KANGAR-JB-KANGAR IN 48 HOURS......CRAZY
Enjoy the seafood with 9M2ODY
Dalam pada itu hobi kesayangan aku ini tetap tak dapat dilupakan. Pencariaan barang2 untuk menggantikan peralatan yang rosak masih diteruskan. Jumaat lepas kerja gila aku lakukan. Atas usaha ODY dan bantuan 9V1CP / 9M2CP (Leow) abg kepada 9M2SW ( Thomas) aku bergegas ke Johore Bharu bagi mendapatkan satu linear amplifier..... 1.2kw beb....tetap tak kan aku lepas punya walaupun transceiver belum ada lagi hehehe. Tnx to ODY and family for warm welcome and lunch kat KUKUP. Sedap bro seafood kat sana.
Buat Zak dan Dal....aku mintak maaf banyak. Aku tak dapat nak lama di JB. Kalau lama alamat tak masuk kerja la on Monday. Mungkin lain kali untuk pencariaan TS590 hehehe. Dalam perjalanan balik....kereta buat hal. Terpaksa stay di Ipoh. Also tnx to bang Noq 9M2MRL atas bantuan.
Aku bersama keluarga selamat sampai di Perlis tepat 48 jam perjalanan bermula petang jumaat. Memang gila. Dua malam aku tak merasa katil empuk....hahaha.
Linear berfungsi dengan baik cuma sedikit masalah dengan relay kerana tak sesuai dengan rig zaman moden nie. Again this friday aku akan bergegas ke Bayan Lepas bertemu Bang Saito 9M2SX. He is very familiar with 6KD6 tube dan relay baru sudah pun disediakan oleh beliau.
Jadi weekend nie ada peluang pekena nasi kandar dengan 9M2SX dan 9M2AR di line clear.....
Dan harapan aku agar Linear amplifier ini dapat membantu team 9M2SMC dalam ARRL DX SSB Contest dalam bulan Mac nanti.....insyaAllah.