My LOG

My LOG

Friday, September 24, 2010

9M2RMK IS BACK

Petang nie 9M2RMK telah kembali beroperasi semula setelah hampir 2 bulan menyepi. Thanks to the team 9W2PCS, 9W2AZV, 9W2ATR, 9M2AMZ, 9M2YAS, 9M2PZ, 9M2ZS dan tak lupa 9W2ZEM. Again credit to 9M2PZ for the tx antenna. It work great.


Tak lupa juga kepada abg spiderman, abg black atas pertolongan anda. Mungkin coverage sedikit menurun tapi cukup la untuk dipergunakan di lokal Perlis.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke 20 repeater ini dan ia masih bertahan. Sejarahnya bermula di Bandar Di Raja Arau dan di pelopori oleh team AraBoys pada masa itu. Kemudiannya ia beralih tempat mengikut peredaran masa.

Frekuensi masih lagi sama iaitu 147.980 -600 dan tone 203.5 sehingga berakhir Disember ini. Mungkin pada tahun hadapan frekuensinya akan berubah mengikut kehendak MCMC setelah AA nya akan tamat hujung tahun ini.

Jika anda ke Perlis boleh la parking di sini selain 9M4RHP yang beroperasi seperti sedia kala. Pasti panggilan anda akan terjawab.....insyaAllah

Tuesday, September 21, 2010

Sambungan Mobile 20m Bila dah sampai Terengganu...


Habis cerita dengan John dan Ody sambung pulak cerita dengan Shukri (9M2MSL) dan Iqbal (bakal 9M2BAL). Keluar makan dengan depa di bandaraya Kuala Terengganu jadi pulak cerita dengan N7KD (Ken) dari USA. Bal cepat2 amik video. 55 signal report jadila. kami copy 58. So kenangan macam nie tak leh lupa hehehe.

Tahun nie aku balik Terengganu Mobile station set up kat 40m. Band yang lagi2 senang dan mudah. Lebih kurang macam 2m la kata orang. Tak dak thrill kata seorang sahabat hehehe. Bila2 masa boleh sembang. Tentang Whip 20m aku dah hadiah kan pada seorang sahabat di kulim. Kalau tak kerana dia linear kat Arau tak leh jalan hehehehe.

So apa2 pun band yang kita operate meati ada susah dan ada senangnya. semuanya bergantung pada yang di atas sana. tapi aku tetap enjoy mencuba work dari mobile tapi maaf la especially Ody dan Zack (9M2ZC) hati aku tetap di base station bersama hybrid dan tube.

Kenangan 20m Mobile with 9M6JC


Ntah.....tiba2 aku rasa nak upload video nie. Aku bukan la kaki yang work from mobile station yang gila2 tapi pagi tu kira2 setahun yang lalu masa nak balik Terengganu rasa seperti nak pasang whip 20m. Tiba2 dengar John dengan Ody di frekuensi. Sabah masuk kuat....hang pa dengar la sendiri tapi Ody aku tak leh copy.

syok jugak work dari mobile nie tapi aku rasa macam bahaya jer. Laju siut masa tu.....hehehe atas highway. nak berhenti sorry la.....nak bagi Darling jeling....hehehehe on the way balik kampung dia la kan.

tapi jiwa aku tetap di base atau portable....agak selesa. Lain orang lain la jiwa dia. Janji bahagia hehe. Tapi video nie memang aku puas walaupun mobile di 20m. Band yang memang mudah tapi susah nak mengoperasikannya. kalau tidak.... buat apa nak susah2 pi cyberjaya berulang kali. Susah2 dulu senang2 kemudian.

So mana2 yang dah boleh operate kat 20m terus layan....jelajah la dunia sepuas2nya. bayar lesen tiap2 tahun dah la mahal jadi henjut la puas2. Mana2 yang rasa berminat nak layan di band yang mudah nie kena la layan dulu 12wpm di cyberjaya insyaAllah. Nak buat macam mana dah depa tetap macam tu. Tapi yang apa tersirat di cyberjaya sebenarnya tak susah.....dimana ada kemahuan disitu ada jalan kerana semua orang bermula dari bawah termasuk diri aku yang tak seberapa nie.

Enjoy the hobby.......

Friday, September 17, 2010

G0VQY- THANKS FOR THE VIDEO RECORDING

I just happened to see him pop up on the cluster and manage to get in there before anybody else when he shouted for the first time. On then off course when I had finished, a million people were waiting - G0VQY

TNX PENN FOR THE VIDEO.....AT LEAST I CAN HEAR MY OWN VOICE IN ENGLAND. MAY GOD BLESS YOU

Tuesday, September 14, 2010

CHAT WITH AMERICANS IN MY PORTABLE STATION - KUALA TERENGGANU

Thanks Seymour for coming back to my call. Your signal as usual 59++. The strongest audio from North America that i ever heard. Thanks for the signal report even it is 55 but it really made me satisfied with that.

20m last night really open and i made some contact with European and also oceania with my simple setup over here. Not forgotten 9M6TMT for a long chat. Kota kinabalu like 2 meter last night. hihihi

Hope to see u again during this festival and holiday

Monday, September 13, 2010

My Portable Setup @ Kuala Terengganu



upload with my mobile. Really classic and simple. A psu, 897d, 945e tuner and a maldol multiband whip by 9w2DAL. Work with 9m2pv, 9m2dy, 9m2one, 9m2ar, 9m2at, 9m2zae, 9m2nzi and local 9m2vot. All 59. Tq for the chat and hope to c more friends on the air while in portable stn. Selamat Hari Raya and c u down the log.

Tuesday, September 7, 2010

CONTEST LOG CONFIRM

Pagi tadi kembali semula ke skrin komputer selepas mengemaskan rumah dan shack untuk hari raya. Sempat check email dan alhamdulillah seperti Ody...log kami untuk All Asia Contest sudah confirm oleh JARL selaku penganjur.


Aku kemudian melayari website Jarl dan tepat sekali callsign kami sudah terpampang disana bersama Sabah DX club 9M6SDX dan Japanese club station di KL 9M2JKL. Mungkin akan ada lagi wakil2 dari Malaysia yang akan bersama-sama dalam sehari 2 lagi InsyaAllah.

Update log sehingga 06.29 utc terdapat 392 station yang sudah pun confirmkan log mereka.
Detail info di


all the best from West Malaysia.

Monday, September 6, 2010

NEXT EVENT

Alhamdulillah.....all asia contest tamat jam 08.00 pagi tadi local dan hasilnya tidak lah mengecewakan. Hampir 500 contact berjaya dibuat dari 61 buah negara. Aku juga telah berjaya mendapatkan 5 new country on the list. Cabrillio file sudah pun di email ke JARL dan keputusannya mungkin akan di umumkan September tahun depan. ! tahun wooo.....tak boleh tahan hehehe.....

Tnx a lot to those friend that really help and support me for this contest. Zaki,Danial, Ody and not forgotten a great contester from Sabah 9M6YBG ( Go ) for a great advice. Go adalah seorang yang berpengalaman dalam contest dan banyak tips yang diberikan dalam contest kali ini.

Selain itu antenna system yang dibekalkan oleh DALBEAM banyak membantu. D7E3 7element banyak membantu untuk contest kali nie. Walaupun antenna ini boleh bekerja triband tapi aku mengambil keputusan untuk bertanding single band sahaja. Mungkin di tahun hadapan boleh rancang untuk multiband. Again credit to 9W2DAL for a superb antenna.

so next target semestinya Oceania Dx Contest this October. Harap kali nie ramai lagi yang akan on air sambil membawa bendera Malaysia.

InsyaAllah

Sunday, September 5, 2010

2010 All Asian DX Contest (UTC00:01Hrs 4th Sept to UTC23:59Hrs 5th Sept 2010)


Pyzam Glitter Text Maker

CALLING CQ AA CONTEST EARLY IN THE MORNING

HOPE TO SEE U ON THE BAND. MY NUMBER IS 59 33

Saturday, September 4, 2010

THE 811H WITH 572B's HEART AND SOUL

Alhamdulillah....selamat sampai ke Perlis. Dengan perjalanan beribu batu hati aku agak bimbang jika kecelakaan berlaku. Amat2 sensitif terutama 4 biji tiub nya. Tnx to Jenny to make it happen and also Pos Malaysia and USPS.

Hampir 13 hari aku menunggu akhirnya aku di panggil ke Kastam pos Butterworth untuk collect Linear nie. Duit bonus raya kali nie terpaksa la aku pulangkan semula ke Kerajaan Malaysia kerana Amplifier di klaskan dengan cukai 15% + 10% hehehe. Tapi tak pa....masih lagi bebaloi dan untung jika dibandingkan dibawa masuk dari Singapore.

Lepas collect di Butterworth aku bermalam di Bukit Mertajam. Xyl kata KASUT aku dah dapat dan sekarang giliran dia la pulak. Bak kata P.Ramlee "Sapa tak sayang bini oiiii" hehehe. So malam tu aku teman kan dia dan Adam untuk sedikit Shopping Hari Raya. Lepas jam 11 aku hantar family balik hotel.... terus aku shoot ke Kulim cari tok bomoh.

Andy (9M2DY) menunggu dengan senyuman. Dah hampir 2 tahun qso baru semalam bertemu muka. The eyeball really meaningful. Dia banyak mengajar aku tentang nak operatekan valve set. Kami sama2 buka 811h nie dan buat checking. The best thing linear nie datang dengan 4 biji 572b tiub....banyak untung ooooo. sepatutnya bekalan semestinya 4 bijik 811A. Syukur.


Cuma satu saja problemnya. Ia mesti di operate kan dengan bekalan 110v. Mula2 aku dengan Andy nak ubah saja tapping dia untuk operate di 240v tapi pikiaq punya pikiaq akhirnya aku bersetuju untuk mendapatkan Stepdown Transformer. Lebih selamat and keep the origin kata Andy.



Jadi petang nie dah selamat sampai Arau dan aku dah buat final checking. Ts950sdx akan bekerja dengan linear nie. Semua wiring aku dah siapkan cuma untuk grounding saja blom lagi. Lepas publishkan post nie aku akan terus ground dan buat tuning InsyaAllah.

Cita2 aku nak bekerja dengan tiub akhirnya tercapai dan aku amat berharap ianya dapat berfungsi dengan baik. Another toy in the shack but banyak pengorbanan terpaksa dibuat. Satu vhf , butternut vertical dan bonus raya terpaksa aku let go semata memenuhi impian ini.

C U Guys in All Asia contest with the new system


Thursday, September 2, 2010

TQ TM

Terima kasih banyak kepada semua staf TM terutamanya technician dan operator yang banyak bertungkus lumus mengembalikan semula talian internet ke rumah aku.


Seperti kebingungan setelah hampir seminggu talian internet di kawasan kami terutamanya di Bandar Di Raja Arau terputus akibat dari kegiatan mencuri kabel . Kata pihak TM hampir 85 pelanggan menghadapi masalah sama seperti aku.

Mulanya tidak terasa sangat tetapi apabila masalah ini berlanjutan hingga ke seminggu boleh tahan jugak jadinya. Banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan. Nak pergi Cyber cafe rasanya dah tak sesuai dengan umur aku....heheheh. terpaksa la di tunggu jugak walaupun seminggu.

Malam nie senyum sampai ke telinga. Isteri aku sibuk melawat ladang Farm ville nya di FB. aku sibuk tracking barang aku di ebay. Berita gembira....dah sampai di Pos Kastam Butterworth. kalau ada masa esok nak pergi ushar tengok.

Selain itu sempat baca lintas yang dah tak langsung di Blog 9M2MGL tentang cw test. Tahniah kepada 8 orang yang berjaya. Personal congrates to 9W2BAL (bal) dan 9W2OGH (ong). Aku kenal dua orang mamat nie esspecially ONG masa dia menuntut di IPG Kangar selama 4 tahun.

Buat yang tidak berjaya aku turut rasa bangga atas kesungguhan hang pa semua. Walau pun dengar desas desus katanya nak di buka 40m band untuk semua.....walaupun dah nampak semakin kabur tetapi hang pa tetap ke sana untuk menawan CW. Jangan putus asa dan terus mencuba....insyaAllah satu hari ia pasti di dalam genggaman.

Alhamdulillah.....talian Internet dah kembali pulih dan InsyaAllah aku pasti akan aktif semula di sini dalam menulis dan terus menulis. InsyaAllah ketemu nanti di All Asia SSB Contest bermula 4 Sept hingga 5 Sept. Qrv di 20m band for Single Operator with Single band. Aku doakan semoga beroleh kejayaan kepada semua Ham operator dari Malaysia yang turut serta dan akan mengambil bahagian kali ini. Amin........


Newer Posts Older Posts Home