My LOG
Sunday, May 22, 2011
Sunday, May 1, 2011
Big PILE UP On Labour Day
PB5X on 15meter....Roberto from Netherland.....like BBC station
Posted by AMATEUR RADIO STATION : 9M2GET at 8:44 AM 0 comments
Monday, April 4, 2011
TQ Old Man 9M2PZ, 9W2TZ....Old Boy 9M2ODY....
silver eagle mic with icom735 (after 22 years....still 150wtts barefoot)...mic converter by 9m2ody(naked but neat)
hampir sebulan tak mencoret kat sini. memang sibuk dan tak ada apa yang nak aku coretkan mengenai hobi ini sepanjang 30 hari yang lepas. kalau nak diceritakan hal tempat kerja.....memang dah lumrah semua orang sibuk termasuk aku jadi baik lah tak usah diceritakan....hahahaha.
Hari nie dah masuk 2 minggu HF back up set aku masuk hospital. Ft857 tu memang aku sayang. Asal dari mobile set up hingga la ke base set up ( lepas shack aku disambar kilat) ia memang berjasa. Petang tadi ody call....berita dari kota singa katanya problem berkait rapat dengan cpu.....adoi yai.....ada harapan ka.....harap2 ada la......Amin....
aktiviti HF aku juga agak lebih terbatas bila kehilangan rig tersebut. Apa aku nak buat.....nasib. Satu petang guru aku phone mintak aku kerumah dia. Apa hal pulak Pak Manan nie....sakit ka ?Rupanya cerita aku dah dihidu oleh dia. soalan pertama dia.... macam mana dengan contest. Aku jawab off dulu....barang tak cukup........dia pun tersenyum. lantas dia masuk dan keluarkan satu IC735 dengan ps55....Peninggalan Arwah Dato' Pawanteh 1st owner for 9M2PZ callsign. Amik pakai.....kata Manan.....aku kelu........" Ini kalau arwah Dato' masih ada.... dah tentu lama dah dia tolong u"kata Manan lagi. Memang terbukti masih handal rig nie selepas 22 tahun dan aku dah pun mula mencintainya.....
begitu juga bila aku nak hantar balik Ameritron 811h Pak Hanafi (9W2TZ).....dia dengan seloroh berkata simpan kat rumah u dan pakai.....bila i nak nanti i bagi tau la.......hahaha. disamping tu dibekalkan lagi satu ft3000 dan silver eagle mic untuk aku. Yang nie balik test......kata bang hanafi...rig 2m tu buat kita sembang malam2. adoi menitis air mata beb. macam nie ka ham operator dulu2. aku nie mudah sensitif....dalam kereta berderai air mata.
Saito, Manan, Hanafi always said......'Enjoy the hobby Hairie...barang kita boleh cari tapi sahabat sejati susah nak jumpa'....semakin hari hobi ini semakin mendewasakan aku. Tapi aku selalu berkata dalam diri.....sehebat mana set up yang ada ini harus diingat semuanya milik rakan2. aku akan menjaganya seperti harta dan nyawa aku sendiri. dibelai dan dimanja. bila tiba masanya harus dipulang maka pulanglah ia. Pencarian harus diteruskan juga untuk mencari pengganti.
Harapan aku agar ft857 dan Kenwood ts950sdx buruk aku akan dapat beroperasi semula (berkat usaha 9M2DY). Buat Pak Manan, Bang Hanafi dan tak lupa Ody.....tnx for the equipment. Hanya Allah saja yang mampu membalasnya.
Posted by AMATEUR RADIO STATION : 9M2GET at 7:25 PM 0 comments
Thursday, March 3, 2011
TQ GENTLEMENT.....
Already work with my small ft857
Alhamdulillah...termakbul juga doa aku. Hampir 2 minggu berulang-alik ke Johor dan Pulau Pinang...... akhirnya FL2000 beroperasi sepenuhnya. Banyak pengalaman pahit dan manis dalam masa mencari dan membaik pulih amplifier nie.
Malam nie aku amik kesempatan untuk running test dan feed back yang diberi agak baik. Dengan input 15 watt ia mampu crank up to 150watt. Buat sementara ini aku akan stay pada level ini dahulu. Amp ini agak lama tak digunakan dan aku percaya tube nya perlu di warm up sepenuhnya terlebih dahulu sebelum high boost boleh disuntik.hehehe
Tnx to 9M2ODY..9M2SX...9M2AR...9M2YAS dan 9M2AGC for support and advice. Secara peribadi to 9M2SX ( Saito ) u are really the sifu. Banyak mengajar aku erti kesabaran dalam menanggani barang2 lama begini.
Jadi sekarang....aku dalam pencarian untuk variable capacitor untuk setkan semula input matchingnya. Buat sementara nie antenna tuner yang dibekalkan oleh ODY membantu untuk matchingkan rig output to linear.
Beginilah perjalanan aku bersama hobi ini.....semakin hari semakin mendewasakan aku....memang seronok dengan suka duka yang mendatang. Kepada yang membantu terima kasih banyak aku ucapkan....hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya

This antenna always give Saito 59 plus....hihihi...(memang superb this magnetic loop homebrew antenna)
Posted by AMATEUR RADIO STATION : 9M2GET at 11:19 PM 0 comments
Wednesday, February 23, 2011
KANGAR-JB-KANGAR IN 48 HOURS......CRAZY
Enjoy the seafood with 9M2ODY
Dalam pada itu hobi kesayangan aku ini tetap tak dapat dilupakan. Pencariaan barang2 untuk menggantikan peralatan yang rosak masih diteruskan. Jumaat lepas kerja gila aku lakukan. Atas usaha ODY dan bantuan 9V1CP / 9M2CP (Leow) abg kepada 9M2SW ( Thomas) aku bergegas ke Johore Bharu bagi mendapatkan satu linear amplifier..... 1.2kw beb....tetap tak kan aku lepas punya walaupun transceiver belum ada lagi hehehe. Tnx to ODY and family for warm welcome and lunch kat KUKUP. Sedap bro seafood kat sana.
Buat Zak dan Dal....aku mintak maaf banyak. Aku tak dapat nak lama di JB. Kalau lama alamat tak masuk kerja la on Monday. Mungkin lain kali untuk pencariaan TS590 hehehe. Dalam perjalanan balik....kereta buat hal. Terpaksa stay di Ipoh. Also tnx to bang Noq 9M2MRL atas bantuan.
Aku bersama keluarga selamat sampai di Perlis tepat 48 jam perjalanan bermula petang jumaat. Memang gila. Dua malam aku tak merasa katil empuk....hahaha.
Linear berfungsi dengan baik cuma sedikit masalah dengan relay kerana tak sesuai dengan rig zaman moden nie. Again this friday aku akan bergegas ke Bayan Lepas bertemu Bang Saito 9M2SX. He is very familiar with 6KD6 tube dan relay baru sudah pun disediakan oleh beliau.
Jadi weekend nie ada peluang pekena nasi kandar dengan 9M2SX dan 9M2AR di line clear.....
Dan harapan aku agar Linear amplifier ini dapat membantu team 9M2SMC dalam ARRL DX SSB Contest dalam bulan Mac nanti.....insyaAllah.
Posted by AMATEUR RADIO STATION : 9M2GET at 9:07 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)







