My LOG

My LOG

Wednesday, February 23, 2011

KANGAR-JB-KANGAR IN 48 HOURS......CRAZY

Enjoy the seafood with 9M2ODY

Lama aku tak mencoret kat sinie. Boleh di katakan agak sibuk. Tahun nie semua kelas peperiksaan terpaksa aku tanggung. Sekali lagi PMR dan MUET menjadi taruhan. Tapi aku terima dengan redha. Cari rezeki untuk anak bini.

Dalam pada itu hobi kesayangan aku ini tetap tak dapat dilupakan. Pencariaan barang2 untuk menggantikan peralatan yang rosak masih diteruskan. Jumaat lepas kerja gila aku lakukan. Atas usaha ODY dan bantuan 9V1CP / 9M2CP (Leow) abg kepada 9M2SW ( Thomas) aku bergegas ke Johore Bharu bagi mendapatkan satu linear amplifier..... 1.2kw beb....tetap tak kan aku lepas punya walaupun transceiver belum ada lagi hehehe. Tnx to ODY and family for warm welcome and lunch kat KUKUP. Sedap bro seafood kat sana.

Rebuild FL2000 from estate.....sama umur dengan aku tapi mantap beb

Buat Zak dan Dal....aku mintak maaf banyak. Aku tak dapat nak lama di JB. Kalau lama alamat tak masuk kerja la on Monday. Mungkin lain kali untuk pencariaan TS590 hehehe. Dalam perjalanan balik....kereta buat hal. Terpaksa stay di Ipoh. Also tnx to bang Noq 9M2MRL atas bantuan.

Aku bersama keluarga selamat sampai di Perlis tepat 48 jam perjalanan bermula petang jumaat. Memang gila. Dua malam aku tak merasa katil empuk....hahaha.

Linear berfungsi dengan baik cuma sedikit masalah dengan relay kerana tak sesuai dengan rig zaman moden nie. Again this friday aku akan bergegas ke Bayan Lepas bertemu Bang Saito 9M2SX. He is very familiar with 6KD6 tube dan relay baru sudah pun disediakan oleh beliau.

4 unit 6KD6 tube can blow up to 1.2KW on the air
( boleh ka kat Malaysia.......hehehe)

Jadi weekend nie ada peluang pekena nasi kandar dengan 9M2SX dan 9M2AR di line clear.....

harap dapat digunakan dalam shack 9M2SMC Mac ini

Dan harapan aku agar Linear amplifier ini dapat membantu team 9M2SMC dalam ARRL DX SSB Contest dalam bulan Mac nanti.....insyaAllah.

Saturday, January 29, 2011

THIS WEEKEND



really BZ this weekend.......Adam 1st day swimming class and

a new hobby..............flying kites..........radio tutup buku dulu buat sementara..............hahahaha
( baba....adam nak wau besar tu.......)

p.s nanti kita kumpul duit yer adam......mau ke tak...... sebijik harga mencecah proton Waja 2nd hand hahahaha..........






Saturday, January 15, 2011

Tinggal Kenangan......FT897D

Pagi tadi dapat panggilan telefon dari kawan baik aku di Johor. Tak dak harapan la Hairie nak diselamatkan.....kata Zaki. Shahdu jugak hati aku masa tu. Sungguh berjasa pada aku radio nie. Hampir 3 tahun bersama aku.....banyak jasanya.


Aku bermula di HF dengan radio nie la. Ingat lagi masa mula2 dulu belajar setting radio nie dengan Bang Din ( 9W2DI).....sampai tgh malam dia sanggup ajar lagi. CQ di 10Meter tiap2 petang dengan Bang Din sambil bersila di depannya....hahahaha. Masa tu...... di utara nie yang mula2 pakai dia la........ jadi mana lagi nak rujuk.....Din Sedaka la jawabnya hehehe. Yang khatankan radio nie pun Pak Din jugak.....tapi aku tak pernah operate di 27mhz. Mungkin tak dak rezeki.

Dari hari ke hari aku meneroka radio nie......memang best....byk hidden function yang dijumpai dengan bantuan 9W2DI dan 9M2NZ. Aku belajar cw pun sebahagiannya dari function cw training dalam radio nie jugak. Kalau ada rezeki memang aku nak pakai lagi model nie. Tapi apakan daya.....menjangkaui rm 3K katanya sekarang nie. Masa aku amik dulu baru RM 2290. Terima kasih ya 9W2USF bang amir atas diskaun pada masa tu.....hahaha.

Tepat 2 bulan yang lepas....897d ini terkena renjatan akibat kilat. Padam terus. Aku menaruh harapan ianya dapat dibaiki tapi apakan daya. Dari Final sampai la ke memory cip.....semuanya kaput. Cuma 2 atau 3 aksesssori yang boleh lagi di pakai.

Kalau ada sesiapa yang menginginkan Mic, casing, knob......msg la aku. aku nak sedekah ajer....buat la amal skit....hehehe. Walaubagaimanapun terima kasih la Dal dan Zak atas usaha anda untuk menyelamatkan rig nie......cuma nasib tidak menyebelahi kita......apakan daya.

Sekarang harapan aku hanya satu lagi iaitu kenwood tua aku yang ada dengan Zaiful. Harap2 dapat la pulih sepenuhnya....insyaallah. bagi aku dugaan ini agak berat untuk pembuka tahun 2011 tapi aku terima seadanya. Moga ada hikmah disebalik semua ini. Amin.......

Wednesday, January 5, 2011

(#6 in ASIA) Pencetus Semangat Baru

Baru keluar result dari DARC....macam cucoq pisang panas. Hasil pertama dari titik peluh aku untuk amatur radio contest. Worked All Germany Contest menjadi satu lagi titik tolak buat aku dalam hobi ini.


Keputusan yang juga mengejutkan. #1 dari West Malaysia dan #6 di Asia. Aku tak sangka kerana saingan amat sengit terutamanya dari Jepun dan juga Asiatic Russia, tambahan mereka lebih dekat dengan Germany berbanding aku di kampung Arau nie. Peralatan yang digunakan juga lebih hebat dan lebih besar kalau nak dibandingkan dengan aku yang higusan ini.

Walaupun kesedihan masih menghantui aku akibat kehilangan terlalu banyak peralatan dalam habi ini tetapi kehadiran sijil ini dapat memberi harapan baru untuk 2011.

Terima kasih banyak kepada rakan2 yang support especially DAL, ZAKI dan ODY. Tanpa antenna yang bagus dari Dalbeam dan electronic log dari Johor.....aku rasa tak mampu untuk berada pada kedudukan ini.

Dalam pada mencari ganti peralatan yang bersesuaian untuk tahun ini, aku juga masih menunggu keputusan2 contest yang lain especially All Asia Contest dan jugak CQWW dimana special callsign 9M2SMC digunapakai.

Walaupun kejayaan ini terlalu kecil untuk contester yang baru seperti aku tetapi sekurang2nya ia memberi impak yang besar kepada aku betapa besarnya hobi ini mempengaruhi hidup aku.

Nama Malaysia akan tetap aku bawa diruang udara dunia dengan harapan satu hari anak cucu aku akan mempunyai jati diri yang tinggi hasil dari peninggalan ayah dan datuk mereka ini.....insyaAllah.

Sunday, December 12, 2010

TQ Cikgu Ibrahim 9M2IBR


Agak lama aku tidak menulis especially hal radio nie.....berehat la katakan......hehehe. Sambil muhasabah diri ini sambil itu juga mengumpul kelengkapan untuk bangun semula dalam hobi ini....insyaAllah.


Petang tadi dapat sms dari sahabat aku dari Kuala Selangor.....Mr Ibrahim......katanya controller untuk rotator aku dah berfungsi semula. Macam tak percaya......seronok sangat. aku ingat dah memang tak dak harapan lagi.

Dalam pada itu pula Ody call dari Singapore memaklumkan rotator baru dalam perjalanan. Aduh macam mana nie...............akhirnya aku ambil keputusan untuk Ody teruskan hantaran rotator baru walaupun yang lama dah dibaiki. Mana la tau kalau ada rakan2 lain yang akan memerlukannya nanti.

Walaubagaimanapun aku sedikit ceria hari ini kerana sekurang2nya satu equipment aku berjaya dibaiki oleh rakan baik aku. Harapan agar yang lain2 juga dapat dibaik pulih.....Amin

To Ibrahim.....Ody...........Zaki...........Dal...........Zaiful............Pak Non.............Andy................terima kasih banyak kerana selalu melayan kerenah aku yang banyak akal nie. Sekurang2nya hati aku agak lapang bila semua kelengkapan yang ditimpa musibah tempoh hari berada didalam tangan anda semua.

Tnx again Friends

Newer Posts Older Posts Home