My LOG

My LOG

Saturday, March 27, 2010

HOW TO "GET" 59+ FROM YOUR YAESU 817,857 AND 897

Aku baru mencuba pagi nie dan memang menjadi. Petua nie aku dapat dari guru aku 9W2DI(bang din). kalau nak tau lebih lanjut lagi boleh terus ke blog dia. Oleh sebab ramai diantara kita yang menggunakan Yaesu 3 beradik nie, jadi apa yang diberikan oleh Bang Din tentang hidden function radio yang kita miliki nie amat berbaloi sangat. memang hebat performance dia. Anda boleh cuba sendiri.


Bagaimana caranya. Mudah sangat. Sebelum anda On kan Yaesu anda pastikan anda tekan Button A, B, C serentak dengan button power. Hidden function akan muncul. Cuma ubah function yang mempunyai RXG sahaja. Yang lain jangan diganggu. Belum lagi dibincangkan dalam forum kata Bang Din. Setkan sehingga level 255 menggunakan Big Knob anda. Untuk save anda tekan button F selama 3 saat. Dan semuanya selesai. Selamat mencuba dan for sure selepas nie kita mampu copy DX station dengan lebih baik. Credit to 9W2DI for the info. Tnx sifu


Thursday, March 25, 2010

BILA AKU KENA TAG NGAN 9M2JEN


Dalam sejarah aku menulis dalam blog,Nie la pertama kali Aku kena tag. Dengan Jen pulak tu..sebilik dengan aku di cw test tempoh hari. Aku dan dia dari satu batch CW dan Cyberjaya lah yang mengikatkan tali persaudaraan aku dan dia. Tapi selepas balik dari Cyberjaya dia lebih banyak menyepi di frekuensi dan tertumpu kepada "GEREK"

Aku heran kenapa jadi begitu. Bukannya senang nak lulus tetiba rakan aku menyepi terus. Rupanya hati dia dah jatuh cinta pada yang lain. Dan dari posting dia dari hari ke hari aku kini memahami kenapa dia memilih laluan itu.

2 minggu yang lalu, aku berjumpa lagi dengan dia di Cyberjaya..dan memang totally berubah. Segak, tampan, dan lebih bertenaga kalau nak dibandingkan setahun setengah yang lalu. Memang berbaloi la Jen Kudrat hang diperah setiap hari.

So bila ditanya aku apa yang aku dapat dari amatur radio? Jawapannya senang jer Bro. Malas aku nak tulis. Semua jawapannya ada dalam diri hang Jen. Apa yang hang puas dapat dari Gerek hang, macam tu la yang aku dapat dari Radio...Jen. Wang ringgit, xyl, masa, pengorbanan yang aku habiskan...aku rasa sama saja seperti apa yang hang laburkan pada Gerek hang.

Kalau hang cemburu dengan Award aku...aku pulak cemburu dengan perut hang yang dah kempis hehehe. kan kita nie seri 0 - 0.

Walau macam mana pun haluan kita..aku tetap bersyukur dapat mengenali seorang sahabat seperti hang yang tak reti berselindung dan berterus terang bila berbicara.

Hubungan ini aku doakan akan tetap berterusan dan aku harap hingga ke akhir hayat aku Jen. Teruskan dengan cinta hang dan aku akan mengikutinya dari masa ke semasa sama seperti hang mengikuti cinta hati aku.hehehe

p.s tnx fer add me inside ur bloglist

Wednesday, March 24, 2010

RARE STATION FOR DXCC AWARD

Bagi kaki2 Dx, DXCC Award atau Dx Century Club adalah satu award yang paling tinggi dan berharga sekali dalam Ham Radio. Banyak station yang terlalu mengidamkannya termasuklah aku. Setahu aku yang memiliki DXCC Honour di Malaysia nie adalah pak Eshee (9M2FK). Dia berjaya mendapat Endorsement Untuk Cw mode di 80m, sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan dalam porpogasi sekarang.

Apakah yang menyebabkan award ini terlalu berharga? Jikalau berjaya, callsign anda akan berada dan duduk sebaris dengan Callsign2 Antarabangsa Yang lain di HQ ARRL. Syaratnya jugak terlalu ketat dimana anda terpaksa mendapatkan sekurang-kurangnya call dari 100 buah negara yang berlainan. Bukan sahaja mendapat call tetapi anda harus juga confirm kontek tersebut dengan 100 QSL card yang Original.

Aku pernah berurusan dengan ARRL dan sememangnya mereka amat cerewet. Tapi tidak mengapa jika semua syaratnya mencukupi..mudahla nak apply.

so apa cerita disebalik post kali ini.senang saja.kalau anda nak work untuk Award, jangan lah dibuang QSL card yang anda terima dan cubalah mendapatkan negara2 yang baru dan Rare untuk melengkapkan DXCC anda. Dalam dunia nie terdapat lebih kurang 350 buah negara dan aku rasa tak la sukar sangat nak dapatkan 100 buah negara. Tetapi semua nie pun mestilah dengan pertolongan dan keredhaan dari Nya.

so Gud Luck all Malaysian Dxers. Lets Work For DXCC and make Malaysian Prouds



Tuesday, March 23, 2010

WORK ALL CONTINENTs

tak terkata apa aku petang nie. dah lama aku tunggu parcel nie dari USA. sampai jugak akhirnya. terima kasih lagi sekali bang Deris Posmen kerana berjaya buat award nie sampai depan pintu rumah aku.

aku puas sangat dan inilah bukti yang aku boleh tunjuk kat anak cucu aku satu hari nanti yang bapak dan tok wan depa dah tawan 6 benua dengan radio buruk dia hehehe. Bersyukur kerana proses memohon award nie agak sukar sangat, dan memang sukar berurusan dengan orang ARRL nie. tetapi alhamdulillah sampai jugak akhirnya.

so kerana benda nielah aku menuju ke cyberjaya tempoh hari tanpa menoleh lagi. dengan bantuan callsign yang baru nie aku dapat mempercepatkan sikit rentak untuk mendapatkan Award ini. Ada yang berkata berebut ke CW dan lulus untuk nak tandatangan borang 9w (hehehehe) ntahlah. sehingga sekarang berapa kerat sangat borang yang aku tandatangan dan tiada satu sen pun yang aku dapat dari tandatangan itu. Cuma kadang2 org ingat kita sombong kerana kuasa menandatangan ada dalam tangan kita. (biarlah...aku kurang peduli dalam hal sebegini)

So terima kasih sekali lagi kepada Pak Eshee (9M2FK) untuk endorse borang aku dan tak lupa kepada 9W2RZL (bakal menggegarkan 20m) kerana membantu membuka laluan kepada aku untuk memperolehi Award ini.

Jugak kepada Guru HF aku bang Din (9W2DI) hari nie saya dah buktikan kata2 abang memang betul "alang2 nak main radio Hairie biar kita main sungguh2". terima kasih atas nasihat dan panduan dari anda. Jasa anda tidak akan saya lupakan. Saya akan senantiasa menanti dan menemani guru saya di 20m mahupun 10m InsyaAllah.

p.s Juga tak lupa To team Johore for the great and superb Antenna ( DAL, ZAK & ODY )

My 10 000th Viewer *9W2GEO*


Hehehe padan muka aku semalam.Counter buat hal pulak.Ramainya the 10000 viewer.Nasib baik sham 9w2ESM menyedarinya dan tolong mendapatkan aku siapakah the 10000 yang sebenar.Tapi tak pa la.Kan ini syok2 saja.For Sham and Go in Kota Kinabalu, for sure aku akan hantar tshirt sorang satu kat hangpa.Pse Email me your size.

Buat Am 9w2Geo thank You for being folower of the blog. Ada Special thing dari usa yang aku nak bagi kat hang. Harap hang boleh guna masa dicyberjaya nanti Insyallah. Tapi Benda tu masih dalam perjalanan. Harap dalam 2 minggu nie sampaila.hehehe sabar sat noooo.

So tnx agn my friends for support dan suka duka bersama catatan electronic aku ini. Yang berguna tu jadi la panduan dan yang kurang meng enakkan tu jadikan tauladan.

Jumpa lagi for the 20000 viewer.mungkin peti ais kot lepas nie.hehehehe

Newer Posts Older Posts Home