My LOG

My LOG

Wednesday, March 24, 2010

RARE STATION FOR DXCC AWARD

Bagi kaki2 Dx, DXCC Award atau Dx Century Club adalah satu award yang paling tinggi dan berharga sekali dalam Ham Radio. Banyak station yang terlalu mengidamkannya termasuklah aku. Setahu aku yang memiliki DXCC Honour di Malaysia nie adalah pak Eshee (9M2FK). Dia berjaya mendapat Endorsement Untuk Cw mode di 80m, sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan dalam porpogasi sekarang.

Apakah yang menyebabkan award ini terlalu berharga? Jikalau berjaya, callsign anda akan berada dan duduk sebaris dengan Callsign2 Antarabangsa Yang lain di HQ ARRL. Syaratnya jugak terlalu ketat dimana anda terpaksa mendapatkan sekurang-kurangnya call dari 100 buah negara yang berlainan. Bukan sahaja mendapat call tetapi anda harus juga confirm kontek tersebut dengan 100 QSL card yang Original.

Aku pernah berurusan dengan ARRL dan sememangnya mereka amat cerewet. Tapi tidak mengapa jika semua syaratnya mencukupi..mudahla nak apply.

so apa cerita disebalik post kali ini.senang saja.kalau anda nak work untuk Award, jangan lah dibuang QSL card yang anda terima dan cubalah mendapatkan negara2 yang baru dan Rare untuk melengkapkan DXCC anda. Dalam dunia nie terdapat lebih kurang 350 buah negara dan aku rasa tak la sukar sangat nak dapatkan 100 buah negara. Tetapi semua nie pun mestilah dengan pertolongan dan keredhaan dari Nya.

so Gud Luck all Malaysian Dxers. Lets Work For DXCC and make Malaysian Prouds



0 comments:

Newer Post Older Post Home