My LOG

My LOG

Sunday, December 12, 2010

TQ Cikgu Ibrahim 9M2IBR


Agak lama aku tidak menulis especially hal radio nie.....berehat la katakan......hehehe. Sambil muhasabah diri ini sambil itu juga mengumpul kelengkapan untuk bangun semula dalam hobi ini....insyaAllah.


Petang tadi dapat sms dari sahabat aku dari Kuala Selangor.....Mr Ibrahim......katanya controller untuk rotator aku dah berfungsi semula. Macam tak percaya......seronok sangat. aku ingat dah memang tak dak harapan lagi.

Dalam pada itu pula Ody call dari Singapore memaklumkan rotator baru dalam perjalanan. Aduh macam mana nie...............akhirnya aku ambil keputusan untuk Ody teruskan hantaran rotator baru walaupun yang lama dah dibaiki. Mana la tau kalau ada rakan2 lain yang akan memerlukannya nanti.

Walaubagaimanapun aku sedikit ceria hari ini kerana sekurang2nya satu equipment aku berjaya dibaiki oleh rakan baik aku. Harapan agar yang lain2 juga dapat dibaik pulih.....Amin

To Ibrahim.....Ody...........Zaki...........Dal...........Zaiful............Pak Non.............Andy................terima kasih banyak kerana selalu melayan kerenah aku yang banyak akal nie. Sekurang2nya hati aku agak lapang bila semua kelengkapan yang ditimpa musibah tempoh hari berada didalam tangan anda semua.

Tnx again Friends

Tuesday, November 23, 2010

TQ FRIENDS


Bila musibah melanda....... kita harus muhasabah diri kita semula. Mungkin kita lalai atau lupa dengan Dia seadanya ataupun mungkin juga sebagai dugaan untuk kita lebih ingat dan dekat denganNya. Aku banyak menerima panggilan untuk nasihat dan juga bantuan yang hendak dihulurkan. Terima kasih atas ingatan dari semua rakan2.


Pagi ini aku menerima satu parcel dari Temerloh untuk Run kan rotator aku. Alhamdulillah rotator berfungsi dengan baik. Kalau di ikutkan...... tuan dia mahu tinggalkan controller unit nie di rumah aku untuk aku gunakan.....tapi terima kasih banyak Zal atas tawaran......aku akan cuba baiki apa yang tinggal.

Begitu juga petang semalam....ada yang menelefon untuk bagi pinjam rig mereka untuk aku gunakan. Kalau yang banyak koleksi rig.....aku tak berapa terkejut tapi ada jugak rakan aku nie walaupun satu tetap ada ingatan untuk menawarkan radio mereka. Sebak hati aku......kata sahabat aku ini mungkin aku lebih memerlukan dari mereka. Tapi begitulah.....aku menolak dengan rasa rendah diri. mungkin Dia di atas sana mungkin mahu merehatkan aku sementara dari hobi ini.

Minggu depan bertolak balik ke Terengganu.....rehatkan kepala otak. Sebelum bertolak..... cuba untuk selesaikan masalah rotator nie dahulu. bimbang jugak kalau angin kuat......buatnya dia pusing tak henti2 kacau mari.hehehe.

Walaubagaimanapun aku banyak mendapat pengalaman dari musibah ini. Terima kasih juga atas ingatan kepada semua sahabat mahupun yang menelefon atau sms. Buat 9M2RDX, 9M2SX, 9M2MGL, 9M2AR, 9M2ZS dan 9W2ATR keikhlasan dari anda aku akan senantiasa semat di hati ini.


Monday, November 22, 2010

Tagis dalam Tawa


Tagis dalam tawa.....Perkara ini aku sedari dalam sejam yang lalu. 9M2YRS menelefon aku. katanya jom kita ke 80m band. Aku pun setuju dan bersedia la dengan kenwood lama aku tu. Masa mula2 kena kilat 2 hari yang lepas aku beranggapan bahawa radio ini selamat kerana bila aku power up semuanya function.


Malam nie aku dah betul2 bersedia untuk beroperasi semula. Antenna sudah molek di tune. Tiada masalah langsung masa proses tuning di fm mode. Power keluar seadanya. Tapi bila aku switch saja ke LSB masalah mula muncul. Power tidak keluar. ku sangka masalah mic tapi malangnya tidak.

Memang berkecai terus hati aku malam ini. Ini la baru dikatakan total lost. Tidak ada apa yang tinggal. Harapan satu hanya satu....harap Andy boleh tolong....esok mungkin bertolak ke kulim. Kalau dah di takdirkan oleh Allah swt mungkin aku bersara dari hobi ini buat sementara.......nak kumpul semula apa yang perlu.....dan kali ini sememangnya memakan masa.....mungkin sehingga bertahun......adios

Sunday, November 21, 2010

Wifi Modem Antara Suspek Utama


Lepas 48 Jam kejadian disambar petir aku rasa berjaya melakukan sedikit diagnos tentang kejadian yang menimpa dengan bantuan rakan2. Tq 9W2ESM atas panduan yang diberikan. Alhamdulillah setelah pemerhatian dibuat tidak semua peralatan mengalami kerosakan total :


* Yaesu 897D ( dalam perhatian bersama 9W2DAL ) tq dal

* Diamond Switching power supply ( suis sahaja yang burn ) diganti - 9M2ZS

* Yaesu Rotator Controller ( Bekalan kuasa pulih...juga suis yang burn....cuma motor masih belum bergerak ) kena panjat jugak nampaknya... tq 9M2ODY dan 9M2RDX

* Kenwood Repeater plus power supply ( total lost )

* VHF antenna ( semuanya selamat....bermakna ia tidak masuk melalui antenna)

* Wifi modem plus OJA punyer PC motherboard ( total lost.....TM ganti modem ajer.....board beli sendiri..hehehe )

* 3 plug 3pin plus 3 downlamp ( total lost....ari nie jimie mai baiki )

sekarang ini aku mengharapkan agar rotator akan pulih kembali dan 897 yang aku hantar ke DAL cuma mengalami minor injury.......... Amin.....................

terima kasih atas bantuan dan nasihat dari sahabat2 berikan.....hanya Dia yang mampu membalasnya.

Friday, November 19, 2010

ELECTRICAL GROUNDING OR ANTENNA SYSTEM


Tepat jam 5.45 petang tadi kami bergelap sekali lagi.Fuh terkejut aku. meletup seperti Mercun bola di hadapan muka aku. Habis........ aku kata di dalam hati. Lepas letupan baru dengar dentuman guruh di luar.


Nak running test equipment.....power failure pulak. Tak pa.....nyawa dulu. Aku panggil Oja....dia kata tangan dia kebas. oja sedang operate lap top masa tu dengan Adam. adam ok ajer aku tengok. Teringat bonda aku kat dapur. Repeater 9M2RMK aku letak kat ruang dapur. Bonda aku ok ajer tapi repeater padam.

Selepas semuanya stabil...aku ambil peluang untuk hidupkan semula bekalan kuasa di dalam rumah tapi kecewa. Walaupun automatic switch telah dihidupkan tapi power tetap tak ada. Call 9W2ZKY....toke elektrik. Dia mintak aku gantikan fius kat main switch. Alhamdulillah selepas 1 jam bekalan kuasa elektrik pulih semula.

Selepas observation di buat berikut adalah senarai kelengkapan yang boleh dianggap kaput.....

Yaesu 897d ( lupa cabut antenna 2m )
Switching Power Supply diamond 40A
G250 Antenna Rotator Controller
Satu set Kenwood Repeater / power supply
F22 / Yagi 5 elemen / Gadzen ( belum test lagi....esok baru nak test )
PC Oja
Modem/Router
3 set Wall Plug
2 set down lamp

aku pun tak tahu dari mana arah datangnya renjatan ini. Kalau dari antenna mungkin melibat radio sahaja tapi jika dilihat kerosakan yang berlaku mungkin ia juga datang dari grounding system rumah aku sendiri.

Walaubagaimanapun ini semua ketentuan Allah swt. aku terima dengan reda walaupun air mata terbit tanpa aku sedari. sekurang2nya nya kami sekeluarga masih lagi selamat. Bak kata MGL.....radio kita boleh cari biarpun berhutang tapi nyawa tiada jual beli.

Petang tadi telefon rakan2 dan ramai sudi membantu. InsyaAllah 897d akan terbang ke JB. Lain2 equipment 9M2ZS akan usahakan sedaya upaya untuk baik pulih. Inilah resam dalam Amateur Radio kata Rashid Ghani pada aku. walau macam mana pun aku tetap sedih bang.......

Kepada yang belum terkena......berhati2.....jangan lalai seperti aku. Hanya kerana lupa nak cabut coax ini lah padahnya.....................

Newer Posts Older Posts Home