My LOG

My LOG

Thursday, March 25, 2010

BILA AKU KENA TAG NGAN 9M2JEN


Dalam sejarah aku menulis dalam blog,Nie la pertama kali Aku kena tag. Dengan Jen pulak tu..sebilik dengan aku di cw test tempoh hari. Aku dan dia dari satu batch CW dan Cyberjaya lah yang mengikatkan tali persaudaraan aku dan dia. Tapi selepas balik dari Cyberjaya dia lebih banyak menyepi di frekuensi dan tertumpu kepada "GEREK"

Aku heran kenapa jadi begitu. Bukannya senang nak lulus tetiba rakan aku menyepi terus. Rupanya hati dia dah jatuh cinta pada yang lain. Dan dari posting dia dari hari ke hari aku kini memahami kenapa dia memilih laluan itu.

2 minggu yang lalu, aku berjumpa lagi dengan dia di Cyberjaya..dan memang totally berubah. Segak, tampan, dan lebih bertenaga kalau nak dibandingkan setahun setengah yang lalu. Memang berbaloi la Jen Kudrat hang diperah setiap hari.

So bila ditanya aku apa yang aku dapat dari amatur radio? Jawapannya senang jer Bro. Malas aku nak tulis. Semua jawapannya ada dalam diri hang Jen. Apa yang hang puas dapat dari Gerek hang, macam tu la yang aku dapat dari Radio...Jen. Wang ringgit, xyl, masa, pengorbanan yang aku habiskan...aku rasa sama saja seperti apa yang hang laburkan pada Gerek hang.

Kalau hang cemburu dengan Award aku...aku pulak cemburu dengan perut hang yang dah kempis hehehe. kan kita nie seri 0 - 0.

Walau macam mana pun haluan kita..aku tetap bersyukur dapat mengenali seorang sahabat seperti hang yang tak reti berselindung dan berterus terang bila berbicara.

Hubungan ini aku doakan akan tetap berterusan dan aku harap hingga ke akhir hayat aku Jen. Teruskan dengan cinta hang dan aku akan mengikutinya dari masa ke semasa sama seperti hang mengikuti cinta hati aku.hehehe

p.s tnx fer add me inside ur bloglist

1 comments:

Salam...yes,kepuasan dalam sesuatu hobi,hanya diri sendiri yg dapat tafsir.....apapun hobi punyai goal post masing2...

thanks atas jawapan,tapi hang post gambor perut tengah berlipat...keh keh keh...

Post a Comment

Newer Post Older Post Home