station yang dicari. Dual mode....cw dan phone....again i will go on SOM HP. Kalau la MCMC boleh bagi special callsign alangkah bestnya....boleh bekerja MultiOperater. Tapi aku amat sedih kerana mereka masih mengeluarkan callsign 9M4 untuk special call kerana callsign ini masih lagi tidak dapat diterima pakai dalam kebanyakan contest kerana tidak tersenarai dalam list DXCC

Seperti di luar sana kebanyakan station menggunakan special call yang lebih ringkas semasa contest seperti DR1A, SG0X, SE0X, A61E.

Di Malaysia dulu pun ada iaitu 9M2A (arwah Amin) dan 9M8Z ( Steve ) tetapi kini sudah tidak dikeluarkan lagi.

Aku berharap satu hari MCMC dapat mempertimbangkan semula callsign special seperti ini agar kita dapat lebih memberi cabaran di luar sana. InsyaAllah

Worked All Germany Contest
Status:Active
Mode:CW, SSB
Bands:80, 40, 20, 15, 10m
Classes:Single Op CW (Low/High)
Single Op Mixed (Low/High)
Single Op Mixed QRP
Multi-Op
SWL
Max power:HP: >100W
LP: 100W
QRP: 5W
Exchange:DL, DARC-Member: RS(T) + DOK (local area code)
DL, non-DARC: RS(T) + "NM"
non-DL: RS(T) + Serial No.
Work stations:Once per band per mode
QSO Points:DL Station: 1 point per DL QSO, 3 points per EU QSO, 5 points per DX QSO
non-DL Station: 3 points per DL QSO
Multipliers:DL Station: Each DXCC entity once per band
non-DL Station: Each DL district once per band
Score Calculation:Total score = total QSO points x total mults
E-mail logs to:wag[at]dxhf[dot]darc[dot]de
Mail logs to:(none)
Find rules at:http://www.darc.de/referate/dx/contest/wag/en/rules/

Future Dates
1500Z, Oct 16 to 1459Z, Oct 17, 2010
1500Z, Oct 15 to 1459Z, Oct 16, 2011
1500Z, Oct 20 to 1459Z, Oct 21, 2012
1500Z, Oct 19 to 1459Z, Oct 20, 2013
1500Z, Oct 18 to 1459Z, Oct 19, 2014
1500Z, Oct 17 to 1459Z, Oct 18, 2015

Sunday, October 10, 2010

LATEST RESULT

Memang hebat penganjur Scandinavian Contest. Kalau lain2 contest terpaksa tunggu setahun tapi untuk Scandinavia contest hanya perlu sebulan sahaja untuk tahu result. Alhamdulillah sudah confirm log aku untuk Single Operator All Band HP dan sehingga kini log aku masih lagi di kedudukan kedua.


Aku yakin ia tidak akan kekal di situ tapi yang pasti ada nama Malaysia di result sheet ini. Masih lagi menunggu keputusan dua rakan aku dari Johor 9M2ZAK dan 9M2ODY yang bertandang di SOAB LP.Pasti juga keputusannya akan membanggakan kerana dari data yang tidak rasmi ODY sudah mencecah 80 call pada awal pagi tadi. Tidak mustahil bagi dia untuk mencecah 200 call pada petang ini InsyaAllah.

Begitu juga ZAK....bukan yang jenis berputus asa dan sering membuat kejutan hehehe. Macam ulasan sukan komenwel la pulak. So all the best kepada team Malaysia sama ada yang aku sebut disini atau pun tidak.

Sekurang2nya kita sudah menjadi warga yang bersemangat untuk membawa Bendera Malaysia ke ruang udara dunia. Congratulation.

Hingga jumpa di ALL GERMANY minggu hadapan

Adios.

Newer Posts Older Posts Home