THE 811H WITH 572B's HEART AND SOUL
Alhamdulillah....selamat sampai ke Perlis. Dengan perjalanan beribu batu hati aku agak bimbang jika kecelakaan berlaku. Amat2 sensitif terutama 4 biji tiub nya. Tnx to Jenny to make it happen and also Pos Malaysia and USPS.
Hampir 13 hari aku menunggu akhirnya aku di panggil ke Kastam pos Butterworth untuk collect Linear nie. Duit bonus raya kali nie terpaksa la aku pulangkan semula ke Kerajaan Malaysia kerana Amplifier di klaskan dengan cukai 15% + 10% hehehe. Tapi tak pa....masih lagi bebaloi dan untung jika dibandingkan dibawa masuk dari Singapore.
Andy (9M2DY) menunggu dengan senyuman. Dah hampir 2 tahun qso baru semalam bertemu muka. The eyeball really meaningful. Dia banyak mengajar aku tentang nak operatekan valve set. Kami sama2 buka 811h nie dan buat checking. The best thing linear nie datang dengan 4 biji 572b tiub....banyak untung ooooo. sepatutnya bekalan semestinya 4 bijik 811A. Syukur.
Cuma satu saja problemnya. Ia mesti di operate kan dengan bekalan 110v. Mula2 aku dengan Andy nak ubah saja tapping dia untuk operate di 240v tapi pikiaq punya pikiaq akhirnya aku bersetuju untuk mendapatkan Stepdown Transformer. Lebih selamat and keep the origin kata Andy.
Cita2 aku nak bekerja dengan tiub akhirnya tercapai dan aku amat berharap ianya dapat berfungsi dengan baik. Another toy in the shack but banyak pengorbanan terpaksa dibuat. Satu vhf , butternut vertical dan bonus raya terpaksa aku let go semata memenuhi impian ini.
Jadi petang nie dah selamat sampai Arau dan aku dah buat final checking. Ts950sdx akan bekerja dengan linear nie. Semua wiring aku dah siapkan cuma untuk grounding saja blom lagi. Lepas publishkan post nie aku akan terus ground dan buat tuning InsyaAllah.
C U Guys in All Asia contest with the new system
Post a Comment