My LOG

My LOG
Showing posts with label HAM AWARDS. Show all posts
Showing posts with label HAM AWARDS. Show all posts

Wednesday, June 16, 2010

WORKED ALL REGION 1 IARU AWARD

Alhamdulillah...selamat sampai ke Perlis Indera Kayangan petang kelmarin dari Kuala Terengganu. Sempat tengok 9w2VCT naik pelamin. Tak jauh pun....belakang rumah aku saja. So hampir 9 hari aku tak tengok post box. Semua surat aku bang Deris Posmen simpan di Post Office Arau...jadi tak la berapa bimbang sangat dengan hujan.

Petang nie Bang Deris sampai depan pintu pagar aku. Seikat surat..macam2...surat hutang..bil dan pastinya QSL card. Dalam banyak2 aku minat pada satu saja. Sampul saiz A4 dari Great Britian...dan memang tepat,........ sampai juga akhirnya

so All Region 1dan 3 division aku dah tawan cuma menunggu region 2 dan DXCC. tak pa....... sabar....masanya akan sampai jugak....huhuhu....really proud to make Malaysian proud. Once again thanx to Radio Society of Great Britian and award manager G3LZQ John Dunnigton for the award and endorsement on 20m ssb.

20M Lover

Thursday, May 6, 2010

Worked ALL JAPAN DISTRICT. TNX TO JARL


TNX AGAIN TO JAPAN AMATEUR RADIO LEAGUE FOR THE AWARD. I received it today with the help again from Bang Deris Posmen. Its a nice CERT and come with an Endorsement ON 14mhz SSB.

Now my voice is already been heard in all 10 call areas in Japan. Im really proud of it and and again this is what i can do to help in promote my Country Malaysia.

From the list in JARL website i'm the 2nd station from Malaysia received this award beside 9W2CBL who was already make it in 28mhz ssb last year.

tnx again fer the support esspecially to all the friends from Johore who gave me the chance to experience their antenna system. Credit to 9W2DAL, 9M2ODY and 9M2ZAK.


de 9M2GET
20m lover

Tuesday, March 23, 2010

WORK ALL CONTINENTs

tak terkata apa aku petang nie. dah lama aku tunggu parcel nie dari USA. sampai jugak akhirnya. terima kasih lagi sekali bang Deris Posmen kerana berjaya buat award nie sampai depan pintu rumah aku.

aku puas sangat dan inilah bukti yang aku boleh tunjuk kat anak cucu aku satu hari nanti yang bapak dan tok wan depa dah tawan 6 benua dengan radio buruk dia hehehe. Bersyukur kerana proses memohon award nie agak sukar sangat, dan memang sukar berurusan dengan orang ARRL nie. tetapi alhamdulillah sampai jugak akhirnya.

so kerana benda nielah aku menuju ke cyberjaya tempoh hari tanpa menoleh lagi. dengan bantuan callsign yang baru nie aku dapat mempercepatkan sikit rentak untuk mendapatkan Award ini. Ada yang berkata berebut ke CW dan lulus untuk nak tandatangan borang 9w (hehehehe) ntahlah. sehingga sekarang berapa kerat sangat borang yang aku tandatangan dan tiada satu sen pun yang aku dapat dari tandatangan itu. Cuma kadang2 org ingat kita sombong kerana kuasa menandatangan ada dalam tangan kita. (biarlah...aku kurang peduli dalam hal sebegini)

So terima kasih sekali lagi kepada Pak Eshee (9M2FK) untuk endorse borang aku dan tak lupa kepada 9W2RZL (bakal menggegarkan 20m) kerana membantu membuka laluan kepada aku untuk memperolehi Award ini.

Jugak kepada Guru HF aku bang Din (9W2DI) hari nie saya dah buktikan kata2 abang memang betul "alang2 nak main radio Hairie biar kita main sungguh2". terima kasih atas nasihat dan panduan dari anda. Jasa anda tidak akan saya lupakan. Saya akan senantiasa menanti dan menemani guru saya di 20m mahupun 10m InsyaAllah.

p.s Juga tak lupa To team Johore for the great and superb Antenna ( DAL, ZAK & ODY )

Tuesday, January 12, 2010

ALL ASIA DX AWARD (ADXA)


Bang Derus posmen datang lagi.............parcel nie la yang aku tunggu-tunggu.......berbalas sudah usaha rakan aku panjat tower tu sampai tiga kali.....hihi......tnx ya Dal.........so apa yang aku nak cerita nie........tak la hebat sangat benda nie..........rasanya aku org yang kedua kot selepas 9w2rzl terima benda alah nie.........tapi aku puas sebab aku hanya bekerja di 20m band hanya selama 6 bulan untuk Award ini wal hal ada sesetengah station terpaksa menunggu selama bertahun tahun..........terima kasih la buat rakan2 dari johor yang sudi menaja antenna yang bagus.......hihi (9w2dal, 9m2zak, 9m2ody dan tak lupa 9m2one pak aziz with the rotary dipole)

so jom la kita work for award........at least there is something yang boleh kita ceritakan kepada anak cucu kita tentang hobi ini....suatu hari nanti.......itupun jika umur kita panjang........hihi......

untuk maklumat lanjut tentang ham award yang ada di muka bumi nie boleh la contact terus dengan 9w2rzl.........dia boleh membantu dan banyak membantu saya.........

target seterusnya WORK ALL CONTINENT......WORK ALL JAPAN AND THE GREAT DXCC AWARD.........INSYAALLAH........

DOAKANLAH BUAT SAYA......

TO TEAM JOHORE........HOPEFULLY PROJECT OPTIGETBEAM 11 BERJALAN LANCAR........PORPOGATION DAH SEMAKIN BAGUS.......HIHI

ps....also tnx to Mitsu the Award Manager



Tuesday, December 8, 2009

IARU REGION 3 AWARD......akhirnya........

Tersengih aku melihat envelope bersaiz A4 dari New Zealand semasa Bang Deris Posmen singgah kat rumah aku petang tadi.........Alhamdulillah akhirnya sampai jugak dengan selamatnya dari NZ Land.......tak terucap dengan kata2......aku belek depan dan belakang.......cantik.......puas hati........inilah international award aku yang pertama........


Terima kasih sekali lagi kepada sahabat DX aku dari Temerloh....9W2RZL yang banyak membantu aku mencari ruang untuk apply award berdasarkan QSL card yang kami terima.......and insyaAllah kalau ada rezeki selepas ini JARL Worked All Japan dan ALL ASIA DX Award........

Juga tak lupa kepada dua sahabat aku dari Johor.......9M2ZAK dan 9W2DAL yang membantu dari segi equipment sehingga berjaya membuat DX yang cukup banyak dan berjaya dalam tahun ini.........tahun depan jgn lupa 5 element monoband ya bro.......hehehehe....

so.......cerita tentang IARU REGION 3 AWARD ini.......macam mana nak apply......dan apa syarat2nya.......agak sukar tapi ada caranya dimana setiap station hanya diminta bekerja secara two way commmunication dengan negara2 yang terdapat didalam region 3.
Senang cerita rakan2 semua boleh mencari maklumat di sesawang IARU REGION III OPERATING AWARD.........

aku agak bernasib baik dianugerahkan dengan Silver AWARD dimana aku berjaya membuat kontek dengan 19 buah negara didalam region 3 ini.........cuma aku agak tidak sabar untuk mendapatkan hanya satu negara sahaja lagi untuk membolehkan aku mencapai Anugerah Emas...........tapi apapun aku tetap puas hati.........alhamdulillah

Jadi nampaknya dengan mencuba satu lagi cabang dalam amatur radio ini membuatkan aku lebih sayang dan semakin jatuh cinta dengan hobi ini.........dan buktinya petang ini jugak aku cepat2 framekan award nie........hehehehe...............

juga untuk info........ aku merupakan station 9M yang ketiga yang berjaya untuk Award ini dan 9W2RZL meupakan station 9W yang pertama dari Malaysia yang berjaya untuk Award ini...........harapan aku agar banyak lagi rakan2 station dari Malaysia yang akan bekerjadan berjaya untuk Award ini......insyaAllah.....

tnx to.....ZL3GX (award manager),9W2RZL,9M2ZAK,9W2DAL

Looking for WAZ,WAC,WAS and DXCC one day.........insyaAllah

Monday, November 30, 2009

WAMA #160

Seperti yang dijanjikan.......hehehe.....akhirnya milik ku jua......AGM Marts 2009 di Ipoh cukup bermakna buat aku......selain sessi eyeball.....yang aku paling tunggu2 dari 9M2FK (eshee) akhirnya menjelma.......dan yang paling penting by hand......hehehehe......jangan marah ya RiZal di temerloh....agak lama aku menunggu award yang pertama dalam hidup aku sejak berkecimpung dalam hobi ini......dan semua cetusan idea ini adalah dari sahabat DX aku dari Temerloh.....9W2RZL.....

"zal........aku nak buat apa dengan semua QSL card yang sampai nie".... soal aku.....masa dia berkunjung ke Perlis tempohari.......dan dia kata "simpan la ril.....ada gunanya nanti".......dan hari ini aku sedar kata-katanya itu ada betulnya.....

Walaupun ada yang berkata apa ada dengan Work All Malaysia Award.....kan kecik saja Malaysia nie.....dan dengan jaringan yang ada..... amat mudah untuk mendapatkan semua Call......tapi harus diingat syaratnya amat ketat dimana setiap station yang ingin memohon Award ini harus berkerja dengan 10 Station 9M2,..... 1 Station 9M6 ......dan 1 Station 9m8 tanpa bantuan repeater mahupun echolink ataupun dengan kata mudah QSO hanya melalui simplex sahaja.......

Walaubagaimanapun aku percaya ramai lagi yang mampu berkerja untuk award ini.........bagaimana caranya........tunggu next posting aku........semua detailnya aku akan masukkan.......insyaAllah.......

buat masa sekarang aku masih lagi menunggu satu lagi award dari new zealand.......harap2 jangan hilang ditengah jalan dah la.......hehehehe......dan harapan aku semua ini akan terus berpanjangan agar hobi ini tidak akan mati begitu saja dalam hidup aku seperti lain-lain hobi yang sudah2.......

to 9W2RZL.....tnx a lot bro for the guidance.....jasa hang tak akan dapat aku lupakan.....dari first contact aku di 10m hinggalah ke tahap sekarang......jasa hang tak akan dapat aku balas.......harapan aku agar cita2 hang satu hari nanti akan tercapai jugak.......insyaAllah......

Older Posts Home