My LOG

My LOG

Wednesday, February 23, 2011

KANGAR-JB-KANGAR IN 48 HOURS......CRAZY

Enjoy the seafood with 9M2ODY

Lama aku tak mencoret kat sinie. Boleh di katakan agak sibuk. Tahun nie semua kelas peperiksaan terpaksa aku tanggung. Sekali lagi PMR dan MUET menjadi taruhan. Tapi aku terima dengan redha. Cari rezeki untuk anak bini.

Dalam pada itu hobi kesayangan aku ini tetap tak dapat dilupakan. Pencariaan barang2 untuk menggantikan peralatan yang rosak masih diteruskan. Jumaat lepas kerja gila aku lakukan. Atas usaha ODY dan bantuan 9V1CP / 9M2CP (Leow) abg kepada 9M2SW ( Thomas) aku bergegas ke Johore Bharu bagi mendapatkan satu linear amplifier..... 1.2kw beb....tetap tak kan aku lepas punya walaupun transceiver belum ada lagi hehehe. Tnx to ODY and family for warm welcome and lunch kat KUKUP. Sedap bro seafood kat sana.

Rebuild FL2000 from estate.....sama umur dengan aku tapi mantap beb

Buat Zak dan Dal....aku mintak maaf banyak. Aku tak dapat nak lama di JB. Kalau lama alamat tak masuk kerja la on Monday. Mungkin lain kali untuk pencariaan TS590 hehehe. Dalam perjalanan balik....kereta buat hal. Terpaksa stay di Ipoh. Also tnx to bang Noq 9M2MRL atas bantuan.

Aku bersama keluarga selamat sampai di Perlis tepat 48 jam perjalanan bermula petang jumaat. Memang gila. Dua malam aku tak merasa katil empuk....hahaha.

Linear berfungsi dengan baik cuma sedikit masalah dengan relay kerana tak sesuai dengan rig zaman moden nie. Again this friday aku akan bergegas ke Bayan Lepas bertemu Bang Saito 9M2SX. He is very familiar with 6KD6 tube dan relay baru sudah pun disediakan oleh beliau.

4 unit 6KD6 tube can blow up to 1.2KW on the air
( boleh ka kat Malaysia.......hehehe)

Jadi weekend nie ada peluang pekena nasi kandar dengan 9M2SX dan 9M2AR di line clear.....

harap dapat digunakan dalam shack 9M2SMC Mac ini

Dan harapan aku agar Linear amplifier ini dapat membantu team 9M2SMC dalam ARRL DX SSB Contest dalam bulan Mac nanti.....insyaAllah.

Newer Posts Older Posts Home