My LOG

My LOG

Friday, November 25, 2011

AFTER 0NE AND A HALF YEARS - 9W2DI

Lama sungguh rasanya aku tak berjumpa dengan beliau. Salah seorang guru aku dalam amateur radio terutamanya di frekuensi HF. Bang Din Sedaka gelaran diberi dengan callsign 9W2DI.

Beliau juga merupakan first contact aku di HF. Log aku dibuka semula malam ini. 19.09.2008 band 10m 15.00 utc. Dengan ft897 disetting oleh beliau....aku bergerak tanpa menoleh ke belakang lagi dalam bidang amatur radio ini.

Semasa aku menyebut untuk ke CyberJaya untuk CW test beliau merupakan orang yang pertama memberi galakan. Banyak sokongan dan ilmu yang diberikan kepada aku. Dari sop hingga lah kepada pengoperasiaan di HF semuanya diturunkan 100%.

Selepas diberikan peluang untuk beroperasi di ruang yang lebih luas....aku agak melupakan sedikit guruku ini disamping sedikit ketidak persefahaman pendapat. Tetapi air yang dicincang tidak akan putus. Malam ini membuktikan bahawa semangat setiakawan dan semangat HF tidak akan memutuskan tali persahabatan ini.

Terima kasih bang din atas perkongsian maklumat dan pendapat pada malam ini. Satu setengah jam di repeater Sungai petani dirasakan seperti 5 minit.
Sesungguhnya kini saya percaya apa yang diperjuangkan oleh anda telah membawa perubahan yang besar kepada komuniti amatur radio terutamanya dalam bidang HF dan QRP di utara semenanjung khususnya.

Terima kasih atas tunjuk ajar dan saya doakan persahabatan ini akan kekal hingga ke akhir hayat.

Saturday, November 19, 2011

2 IMPORTANT PARCELS

Semuanya tiba petang nie. Terima kasih Bang Darus posmen. Terus aku framekan. Satu untuk aku dan OUT dan satu untuk 9M2YAS. Our 1st Contest Award with 9M2SMC callsign. Mungkin banyak jugak station2 lain di Malaysia yang menerima award ini dalam minggu ini. Tahniah dan harapan agar 9M2SM dapat mengulangi kejayaan ini untuk 2011
Parcel yang kedua amat2 ku nantikan. Aku berharap benar agar ia dapat menghidupkan semula ts950sdx aku yang disambar petir setahun yang lalu. Tq to hifissb for help. If board x48 diharap dapat generate semula ssb mode kenwood tua aku nanti. Esok akan bergerak ke Kulim bertemu bomoh besar 9M2DY untuk gantikan if board yang lama. Doa dan harapan agar ianya berhasil. Amin...............

Sunday, November 13, 2011

PERSONAL RECORD ON JIDX 15M MONO BAND

Dapat bersembang dengan 316 orang Jepun di dalam 46 kampung Jepun yang berlainan dan dalam masa 36 jam.......hehehe...JIDX CONTEST SSB 2011 15M SINGLE BAND..........9M2SM AND ALL JAPANESE FRIENDS

Saturday, November 12, 2011

QRV JIDX CONTEST SOSB 15M HP

JIDX Phone Contest: 0700Z, Nov 12 to 1300Z, Nov 13
Mode:SSB
Bands:80, 40, 20, 15, 10m
Classes:Single Op All Band (Low/High)
Single Op Single Band (Low/High)
Multi-Single
Maritime Mobile
Max power:HP: >100W
LP: 100W
Exchange:JA: RST + Prefecture No.
non-JA: RST + CQ Zone No.
Work stations:Once per band
QSO Points:2 points per JA-DX QSO on 80m
1 points per JA-DX QSO on 40, 20, 15m
2 points per JA-DX QSO on 10m
Multipliers:JA Stations: DXCC countries and CQ zones once per band
non-JA Stations: JA prefectures plus JD1/O, JD1/MT, JD1/OT once per band
Score Calculation:Total score = total QSO points x total mults
Submit logs by:December 14, 2011
E-mail logs to:ph[at]jidx[dot]org
Mail logs to:JIDX Phone Contest
c/o Five-Nine Magazine
P.O. Box 59, Kamata
Tokyo 144-8691
Japan
Find rules at:http://www.jidx.org/jidxrule-e.html

Monday, October 31, 2011

CQWW 2010 SSB RESULTS.....TAHNIAH KEM MALAYSIA

CQWW 2011 baru saja berakhir jam 8 pagi tadi dan keputusan untuk 2010 secara rasminya di uploadkan di laman web CQWW.com. Hampir setahun masa diambil untuk proses pengiraan dan laporan penuh.....bukannya senang.....satu dunia hehehe.


tahniah team Malaysia terutamanya 9M2ODY....9W2ESM (9M2ESM) untuk single operator dan 9M2SMC multioperator ( penyertaan julung2 kali).


2011 lebih mencabar kerana lebih banyak penyertaan bakal disaksikan dari 9M2 land....insyaAllah. 48 jam yang penuh cabaran. Ada yang berkata hampir nak muntah melihat radio selepas 48jam terpaku depan shack...hahahaha. Ntah la...tetapi 9M2SM yang menggantikan 9M2SMC untuk tahun ini telah berjaya meningkatkan jumlah mata mentah hampir 100%. Diharap station2 lain juga dapat meningkatkan pungutan mata untuk tahun ini.


Jika kejayaan dapat dihasilkan lagi pada tahun ini maka insyaAllah harapan kami untuk mengoperasikan 9M2M dengan bantuan MCMC untuk tahun depan akan bertambah cerah. Barulah ada harapan untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan 9M8Z...9M8R dan E2E...insyaAllah

Newer Posts Older Posts Home