My LOG

My LOG

Saturday, July 31, 2010

PLAY SAFE


Pagi tadi sempat chit chat ngan salah sorang idol aku 9M2SX ( Saito ). Banyak perkara yang dibincangkan. Ada beberapa teguran yang bermanfaat yang aku rasa boleh dikongsikan disini. Mula2 Saito agak bimbang takut aku nie jenis yang tak boleh terima teguran...hehehehe. tapi aku bukan jenis tu. Kalau hangpa nak tau telinga aku nie sama tebal dengan perut aku. Jadi aku tak kisah tambahan benda yang ditegur tu benda yang berguna.

Saito bimbang akan statik yang terhasil akibat antenna aku yang agak tinggi. Lebih2 lagi kawasan rumah aku agak lapang. Kebarangkalian antenna disambar petir amat tinggi. dan aku pun bersetuju....2 minggu lepas masa aku nak pasang coax cable ke ATU tangan aku terkena statik. Nasib baik kecil...kalau tak arwah dah ( alhamdulillah ). Statik nie juga kalau kena kita punya front amp receiving maka pekak la radio tu buat selamanya.

So dia pun berkongsi projek yang menelan kos yang rendah untuk menyelamatkan antenna, radio, psu, coax cable, atu dan yang penting nyawa aku sendiri. Yang penting tanggal kan coax cable jika kita tidak mengoperasikan rig. Statik tidak semestinya di akibatkan dari petir. Kadang2 floating statik nie berada di sekeling antenna kita lebih2 lagi yang Cucuk-Cucuk Langit. hehehe. Jadi nak buat macam mana.

Mudah saja kata pak saito. Apabila coax dicabut pastikan anda shortkan coax cable anda dengan Carbon Resistor. Nilai bacaan lebih kurang 5w dan 1 kilo ohm. sangat murah. modal dalam 3 kupang kata orang perlis.hehehe. Kalau ada statik pun pada coax kita ianya akan di discharge kan ataupun resisitor tu yang kaput. Antenna masih selamat dan coax masih boleh digunakan.

Petang nie aku ke kedai elektronik. Malangnya di perlis nie barang susah. Adala seramik resistor. Nilai lebih kurang 5w dan 2.2 kilo ohm. Nak buat macam mana. so aku parallel kan dua bijik jadi la nilai bacaan 10w 1.1 kilo ohm. Boleh la......hehehe cara tak pandai. Yang penting lepas nie risiko kena renjatan boleh dikurangkan.

jadi selamat mencuba. Modal tak sebesar mana. resistor 5 kupang campur klip buaya seringgit.
hehehehe. selamat la skit radio2 buruk kat rumah nie dan yang lebih penting nyawa aku

InsyaAllah




Grounding pun penting. Jangan lupa ya

Friday, July 30, 2010

Now We Are Ready to Rumble All Asia Contest

All Asian DX Contest, Phone
Status:Active
Mode:Phone
Bands:80, 40, 20, 15, 10m
Classes:Asian Single Op Single Band (High/Low)
Non-Asian Single Op Single Band (High)
JA Single Op Multi Band (High/Low/Junior/Silver)
Asian Single Op Multi Band (High/Low)
Non-Asian Single Op Multi Band (High)
Multi-Single
Multi-Multi
Max power:HP: >100 watts
LP: 100 watts
Exchange:RS + 2-digit age
Work stations:Once per band
QSO Points:(see rules)
Multipliers:Asian Stations: DXCC entities once per band
non-Asian Stations: Asian prefixes once per band
Score Calculation:Total score = total QSO points x total mults
E-mail logs to:aaph[at]jarl[dot]or[dot]jp
Mail logs to:JARL, All Asian DX Contest, Phone
170-8073
Japan
Find rules at:http://www.jarl.or.jp/English/4_Library/A-4-3_Contests/2010AA_Rule.htm

Future Dates
0000Z, Sep 4 to 2400Z, Sep 5, 2010

So dua hari berturut dalam tempoh satu bulan dari sekarang. Aku rasa selepas balik Dari ujian CW di cyberjaya kot coz kalau tak silap ujian 2 September. dalam bulan puasa ooooo. Banyak cabaran hehehe....... tapi daripada buat banyak dosa kat luar dan dalam blog lebih baik layan radio.

Kalau tak silap aku, ODY dah confirm bertanding. YBG tak pasti coz favourite mode dia CW. Contest dalam bulan Sept nie ssb saja. TMT dan BOB pasti ada. Tapi yang penting sekarang tengah setting Cabrilio file untuk diguna pakai sebagai e-log.

Mungkin aku akan modified sikit file dari Iaru championship tempoh hari. So jom contest ramai2. sambil tunggu sahur boleh CQ CONTEST CQ CONTEST All Asia CONTEST, 9M2GET CONTEST hehehe.

see u there.

Make Malaysia Proud.

Thursday, July 29, 2010

BILA KAWAN NAK CARI RADIO.


Gelombang HF makin membara. ramai yang sudah termakan racun dan ini membuatkan aku amat-amat gembira. Tahniah kepada rakan2 yang menyediakan Racun2 yang cukup berbisa sehingga mampu menarik rakan baru berjinak dalam HF. Aku sendiri tidak mampu menarik orang untuk mendekati HF walaupun aku mengoperasikan HF.

Tahniah buat 9W2DI kerana berjaya membawa gelombang baru ini buat rakan2 terutamanya di kawasan Utara. Aku berbangga kerana aku juga mengenali HF melalui Pak DIN. Ramai juga yang menelefon bertanyakan pendapat tentang rig. Pelbagai pendapat yang kedengaran. Tapi bagi aku set permulaan aku adalah Ft897 ..... dan ini lah yang membawa aku dari 9W sehingga ke tahap sekarang. Masih ingat lagi aku belajar CW dengan bantuan radio nie. Aku sayang sangat. Tapi masa tu set nie masih sangat murah...tidak seperti sekarang.

Jadi macam mana nak buat. cakap sapa nak kena dengar dan percaya. Macam Pak Din kata dia tak bekerja untuk Yaesu dan dia tak dapat satu sen pun dari kedai radio. macam tu jugak rakan aku yang sorang lagi..... dia pun bukannya apa..... tiada niat langsung nak buat banding beza cuma sebagai panduan bagi yang nak berjinak2 dengan HF dengan cara murah.

hang pa baca la sendiri.......tentang pilihan radio nie. aku link kan kat sinie untuk bacaan rakan2 yang nak dan sedang mencari set HF. Bagi aku.......aku masih sayang FT897 dan sedang mencari set2 lama seperti gambar kat atas tu. kalau ada rakan2 yang ada dan tak mau pakai lagi boleh la cari aku.hehehe


Tuesday, July 27, 2010

I WAS IN ICELAND LAST APRIL

so today confirm my audio was heard in ICELAND. Tnx to Jonsson to make it happened. Again 20m help me a lot in order to reach DXCC. Ternyata band ini tidak pernah mengecewakan. Walaupun tak seberapa thrill seperti 10m dan 6m tetapi aku tetap kena berusaha jugak. Bukan senang walaupun ada yang mengatakan ianya senang. Blom Coba Blom Tau.hehehehe. Kena Coba dulu baru tau.


Anyway tnx a lot. this rare for me. Keep it up. I heard Hj Rashid ( 9M2RS) also work on DXCC. so sekarang sudah ada sparing partner. Kami akan mengikuti jejak Pak Eshee (9M2FK) dari belakang. Sekarang nie pun ramai juga yang sudah bekerja untuk Ham Award. Sekurang2nya ada jugak tanda sesuatu yang kita boleh tunjukan kepada anak cucu satu hari nanti.
InsyaAllah

Thursday, July 22, 2010

TERINGAT REPORTER LAMA....


Petang kelmarin lepas aku bersembang dengan Haji Rashid di 7043 tiba-tiba hati aku merasa sayu. Dalam qso tu aku ada menyebut 9M2ALL dan mengutuknya. dah 2 tahun aku tunggu nak on air dengan dia tapi masih belum dapat. Aku merasakan dia dok di low band kot (160m) hehehe.

Haris nie pun sebenarnya aku baru kenai. tu pun melalui YAS dan Lelaki India. Masa aku amik cw dulu dia la yang bertungkus lumus menyambut kami di cyberjaya. Kami nie orang kampung la katakan... mana tau jalan di KL nie huhuhu. dia la yang tolong arrange hotel dan guide jalan. Aku masih ingat lagi dia ajak aku tido kat rumah dia kalau susah2. tapi aku nie jenis malas nak tido kat rumah orang. hotel murah pun jadi la.

Dalam pada tu kenai sorang lagi kawan baik Haris nie. Man Penang (9M2MGL). Aku selalu monitor blog dia dan aku banyak belajar mengenai CW di blog dia. Man dan Haris nie seperti 2 beradik.Dua2 reporter. Sorang reporter bertauliah dan sorang lagi reporter sambilan. Kalau masa CW test depa 2 org nie la yang akan buat lintas langsung. Termasuk tahun nie dah 3 kali aku ke cyberjaya dan aku berpeluang berjumpa dengan mereka.

Man selalu on air kat 40m tapi Haris nie susah sikit. Tapi semalam aku call dia dan alhamdulillah masih sihat cuma dia berpuasa 3 bulan. Ayoooo (aku tak mampu oooo...banyak dugaan). so apa yang aku nak cerita nie. ntah la cuma tiba2 aku teringat kat dua2 orang mamat nie. Tapi yang pasti CW test yang akan datang akan menemukan kami semula InsyaAllah jika umur panjang.

All the best Man and Haris..

luv from Perlis.

MGL....ALL GET OUT.....YAS(yes)

Newer Posts Older Posts Home