My LOG

My LOG

Friday, November 12, 2010

I'M BACK WITH SINGLE OPERATOR ALL BAND

For those who is chasing for WAJA ( Work All Japan Award), AJD ( All Japan District Award ) or HAJA ( Heard All Japan Award ) so this is the time. Starting 0700 utc or 1500 Hours local tomorrow, Japan International DX contest will rumble on the band.


From 80M to 10m band........ this contest is only for SSB Lovers.....hehehe. I will run the 9M2SMC special call but it will be in single operator mode due to a problem in loging system with run and mult mode. So tomorrow 9M2SMC in the category of SOAB High Power,,,,,insyaAllah.

For those who are interested...... here is some info about the contest.....Make sure tomorrow we beam Japan and rumble all the band.......

Good Luck, Good DX and Good Contest

Make Malaysian Proud

JIDX Phone Contest: 0700Z, Nov 13 to 1300Z, Nov 14
Mode:SSB
Bands:80, 40, 20, 15, 10m
Classes:Single Op All Band (Low/High)
Single Op Single Band (Low/High)
Multi-Single
Maritime Mobile
Max power:HP: >100W
LP: 100W
Exchange:JA: RST + Prefecture No.
non-JA: RST + CQ Zone No.
Work stations:Once per band
QSO Points:2 points per JA-DX QSO on 80m
1 points per JA-DX QSO on 40, 20, 15m
2 points per JA-DX QSO on 10m
Multipliers:JA Stations: DXCC countries and CQ zones once per band
non-JA Stations: JA prefectures plus JD1/O, JD1/MT, JD1/OT once per band
Score Calculation:Total score = total QSO points x total mults
Submit logs by:December 31, 2010
E-mail logs to:ph[at]jidx[dot]org
Mail logs to:JIDX Phone Contest
c/o Five-Nine Magazine
P.O. Box 59, Kamata
Tokyo 144-8691
Japan
Find rules at:http://www.jidx.org/jidxrule-e.html

Friday, November 5, 2010

TQ 9M2ODY FOR NEW DXCC ON 15M



Tq ODY....terkejut jugak petang nie kita dapat confirm QSO on 15M. Its like 2M local. Audio dari Johor cukup booming even 35 Watts. Your 6 element Yagi by Dalbeam doing a great job. Working with a 9M2 station on 15M merupakan sesuatu yang terbaru buat aku dan ODY menjadi station yang pertama confirm on 15M DXCC list from West Malaysia.

Selain itu juga complete la contact antara aku dan 9M2ODY di semua HF band kecuali WARC dan 160M. Mungkin kita akan dapat mencuba di 160M satu hari nanti selepas kita berjaya cover di 10m, 15m, 20m, 40m, dan 80m Lokal.

It is a personal record and it is a great honour for me to work a station with same DXCC as 9M2ODY. Semoga hobi ini dapat berkekalan dan berpanjangan dalam hidup kita ODY.....InsyaAllah. Enjoy the video bro.......

36 JAM YANG LALU..........................




Alhamdulillah............air semakin surut. Satu Rekod kali ini. Air di dalam rumah mencecah 2 kaki. Semasa menaip sekarang bekalan kuasa elektrik sudahpun pulih. Terima kasih TNB Careline Utara terutamanya Cik Tina. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya setelah hampir 4 malam kami bergelap bersama kaki terendam air.


Ada hikmah disebalik peristiwa ini....dan pasti ia mendewasakan aku sebagai seorang ketua keluarga, seorang jiran tetangga dan seorang ahli masyarakat. Akan tetapi ada sedikit yang menyedihkan aku dimana orang yang aku selalu beri tanda X setiap 5 tahun sekali tidak nampak muka hidung langsung. Katanya sibuk menggalas beg di Galas......hehehe. Tahniah la sebab anda dah berjaya membantu di Galas tetapi malangnya orang kampung sendiri merana menunggu ketibaan anda. Yang pasti bagi aku tiada lagi karpet merah buat anda di hati ini.

adios

Monday, November 1, 2010

IA KEMBALI LAGI.....

Ia kembali lagi selepas 4 tahun berlalu....2 hari berturut-turut hujan tak henti2 dan masa aku menaip nie pun hujan masih lagi turun. Air empangan pun sudah dilepaskan jam 10 pagi tadi. Patut pun air cepat sangat naik. Apa boleh buat kuasa Allah....


Sekarang tepat jam 8.10.malam dan hujan turun agak lebat....paras air semakin meningkat kepada 2 kaki. Hati kami sekeluarga memang resah gelisah. Rumah kami dah jadi seperti pulau sekarang. Semua penghuni dah berpindah kecuali kami sahaja. Semua perabot dah diangkat. Aku amat berharap air tak kan masuk ke rumah.
Aku berdoa agar semua ini berakhir dengan segera. moga2 apa yang dikurniakan Allah ini ada hikmah disebaliknya. Amin

will upload from time to time

40M PENUTUP UNTUK CQWW SSB 2010

Alhamdulillah.....tidaklah mengecewakan sangat untuk kali ini...banyak perkara tidak dijangka berlaku seperti band yang tidak dijangka dapat memberi sumbangan tetapi telah berjaya menghasilkan markah yang tinggi.


Begitu juga keadaan yang berlaku pagi ini di mana upper band semuanya sudah tutup manakala 40 m dan 80 m membuka dengan baik ke europe....maka bertambah la sikit lagi markah untuk kami.

So untuk tahun ini 9M2SMC telah menutup station nya tepat jam 04.28 pagi lokal. Walaupun masih ada lagi kira2 3 jam pertandingan tetapi kami mengambil keputusan untuk berhenti awal untuk merehatkan jentera tua kami ini.

Secara tidak rasmi kami telah berjaya mendapatkan 678 station dari 155 negara menjangkau 75 CQ Zone dan menghasilkan 300 610 mata untuk pertandingan kali ini. Adalah menjadi harapan kutipan mata ini dapat menghasilkan sekeping sijil buat kami.

Juga tahniah kepada rakan2 yang lain yang berhempas pulas dan hasilnya pasti tidak mengecewakan. Perjalanan masih jauh dan kita masih lagi kerdil dengan masyarakat di luar sana. Walaubagaimanapun usaha tetap akan diambil untuk kita sama duduk dan berdiri dengan komuniti di luar sana.... InsyaAllah.

Newer Posts Older Posts Home