My LOG

My LOG

Saturday, January 29, 2011

THIS WEEKEND



really BZ this weekend.......Adam 1st day swimming class and

a new hobby..............flying kites..........radio tutup buku dulu buat sementara..............hahahaha
( baba....adam nak wau besar tu.......)

p.s nanti kita kumpul duit yer adam......mau ke tak...... sebijik harga mencecah proton Waja 2nd hand hahahaha..........






Saturday, January 15, 2011

Tinggal Kenangan......FT897D

Pagi tadi dapat panggilan telefon dari kawan baik aku di Johor. Tak dak harapan la Hairie nak diselamatkan.....kata Zaki. Shahdu jugak hati aku masa tu. Sungguh berjasa pada aku radio nie. Hampir 3 tahun bersama aku.....banyak jasanya.


Aku bermula di HF dengan radio nie la. Ingat lagi masa mula2 dulu belajar setting radio nie dengan Bang Din ( 9W2DI).....sampai tgh malam dia sanggup ajar lagi. CQ di 10Meter tiap2 petang dengan Bang Din sambil bersila di depannya....hahahaha. Masa tu...... di utara nie yang mula2 pakai dia la........ jadi mana lagi nak rujuk.....Din Sedaka la jawabnya hehehe. Yang khatankan radio nie pun Pak Din jugak.....tapi aku tak pernah operate di 27mhz. Mungkin tak dak rezeki.

Dari hari ke hari aku meneroka radio nie......memang best....byk hidden function yang dijumpai dengan bantuan 9W2DI dan 9M2NZ. Aku belajar cw pun sebahagiannya dari function cw training dalam radio nie jugak. Kalau ada rezeki memang aku nak pakai lagi model nie. Tapi apakan daya.....menjangkaui rm 3K katanya sekarang nie. Masa aku amik dulu baru RM 2290. Terima kasih ya 9W2USF bang amir atas diskaun pada masa tu.....hahaha.

Tepat 2 bulan yang lepas....897d ini terkena renjatan akibat kilat. Padam terus. Aku menaruh harapan ianya dapat dibaiki tapi apakan daya. Dari Final sampai la ke memory cip.....semuanya kaput. Cuma 2 atau 3 aksesssori yang boleh lagi di pakai.

Kalau ada sesiapa yang menginginkan Mic, casing, knob......msg la aku. aku nak sedekah ajer....buat la amal skit....hehehe. Walaubagaimanapun terima kasih la Dal dan Zak atas usaha anda untuk menyelamatkan rig nie......cuma nasib tidak menyebelahi kita......apakan daya.

Sekarang harapan aku hanya satu lagi iaitu kenwood tua aku yang ada dengan Zaiful. Harap2 dapat la pulih sepenuhnya....insyaallah. bagi aku dugaan ini agak berat untuk pembuka tahun 2011 tapi aku terima seadanya. Moga ada hikmah disebalik semua ini. Amin.......

Wednesday, January 5, 2011

(#6 in ASIA) Pencetus Semangat Baru

Baru keluar result dari DARC....macam cucoq pisang panas. Hasil pertama dari titik peluh aku untuk amatur radio contest. Worked All Germany Contest menjadi satu lagi titik tolak buat aku dalam hobi ini.


Keputusan yang juga mengejutkan. #1 dari West Malaysia dan #6 di Asia. Aku tak sangka kerana saingan amat sengit terutamanya dari Jepun dan juga Asiatic Russia, tambahan mereka lebih dekat dengan Germany berbanding aku di kampung Arau nie. Peralatan yang digunakan juga lebih hebat dan lebih besar kalau nak dibandingkan dengan aku yang higusan ini.

Walaupun kesedihan masih menghantui aku akibat kehilangan terlalu banyak peralatan dalam habi ini tetapi kehadiran sijil ini dapat memberi harapan baru untuk 2011.

Terima kasih banyak kepada rakan2 yang support especially DAL, ZAKI dan ODY. Tanpa antenna yang bagus dari Dalbeam dan electronic log dari Johor.....aku rasa tak mampu untuk berada pada kedudukan ini.

Dalam pada mencari ganti peralatan yang bersesuaian untuk tahun ini, aku juga masih menunggu keputusan2 contest yang lain especially All Asia Contest dan jugak CQWW dimana special callsign 9M2SMC digunapakai.

Walaupun kejayaan ini terlalu kecil untuk contester yang baru seperti aku tetapi sekurang2nya ia memberi impak yang besar kepada aku betapa besarnya hobi ini mempengaruhi hidup aku.

Nama Malaysia akan tetap aku bawa diruang udara dunia dengan harapan satu hari anak cucu aku akan mempunyai jati diri yang tinggi hasil dari peninggalan ayah dan datuk mereka ini.....insyaAllah.

Newer Posts Older Posts Home