GELANG GETAH PUTUS
first time bukak casing...cemas jugak
Agak letih jugak hari nie. Lepas Subuh aku terlelap..... tetapi bukan sekejap......10.30 pagi jugak la jadinya. Terlepas la 40m Net. Apa nak buat. hari rabu nie la pulak....tu pun kalau ada la. Lepas mandi....aku amik kesempatan turunkan vertical Butternut HV2 aku tu. Sayang jugak....tapi apakan daya.....aku terpaksa lepaskan kerana aku nak dapatkan Toy yang baru. Baca email pagi tadi Toy baru dah selamat di shipping kan dari New Orleans. Manakala Hv2 Vertical aku akan poskan ke Kota Kinabalu mencari tuan yang baru.
Selesai bungkus antenna yang nak di hantar ke KK....aku teringat ATU yang menghadapi masalah semalam. Awal malam semalam aku cuba tune di 20m tetapi tiba2 Inductance Meter aku terhenti. Kelam kabut jugak tapi antenna berjaya di tune.
Jadi apa masalahnya.....lepas turunkan antenna....aku pun bukak casing ATU nie. Mudah aja...ada la dalam 10 bijik skru. Belek punya belek rupanya Counter meter dia menggunakan gelang getah. Alamak.....lekehnya kata orang Perlis. Orang kata MFJ kualiti tapi hampeh. ada ka pakai gelang getah. Pikir punya pikir lastly aku gantikan ia dengan tali tangsi. Boleh la tahan sikit.
Tapi memang tak patut sungguh company yang punya hebat macam nie mekanikalnya pakai gelang getah saja. hehehe. sambil gantikan gelang getah tu sempat jugak aku belek roller dia. yang nie memang la hebat. Besar beb. Patut la senang tune dan wide band. hehehehe.
so masalah selesai dengan seutas tali tangsi saja. Aku resetkan semula inductance counter dia dan insyaAllah malam nie aku akan tune kan semula semua antenna dengan counter yang baru.
Bagi yang menghadapi masalah yang sama.....jangan cemas.....cuma MFJ gunakan getah ikat sayur untuk mekanikal counter nya. hehehehehe.