My LOG

My LOG

Saturday, March 27, 2010

HOW TO "GET" 59+ FROM YOUR YAESU 817,857 AND 897

Aku baru mencuba pagi nie dan memang menjadi. Petua nie aku dapat dari guru aku 9W2DI(bang din). kalau nak tau lebih lanjut lagi boleh terus ke blog dia. Oleh sebab ramai diantara kita yang menggunakan Yaesu 3 beradik nie, jadi apa yang diberikan oleh Bang Din tentang hidden function radio yang kita miliki nie amat berbaloi sangat. memang hebat performance dia. Anda boleh cuba sendiri.


Bagaimana caranya. Mudah sangat. Sebelum anda On kan Yaesu anda pastikan anda tekan Button A, B, C serentak dengan button power. Hidden function akan muncul. Cuma ubah function yang mempunyai RXG sahaja. Yang lain jangan diganggu. Belum lagi dibincangkan dalam forum kata Bang Din. Setkan sehingga level 255 menggunakan Big Knob anda. Untuk save anda tekan button F selama 3 saat. Dan semuanya selesai. Selamat mencuba dan for sure selepas nie kita mampu copy DX station dengan lebih baik. Credit to 9W2DI for the info. Tnx sifu


Thursday, March 25, 2010

BILA AKU KENA TAG NGAN 9M2JEN


Dalam sejarah aku menulis dalam blog,Nie la pertama kali Aku kena tag. Dengan Jen pulak tu..sebilik dengan aku di cw test tempoh hari. Aku dan dia dari satu batch CW dan Cyberjaya lah yang mengikatkan tali persaudaraan aku dan dia. Tapi selepas balik dari Cyberjaya dia lebih banyak menyepi di frekuensi dan tertumpu kepada "GEREK"

Aku heran kenapa jadi begitu. Bukannya senang nak lulus tetiba rakan aku menyepi terus. Rupanya hati dia dah jatuh cinta pada yang lain. Dan dari posting dia dari hari ke hari aku kini memahami kenapa dia memilih laluan itu.

2 minggu yang lalu, aku berjumpa lagi dengan dia di Cyberjaya..dan memang totally berubah. Segak, tampan, dan lebih bertenaga kalau nak dibandingkan setahun setengah yang lalu. Memang berbaloi la Jen Kudrat hang diperah setiap hari.

So bila ditanya aku apa yang aku dapat dari amatur radio? Jawapannya senang jer Bro. Malas aku nak tulis. Semua jawapannya ada dalam diri hang Jen. Apa yang hang puas dapat dari Gerek hang, macam tu la yang aku dapat dari Radio...Jen. Wang ringgit, xyl, masa, pengorbanan yang aku habiskan...aku rasa sama saja seperti apa yang hang laburkan pada Gerek hang.

Kalau hang cemburu dengan Award aku...aku pulak cemburu dengan perut hang yang dah kempis hehehe. kan kita nie seri 0 - 0.

Walau macam mana pun haluan kita..aku tetap bersyukur dapat mengenali seorang sahabat seperti hang yang tak reti berselindung dan berterus terang bila berbicara.

Hubungan ini aku doakan akan tetap berterusan dan aku harap hingga ke akhir hayat aku Jen. Teruskan dengan cinta hang dan aku akan mengikutinya dari masa ke semasa sama seperti hang mengikuti cinta hati aku.hehehe

p.s tnx fer add me inside ur bloglist

Wednesday, March 24, 2010

RARE STATION FOR DXCC AWARD

Bagi kaki2 Dx, DXCC Award atau Dx Century Club adalah satu award yang paling tinggi dan berharga sekali dalam Ham Radio. Banyak station yang terlalu mengidamkannya termasuklah aku. Setahu aku yang memiliki DXCC Honour di Malaysia nie adalah pak Eshee (9M2FK). Dia berjaya mendapat Endorsement Untuk Cw mode di 80m, sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan dalam porpogasi sekarang.

Apakah yang menyebabkan award ini terlalu berharga? Jikalau berjaya, callsign anda akan berada dan duduk sebaris dengan Callsign2 Antarabangsa Yang lain di HQ ARRL. Syaratnya jugak terlalu ketat dimana anda terpaksa mendapatkan sekurang-kurangnya call dari 100 buah negara yang berlainan. Bukan sahaja mendapat call tetapi anda harus juga confirm kontek tersebut dengan 100 QSL card yang Original.

Aku pernah berurusan dengan ARRL dan sememangnya mereka amat cerewet. Tapi tidak mengapa jika semua syaratnya mencukupi..mudahla nak apply.

so apa cerita disebalik post kali ini.senang saja.kalau anda nak work untuk Award, jangan lah dibuang QSL card yang anda terima dan cubalah mendapatkan negara2 yang baru dan Rare untuk melengkapkan DXCC anda. Dalam dunia nie terdapat lebih kurang 350 buah negara dan aku rasa tak la sukar sangat nak dapatkan 100 buah negara. Tetapi semua nie pun mestilah dengan pertolongan dan keredhaan dari Nya.

so Gud Luck all Malaysian Dxers. Lets Work For DXCC and make Malaysian Prouds



Tuesday, March 23, 2010

WORK ALL CONTINENTs

tak terkata apa aku petang nie. dah lama aku tunggu parcel nie dari USA. sampai jugak akhirnya. terima kasih lagi sekali bang Deris Posmen kerana berjaya buat award nie sampai depan pintu rumah aku.

aku puas sangat dan inilah bukti yang aku boleh tunjuk kat anak cucu aku satu hari nanti yang bapak dan tok wan depa dah tawan 6 benua dengan radio buruk dia hehehe. Bersyukur kerana proses memohon award nie agak sukar sangat, dan memang sukar berurusan dengan orang ARRL nie. tetapi alhamdulillah sampai jugak akhirnya.

so kerana benda nielah aku menuju ke cyberjaya tempoh hari tanpa menoleh lagi. dengan bantuan callsign yang baru nie aku dapat mempercepatkan sikit rentak untuk mendapatkan Award ini. Ada yang berkata berebut ke CW dan lulus untuk nak tandatangan borang 9w (hehehehe) ntahlah. sehingga sekarang berapa kerat sangat borang yang aku tandatangan dan tiada satu sen pun yang aku dapat dari tandatangan itu. Cuma kadang2 org ingat kita sombong kerana kuasa menandatangan ada dalam tangan kita. (biarlah...aku kurang peduli dalam hal sebegini)

So terima kasih sekali lagi kepada Pak Eshee (9M2FK) untuk endorse borang aku dan tak lupa kepada 9W2RZL (bakal menggegarkan 20m) kerana membantu membuka laluan kepada aku untuk memperolehi Award ini.

Jugak kepada Guru HF aku bang Din (9W2DI) hari nie saya dah buktikan kata2 abang memang betul "alang2 nak main radio Hairie biar kita main sungguh2". terima kasih atas nasihat dan panduan dari anda. Jasa anda tidak akan saya lupakan. Saya akan senantiasa menanti dan menemani guru saya di 20m mahupun 10m InsyaAllah.

p.s Juga tak lupa To team Johore for the great and superb Antenna ( DAL, ZAK & ODY )

My 10 000th Viewer *9W2GEO*


Hehehe padan muka aku semalam.Counter buat hal pulak.Ramainya the 10000 viewer.Nasib baik sham 9w2ESM menyedarinya dan tolong mendapatkan aku siapakah the 10000 yang sebenar.Tapi tak pa la.Kan ini syok2 saja.For Sham and Go in Kota Kinabalu, for sure aku akan hantar tshirt sorang satu kat hangpa.Pse Email me your size.

Buat Am 9w2Geo thank You for being folower of the blog. Ada Special thing dari usa yang aku nak bagi kat hang. Harap hang boleh guna masa dicyberjaya nanti Insyallah. Tapi Benda tu masih dalam perjalanan. Harap dalam 2 minggu nie sampaila.hehehe sabar sat noooo.

So tnx agn my friends for support dan suka duka bersama catatan electronic aku ini. Yang berguna tu jadi la panduan dan yang kurang meng enakkan tu jadikan tauladan.

Jumpa lagi for the 20000 viewer.mungkin peti ais kot lepas nie.hehehehe

Saturday, March 20, 2010

SELEPAS COBAAN KELIMA DAN KEEMPAT

Dah hampir seminggu aku travel mengelilingi semenanjung Malaysia. Tak sempat nak update blog, tambahan lagi lap top aku lupa sumbat dalam bonet kereta. Agak bengang jugak dibuatnya. Masa aku menaip nie aku agak keletihan tapi niat aku bila aku sampai rumah benda nie la aku nak buat dulu.


Tak dak penghargaan lain yang aku dapat berikan kepada 2 rakan aku nie selain ucapan tahniah. Zal dan Pak Yop..mungkin ini agak lewat tapi sekalung tahniah aku ucapkan. Hangpa dah buat aku teruja dengan hangpa. Tak dak erti malu, malas, tanggungjawab berat, tak cukup masa, hilang callsign lama dan apa2 lagi la..hehehe
So Apa yang istimewa sangat tentang 2 orang rakan aku nie.

1. 9w2YR telah menjadi swl dari tahun 70an lagi dan ini merupakan pencapaian tertinggi beliau.
2. Ujian kali ini merupakan cobaan Pak Yop yang ke 5 kali dan sukses. susah nak cari org yang ada semangat juang yang tinggi.

3. Dia juga terpaksa korbankan callsign 2 alphabetnya untuk call 9M2 insyaAllah.

4. Juga amat aktif di HF dikala ini dan aku rasa amat sesuai sekali dia upgrade call dia dimasa ini.


1. 9w2RZL merupakan orang kuat 10m band di Malaysia malah memperolehi banyak award untuk band nie.

2. Beliau merupakan Station 59 aku yang pertama di HF dan aku banyak belajar dari dia.

3. Cukup aktif dalam dxing dan tak lokek ilmu.

4. Juga terpaksa korbankan callsign lama beliau kerana 9M2RZL dah pun ada dari Pulau Mutiara.


5. Cubaan ke4 beliau membuahkan hasil dan aku pasti dia akan lebih enjoy diband yang lebih luas dan lebar.


Apa pun sekali lagi sekalung tahniah aku ucapkan dalam usaha mereka yang tak pernah kenal erti jemu dan perit yang terpaksa dilalui dalam usaha menawan cw.

Buat yang tidak berjaya di Cyberjaya aku tetap berbangga dengan hangpa semua kerana berani menyahut cabaran untuk upgradekan diri sendiri. Cuma masanya belum lagi tiba dan banyakkan lagi latihan. InsyaAllah 9M akan berada dalam genggaman anda.

Walau ada yang berkata CW ini bak kukur kelapa dimasa kini dan ibarat dizaman P.Ramlee ( dah tak boleh pakai dah ) tapi apakan daya MCMC masih lagi menggunakan kukur kelapa ini sebagai kayu pengukur. Terpaksala kita akur.....hik hik hik hik

Friday, March 12, 2010

ANOTHER GIFT....SHELL 95

SEBENARNYA AKU NIE BUKAN SUKA SANGAT MASUK PERADUAN2 NIE.TAPI PERADUAN NIE LA YANG PALING MUDAH AKU RASA.CUMA ISI BORANG DAN MASUKKAN DALAM KOTAK SAJA HEHEHE.

AKU PUN TAK PERNAH TERPIKIR NAK MENANG PUN DAN SEMEMANGNYA AKU SUKAR SEKALI UNTUK MENANG DALAM APA JUA PERTANDINGAN.HUHUHU.TAPI KALI NIE TUAH MEMANG MILIK ANAK AKU LA.TIAP KALI DIA YANG MASUKKAN BORANG DALAM KOTAK DENGAN MAMA DIA.

AKU BERSYUKUR SANGAT DENGAN REZEKI NIE. WALAUPUN BAGI SESETENGAH ORANG JUMLAH NIE AGAK SIKIT TAPI BAGI AKU IANYA CUKUP BERNILAI. BELUM APA2 LAGI OUT DAH BUAT PERANCANGAN HEHEHE.TAPI TAK PA LA.SAPA YANG TAK SAYANG BINI OIIIII.

JADI ANGAN2 AKU NAK DAPATKAN TL922A MUNGKIN ADA HARAPAN.INSYAALLAH.
MACAMANAPUN AKU BERSYUKUR SANGAT DENGAN REZEKI NIE DIKALA AKU TENGAH UBAH SUAI RUMAH. YA ALLAH TERIMA KASIH ATAS REZEKI MU

My New Toy

Alhamdulillah sampai jugak akhirnya together with Hj Rashid Amp Cable. Aku bimbang sangat coz esok aku dah nak buat perjalanan ke Terengganu dan akan berlanjutan hingga ke cyberjaya on 17. Bimbang janji aku dengan Hj tak tertunai. Sekali lagi terima kasih Bang Deris Posmen (akan aku upload gambar dia satu hari nanti) dan pos Malaysia.

So this Kenwood Mc60 nie aku dapat dari sorang Ham di California. dia tak mau pakai dah so aku sebat la hehehe. petang nie la kalau sempat aku nak test audio dia. Jadi lengkap la sekarang my old junk ts950sdx wid sp-950 plus mc60 mic plus himound imbic. With this Iambic aku rasa dah boleh mula bergerak untuk 25wpm hehehe (harap2 la). Cuma dream aku sekarang kalau la ada TL922A alangkah bahagianya. setahu aku 9M2SW ada benda nie. nanti la aku ayatkan.hehehe

so selamat bercuti kepada semua warga pendidik dan selamat berlatih buat yang akan bertempur cw di Cyberjaya nanti. Kita jumpa disana on 17.....




Wednesday, March 10, 2010

A GIFT FROM PILE UP

FB WID UR EMAIL BOB. PLEASE SEND DIRECT AND MY QSL INFO IN QRZ.COM.

THROUGH YOUR PILE UP, BESIDE FROM GETTING NEW DXCC U ALSO CAN GET BEAUTIFUL QSL CARDS FROM NEW COUNTRY PLUS 'GREEN STAMP' FOR RETURN POSTAGE. THIS CAN HELP U A LOT TO COVER UR POSTAGE FEE. HUHUHU

SO ONCE AGAIN LETS RUMBLE THE BAND ALL MALAYSIAN DXers. LETS HUNT FOR DXCC

WE ARE NEEDED


THIS IS REALLY FUN. A PILE UP ONLY FROM NORTH AMERICA,,, I REPEAT ONLY FROM NORTH AMERICA. FOR THE FIRST TIME I'M REALLY PROUD THAT THE AMERICAN STATION HAVE TO WAIT AND Q' FOR OUR CALL.HUHUHU.

THE CONDITION IS GREAT AND THE PILE UP IS CRAZY. AFTER QRT I STILL RECEIVE AN EMAIL ASKING FOR HELP AND I WILL TRY TO FULFILL IT. FOR SURE TOMORROW NITE THIS SMALL STATION WILL CALL AGAIN ON 14.242

SO APA TUNGGU LAGI 9W AND 9M. BAND IS OPEN, OUR CALL ARE NEEDED OUT THERE. LETS RUMBLE THE BAND AND GET THE DXCC AS MANY AS WE CAN


Monday, March 1, 2010

WHO WILL BE MY 10 000 VISITOR.......


UNTIL NOW I'M STILL WAITING WHO IS GOING TO BE MY 10 000 VISITORS FOR THIS BLOG. TO THOSE WHO GET THIS LUCKY NUMBER, PLEASE PRINT SCREEN AND SEND TO mak_minah1@yahoo.com . THERE IS SOMETHING SPECIAL FOR THE LUCKY VIEWER..FOR SURE.

Newer Posts Older Posts Home