My LOG

My LOG

Tuesday, December 29, 2009

QSL CARD.....

"Kad apa zal yang hang mintak dari aku nie?" mula2 sekali aku bertanya kepada 9W2RZL bila dia mintak QSL CARD dari aku lepas QSO di 10m......naif jugak aku buat kali pertama hehehe......selepas penerangan diberi barulah aku faham.......seronok jugak kumpul benda alah nie rupanya.....

so apa dia QSL CARD....?jadi senang cerita kad ini dihasilkan untuk dipos kepada station yang pernah kita QSO atau bekerja di frekuensi......sebagai bukti yang kita pernah QSO dengan beliau.......

adakah hanya di hf sahaja kita perlu hantar card? sebenarnya tidak sama sekali.....apa jugak band pun boleh kita hantar tapi kebanyakan proses penghantaran card ini berlaku semasa dx jarak jauh......tentu seronok kan dapat card dari negara2 yang jauh sebagai bukti yang audio kita pernah sampai kesana.......

selain itu........dengan cara penghantaran card ini jugak telah menimbulkan kembali satu lagi hobi lama aku iaitu mengumpul setem dan sampul surat luar negara.........dah jadi ketagih dah bang oiiiiiii........tiap2 hari tunggu posmen depan pagar rumah........heheheheh....

dan yang terakhir sekali card dari luar negara yang dibalas dan selamat sampai ketangan kita juga amat berguna sama sekali bila kita nak apply sesuatu award........sebagai contohnya......baru2 ini aku apply IARU WAC(Work All Continent)award.........


syaratnya mudah sahaja dimana kita harus bekerja dengan station dari setiap 6 buah benua yang ada.......tapi syarat yang agak sukar ialah sebagai buktinya kita harus menghantar QSL card yang original yang diterima dari 6 buah benua tersebut kepada Award Manager untuk diproses keaslian card tersebut sebelum anugerah di keluarkan.........pentingkan CARD niee......

so kepada yang baru berjinak2 nak menghasilkan QSO jarak jauh dan mengumpul QSL CARD.....perkara yang pertama yang harus dilakukan ialah menghasilkan QSL CARD sendiri terlebih dahulu.......saiz yang standard diguna pakai ialah 6"x4".......
kemudian buatlah contact seberapa banyak dan hantarlah CARD kepada station yang berjaya anda Contact..........

kaki2 yang kumpul QSL card secara x-TREAM yang aku kenal la.......

9W2RZL
9W2VVH
9M2ZAK
9M2ODY

9M2OUT

boleh cari dan contact mereka untuk bertanya dengan lebih lanjut..........



Sunday, December 27, 2009

test nandos b.mertajam

Tuesday, December 8, 2009

IARU REGION 3 AWARD......akhirnya........

Tersengih aku melihat envelope bersaiz A4 dari New Zealand semasa Bang Deris Posmen singgah kat rumah aku petang tadi.........Alhamdulillah akhirnya sampai jugak dengan selamatnya dari NZ Land.......tak terucap dengan kata2......aku belek depan dan belakang.......cantik.......puas hati........inilah international award aku yang pertama........


Terima kasih sekali lagi kepada sahabat DX aku dari Temerloh....9W2RZL yang banyak membantu aku mencari ruang untuk apply award berdasarkan QSL card yang kami terima.......and insyaAllah kalau ada rezeki selepas ini JARL Worked All Japan dan ALL ASIA DX Award........

Juga tak lupa kepada dua sahabat aku dari Johor.......9M2ZAK dan 9W2DAL yang membantu dari segi equipment sehingga berjaya membuat DX yang cukup banyak dan berjaya dalam tahun ini.........tahun depan jgn lupa 5 element monoband ya bro.......hehehehe....

so.......cerita tentang IARU REGION 3 AWARD ini.......macam mana nak apply......dan apa syarat2nya.......agak sukar tapi ada caranya dimana setiap station hanya diminta bekerja secara two way commmunication dengan negara2 yang terdapat didalam region 3.
Senang cerita rakan2 semua boleh mencari maklumat di sesawang IARU REGION III OPERATING AWARD.........

aku agak bernasib baik dianugerahkan dengan Silver AWARD dimana aku berjaya membuat kontek dengan 19 buah negara didalam region 3 ini.........cuma aku agak tidak sabar untuk mendapatkan hanya satu negara sahaja lagi untuk membolehkan aku mencapai Anugerah Emas...........tapi apapun aku tetap puas hati.........alhamdulillah

Jadi nampaknya dengan mencuba satu lagi cabang dalam amatur radio ini membuatkan aku lebih sayang dan semakin jatuh cinta dengan hobi ini.........dan buktinya petang ini jugak aku cepat2 framekan award nie........hehehehe...............

juga untuk info........ aku merupakan station 9M yang ketiga yang berjaya untuk Award ini dan 9W2RZL meupakan station 9W yang pertama dari Malaysia yang berjaya untuk Award ini...........harapan aku agar banyak lagi rakan2 station dari Malaysia yang akan bekerjadan berjaya untuk Award ini......insyaAllah.....

tnx to.....ZL3GX (award manager),9W2RZL,9M2ZAK,9W2DAL

Looking for WAZ,WAC,WAS and DXCC one day.........insyaAllah

Sunday, December 6, 2009

Ham Spirit.......From Southern to Northern End.....

"Biar betoi Danial........."itu yang keluar dari mulut aku bila 9W2DAL kata dia nak panjat sendiri......aku tengok muka Zaki......Zaki tengok aku dan tersenyum....hi hi......"Mamat Cina nie memang Gila2 sikit Hairie"kata Zaki........aku jawab bukan setakat gila sikit.....tapi nie dah melampau......kecut perut aku bila pikiaq Danial nak panjat keesokan harinya......

Ini semua disebabkan oleh gara-gara 2 bijik skru saja.......dan memang cita-cita dia (Danial) nak panjat dan gantikan sendiri.......dan aku dah bercadang nak panggil kren saja.....tapi mamat2 dari Johor nie membantah sekeras-kerasnya.......adoiiii Yaiiiii......

so proses tukar menukar nie berjalan keesokan harinya........dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar siap masuk copper skru lagi hehehe.........tambahan lagi mendapat kunjungan dari dua orang idol aku 9M2AU(Aziz) dan 9M2NZ(Rashid)......terkejut berok jugak bila mula2 nampak Aziz......ingat masih di Dubai.....This is real Eyeball.....macam2 topik.....khidmat nasihat....pandangan dan jemputan ke Kuala Lumpur.......rasa macam berat sangat nak berpisah......rasa seronok sangat dan teruja........apa pun petang tu kami dismiss lebih kurang hampir maghrib........alamak 40m rotary belom pasang balik.........so alamatnya hari isnin la pulak.........


Jadi apa benda yang hebat sangat yang aku nak post kali nie........

1) from day to day i getting realise what is true Ham mean to me........Qso......cw......dx.......homebrew......setup......failure.......friendship.......sacrifice.......air mata......are getting towards my feelings.......aku berfikir sejenak........siapa yang sanggup buang masa travel hampir 14 jam semata-mata nak tukar 2 biji skru antenna rakan.......dan untuk kepuasan orang lain pulak tu............cuba sedaya upaya untuk mengurangkan kos seminimum mungkin untuk hobi ini walaupun kadang kala melibatkan perkara2 diluar kemampuan minda....

Perkara dan rakan seperti ini tidak ada jual beli.......walaupun aku mencari di Low Yatt ataupun di Suria KLCC sekalipun ........semangat seperti nie susah aku nak jumpa.........dan semakin menyedarkan aku.......tnx Zaki n' Danial......

2) What is Eyeball...........perlukah setiap hari?......setiap malam?....... mengatur jadual untuk setiap kedai kopi yang ada di sekitar kita............aku rasa tak perlu......apapun aku semakin sedar......hobi ini telah menyebabkan aku lebih banyak melekat dirumah.........tidak seperti dulu.........banyak mengatur gelas teh tarik di meja kedai kopi........hehehe........kelmarin aku dapat merasakan eyeball yang sebenarnya.........suara2 yang selalu aku qso diudara bertemu bertentang mata.......hati aku memang puas........banyak sangat rasanya ilmu yang aku dapat dan rasa sekejap sangat dengan dua orang ham dari KL nie........

tidak ada kata-mengata, kutuk mengutuk,bertikam lidah dsb tetapi lebih kepada berkongsi pengalaman masing2 dengan hobi ini.........9M2AU.....9M2NZ.......tnx a lot sir......and i really hope we can meet again.......insyaAllah

Sekali lagi.......pengalaman selama 2 hari ini telah sedikit sebanyak mendewasakan aku..........untuk terus kekal bersama hobi ini............ insyaAllah
tnx to people
9W2Dal.....9M2Zak.....9M2YAS.....9M2ZS....9M2AU....9M2NZ dan tak lupa Xyl 9M2OUT for prepairing all the food.......i really enjoy the great moments with all of u gentlement.........

Wednesday, December 2, 2009

How To Work For Wama & Hama

WAS(Worked All State), WAC(Worked All Continents), WAZ(Worked All Zone), DXCC(DX Century Club), VUCC(VH/UHF Century Club) adalah antara beberapa Award yang paling popular dan paling glamour bagi peminat2 radio amatur.

Terdapat pelbagai cara/prosedur untuk mendapatkannya seperti berkomunikasi dengan Lighthouse Station, Pulau-Pulau serta Negara yang mengenakan syarat tertentu seperti contact antara bandar, negeri,Special Event tertentu seperti Ulang tahunan kemerdekaan, JOTA, Sukan dan sebagainya.

Apa kurangnya dengan negara kita. Bagi yang ingin mendapatkan award didalam Malaysia sendiri pun boleh, iaitu WAMA(Worked All Malaysia Arward) untuk semua station radio amatur yang berlesen Dan HAMA(Heard All Malaysia Award) bagi SWAL. Arward ini telah didaftar dengan ARRL, maka semestinya ianya bertaraf antarabangsa.Untuk melayakkan anda memohon WAMA setiap amateur radio operator perlu mengikut prosedur seperti berikut :

1. QSO 10 Station 9M2
2. OSO 1 Station 9M8
3. QSO 1 Station 9M6
4. Mesti bekerja pada band 160m,80m,40m,20m,10m, 6m, 2m sahaja
5. Mesti bekerja melalui Simplex sahaja.
6. Mode operation mestilah melalui SSB, RTTY, CW, Single band atau kedua dua sekali dan Single Mode atau Kedua-dua sekali. Begitu juga dengan untuk kelayakan HAMA Setiap SWL perlu mendengar 10 Stn 9M2 dan satu Stn 9M8 serta satu stn 9M6. SWL perlu menghantar QSL Kad kepada kedua Station tersebut untuk confirmkan yang anda telah menerima isyaratnya.

Permohonan boleh dihantar terus kepada:
9M2FK
45-15-4 MENARA YAYASAN,JALAN KELAWEI,10250,PENANG,MALAYSIA

Permohonan tersebut mestilah dilampirkan dokumen BERIKUT:

1) Callsign Permohon
2) Nama
3) Alamat Surat-menyurat
4) E-mail address jika ada
5) Senarai 12 Station yang anda QSO.......Callsign, Date, Band, Freq, Mode.
6) 12 keping QSL Kad yang telah diphotostatkan
7) Borang permohonan tersebut juga mestilah disahkan oleh 2 orang 9M station .
8) Untuk permohonan dari luar negara dikena USD5.00, untuk ahli MARTS FOC dan Non Member RM10.00. Sebarang pertanyaan boleh dibuat terus melalui


Pak Eshee- 9M2FK ditalian 04-228 2370,
atau via e-mail to MARTS editor : 9m2ncl@marts.org.my

so apa yang hendak di tunggu lagi.....lets work for it my dear friends....from my view...... agak baik kalau kita dapat bekerja untuk local award terlebih dahulu sebelum mengorak langkah ke Award2 yang lebih besar.......

selamat mencuba and happy DX.......semoga anda semua berjaya......insyaAllah

Monday, November 30, 2009

WAMA #160

Seperti yang dijanjikan.......hehehe.....akhirnya milik ku jua......AGM Marts 2009 di Ipoh cukup bermakna buat aku......selain sessi eyeball.....yang aku paling tunggu2 dari 9M2FK (eshee) akhirnya menjelma.......dan yang paling penting by hand......hehehehe......jangan marah ya RiZal di temerloh....agak lama aku menunggu award yang pertama dalam hidup aku sejak berkecimpung dalam hobi ini......dan semua cetusan idea ini adalah dari sahabat DX aku dari Temerloh.....9W2RZL.....

"zal........aku nak buat apa dengan semua QSL card yang sampai nie".... soal aku.....masa dia berkunjung ke Perlis tempohari.......dan dia kata "simpan la ril.....ada gunanya nanti".......dan hari ini aku sedar kata-katanya itu ada betulnya.....

Walaupun ada yang berkata apa ada dengan Work All Malaysia Award.....kan kecik saja Malaysia nie.....dan dengan jaringan yang ada..... amat mudah untuk mendapatkan semua Call......tapi harus diingat syaratnya amat ketat dimana setiap station yang ingin memohon Award ini harus berkerja dengan 10 Station 9M2,..... 1 Station 9M6 ......dan 1 Station 9m8 tanpa bantuan repeater mahupun echolink ataupun dengan kata mudah QSO hanya melalui simplex sahaja.......

Walaubagaimanapun aku percaya ramai lagi yang mampu berkerja untuk award ini.........bagaimana caranya........tunggu next posting aku........semua detailnya aku akan masukkan.......insyaAllah.......

buat masa sekarang aku masih lagi menunggu satu lagi award dari new zealand.......harap2 jangan hilang ditengah jalan dah la.......hehehehe......dan harapan aku semua ini akan terus berpanjangan agar hobi ini tidak akan mati begitu saja dalam hidup aku seperti lain-lain hobi yang sudah2.......

to 9W2RZL.....tnx a lot bro for the guidance.....jasa hang tak akan dapat aku lupakan.....dari first contact aku di 10m hinggalah ke tahap sekarang......jasa hang tak akan dapat aku balas.......harapan aku agar cita2 hang satu hari nanti akan tercapai jugak.......insyaAllah......

Thursday, November 26, 2009

A Special Gift.....

adusssssssssss........macam kat office la pulak kata aku.......masa mula2 xyl aku singgah kat kedai buku kerana nak beli benda alah nie......

nak buat apa ja.....penting sangat ke soft board nie......buat semak rumah saja.....dah la ruang rumah kita ni kecik.......aku asyik membebel.......tapi xyl aku buat selamba aje.........dan dia kata dah beli dah pun.......

so bila dah sampai rumah........benda yang aku sangka mesti terjadi punya.........agak2 sapa yang kena cari Hammer dengan paku.........aku jugak..........dan bila aku tanya........dia kata ada la..........hi hi hi......

tapi akhirnya aku paham la niat xyl aku bila dia suruh aku list out kan QSL card favourite aku........dan from there she arrange everything.........tnx a lot dear coz understand my hobby and willing to share it with me......its really meaningful to me........

so guyz kalau nak QSL anda semua terlekat kat board pemberian isteri aku nie....hantar la kad yang comel2 ya.......hehehe.........aku akan updatekan dari masa ke semasa.........insyaAllah......

see u down the LOG

chio chio

Wednesday, November 25, 2009

Good Evening USA

hohohohoho.........jumpa lagi kat sinie ya........kali ni aku nak kongsi satu lagi pengalaman dengan kaki2 dx........agak lama aku tak bekerja dengan station dari negara uncle Sam nie.......paling tidak pun Seymour la coz he is really a big gun........running almost 3kw.......hi hi.........mungkin sehari dua nie porpogation kurang menguntungkan.........

semalam aku sempat qso dengan bob ( 9M6BOB ) dan tips nie pun dari dia la.............kata bob kalau nak work usa mesti pagi sebab kat sana kebanyakannya petang dan malam.........dan kalau pakai yagi boleh la cuba mengarah ke sebelah Japan........

so pagi nie.....aku pun cuba la nasihat dari Big Gun Malaysia nie.....dan nasib aku memang baik.....ada la 7 - 8 station yang aku tak pernah bekerja lagi dengan mereka ini.....


tapi yang seronoknya......kebanyakkan station2 nie cukup powerful sehinggakan ada yang mencecah 1.5kw dan semestinya copy 59 tapi aku cuma barefoot with 100 watts. dia orang bagi signal report 55.....dan itu dah cukup baik bagi aku yang small station nie........

so kalau u all semua nak cuba silakanlah.......boleh mula start dari awal subuh sehingga jam 9 pagi lokal.......sambil call usa kadang2 japan pun masuk jugak.....boleh la tambahkan lagi koleksi Qsl card anda semua.....

so selamat mencuba wahai duta2 Malaysia......Good Luck n' Good DX.....


KH7CC 0058 20m USB 57 14.245000
KG6B 0101 20m USB 55 14.245000
W6OZI 0103 20m USB 57 14.245000
N6ML 0105 20m USB 57
JR2TRC 0109 20m USB 57
W1YY 0112 20m USB 57
W2NQ 0116 20m USB 57


Friday, November 20, 2009

Akhirnya.........

Penantian satu penyiksaan.......hehehehe.......itulah yang dirasa.......tapi akhirnya ia tiba juga......tnx to Steve 9m6dxx for the qsl......tapi apa yang penting sangat dengan card di atas........jawapannya tunggu dalam sehari dua lagi hehehehe.......kalau anda dah tak sabar sangat nak tahu juga.....boleh ke blog www.9wrzl.blogspot.com .........pasti ketemu jawapannya

Thursday, November 19, 2009

My 20M Yagi Performance

Tnx To 9M2ZAK n' 9W2DAL

Tuesday, November 17, 2009

Wasting A Skill


Many new hams have acquired a new skill. It is a CW skill. Any skill that is not put in use will eventually disappear and waste. So might as well use it. The RTTY, Amtor and other digital modes of communications are not skill based. A CW is something special. BUT many new hams do not apply the skill. Monitoring the CW portion on the ham band we can hear plenty of hams using their skill to the utmost, pounding and plapping the electronic keys.

You don't have to wait until you reach 25 wpm to come on the band. There are a few hundred stations that pound at below 10 wpm. Even the fast CWer would reduce their speed to accommodate the caller who called at 10 wpm. In fact we can earn about human nature and sometimes find so many humble and patient people in the world.

While working at the low speed you can, you can tutor yourself to enhance your speed until to have attain your target. Practice makes perfect. Live practice injects confidence and self esteem. So do come out and use your skill. Slowly slowly catch the monkey. Sikit sikit lama-lama jadi bukit.

from :


http://www.qsl.net/9m2ar

Sunday, November 15, 2009

Usah Khuatir Dengan 35WPM

HS0ZEE

apa ada dengan 35WPM jika code selaju itu boleh dipecah dengan free software yang berlambak2 di pasaran....tapi dimanakah gentlementnya seorang operator cw.....so jangan merendahkan diri anda jika anda tidak dapat mencapai 30 - 35 WPM dan itu bukanlah satu kewajipan untuk anda on air dalam cw mode.....come on my friend....dunia cw di hf adalah sesuatu yang berbeza.....a lot of gentle ham out there waiting for you.....

dari experience aku.....pernah aku cuba reply satu cq dx mode cw dalam angggaran 30 wpm dari hs0zee (sheridon)...dan hantaran aku dalam anggaran 11 wpm sahaja.....dan apa yang menakjubkan dia reply call aku juga dalam 11 wpm....qso berlangsung agak panjang dan dia tetap sending anggaran 11 wpm.....so dont expect kita tidak akan dilayan oleh ham lain jika kita hanya mampu sekadar 11wpm sahaja.

pengajarannya disini cw mode di hf jauh berbeza....penuh dengan qsb dan sebagainya...people never copy 100% in hf cw....trust me....jadi jangan takut dengan keupayaan anda....kelajuan sending anda juga harus setara dengan keupayaan menerima anda......pse jangan send laju kalau anda tidak berkeyakinan untuk menerima laju.....coz ham out there akan hantar kembali dalam kelajuan penghantaran anda

great ham alwayz takes time to master this mode....but ada juga sesetengah ham yang gifted e.g 9M2AGC..... so kita tak boleh nak samakan ability setiap orang.....on kan mode cw di hf and learn a lot from there......there are a lot of people out there willing to help you to master this mode...... and one day trust me.....you will be one of operator that can operate 35 WPM......

selamat mencuba......

Saturday, November 14, 2009

colourful.....nya AA depa.....




(9m2out bersama Pn Khalijah dari MCMC Penang)
amboi.....seronoknya kak long...hehehe....tahniah sekali lagi atas usaha yang tak pernah kenal erti penat lelah.....titis air mata terbalas sudah.....tahniah 9M2OUT.......(tapi yang aku jealous nie.......itu AA kaler dia banyak cun....
tnx to warga MCMC Butterworth yang sudi melayan kerenah kami sehingga lewat petang.....jasa anda semua akan sentiasa kami kenang.......

Friday, November 13, 2009

CW....susah ker?


sebenarnya tak sesusah seperti yang digembar- gemburkan......semua orang mampu.....cuma masing2 ada cara pembelajaran sendiri.......carilah cara yang paling mudah buat anda......seperti Adam......dia bermula dengan kumpulan huruf A....N....dan P........selamat mencuba...

Thursday, November 12, 2009

CQ Dx With......Split Freq




ini ada satu tip untuk kaki2 dx.....hari ini aku monitor satu stn dari papua new guine calling dx......with split freq.....dia call di 14.260 tapi dia monitor up 5 or 10 maknanya dia monitor di 14.265 @ 14.270.
So if u want a make a call perlulah panggil dia di 2 freq tersebut. untuk ini kenalah gunakan function split. kalau di ic718 button 7 harus diguna pakai tetapi freq haruslah diset up terlebih dahulu di vfoA dan vfoB

Ir DAL n' Ir Zak In Action

aku sendiri pun tak tahu nak cakap apa lagi......tapi dua orang ham dari kulai johore
nie memang kering hati......aku dah la 3xl.....gayat pulak tu...hehehe...
anyway.... tnx bro for the 5ele yagi and the set up for my 20m monoband yagi and 40m rotary dipole........

p.s mak dengan 'mem' aku cakap hang pa memang class la.......hehehe

CW QSO NOTES ( lets rumble 7015)

Ketemu lagi kita di posting yang tak seberapa nie......buat rakan2 baru yang ingin mencuba cw qso.......disini ada beberapa tips yang saya pelajari dari orang yang terdahulu dari saya.......harap anda dapat mencubanya utk first contact di cw mode.....Sebelum panggil monitor dulu frequency free ke tidak lepas dah confirm tak ada sesiapa guna send DE 9M2GET K atau QRL? DE 9M2GET K

lepas tu tak ada sesiapa jawab mula panggil CQ CQ CQ DE 9M2GET 9M2GET K kalau cikgu Rahman jawab dia akan send 9M2GET DE 9M2AR K. ANDA pula nanti akan send RR 9M2AR DE 9M2GET FB CPY TNX FER COMING TO MY CALL BT SLMT PTG CIKGU UR RST IS 599 5NN BT WX DKT SINI PANAS TEMP 33C BT HW CPY? 9M2AR DE 9M2GET KN.

RR 9M2GET DE 9M2AR OK BAGUS SIGNAL HAIRIE KUAT BT SAYA TX PWR 20WTTS BT CW TAK PERLU TX DGN HIGH PWR BT 15WTTS ATAU 20WTTS PUN DAH CUKUP BT 9M2GET DE 9M2AR KN

RR 9M2AR DE 9M2GET OK SAYA JUGA TX 20WTTS BT ANT SAYA DIPOLE 30FT TINGGI BT HARAP GIKGU DPT CPY SAYA DGN ELOK BT SAYA TERPAKSA QRT DULU SEBAB NAK NAK KELUAR BT APA PUN TKS FER NICE QSO ON CW HPE CUAGN 73 73 9M2AR DE 9M2GET SK E E

Kalau ANDA hantar endingnya KN Maksudnya ANDA tak nak lain-lain stesen intrupt ANDA punya QSO dengan AR.

RR maksudnya roger/recieved

FB-Fine bznesHI HI- tu gelak atau ketawa dalam cw selalunya HI dihantar sebanyak 2 kali

OK OK =Selalunya OK di hantar masa tak ada idea......macam bila kita bercakap kita selalu kata errrrrr.......

BT-Macam perenggan permulaan ayat yang baru ATAU NOKTAH...Contoh CIKGU DAH MINUM PTG KE BELUM? BT SAYA BARU SAJA MINUM DAN MAKAN KUIH TADI BT

Masa nak sign kita akan hantar TNX FER NICE QSO HPE TO CU AGN 73 9M2AR DE 9M2GET SK E E

K-Bermaksud over

KN-Bermaksud over QSO anda tidak mahu diganggu oleh mana-mana stesen,secara automatikmana-mana stesen yang dengar mereka tak akan ganggu QSO yang sedang berlangsung.

BK-Maksudnya break,kebiasaannya BK dihantar diikuti dengan callsign contohnya BK DE 9M2GET K

Bila QSO lebih daripada satu stesen contohnya Zaki pun ada ANDA kena hantar 9M2AR/9M2ZAK DE 9M2GET K.

selamat mencuba my fellow friends.....biar kita bertatih dari kita tak mecuba langsung......ada awards bagi yang berjaya mencapai 18wpm hihihi.......c u there

THE KEY WORD IS.......

FROM MY STUDENT POINT OF VIEW.....

make THEM proud (",)

there was a time that i wished i can rewind the past. a time where i still know nothing about morse code. a time where my tears are rolling on my cheeck learning CW with my strict sifu, 9M2GET, a time where i can break the code sent by my CW coach, 9M2YAS.

frankly, i missed my CW classes, and sometimes i am eager to be at home before 10 p.m and suddenly i realized that my classes was over for the past 11 days. making people proud of you was something that u always dream of. i was beginning losing my faith when i only copied 12 words instead of 36 in a few lessons with 9M2YAS.

it was indeed a horrified situation for me. i started to think that this is not my stuff, i created thousands of reasons to tell my husband that i wanted to quit, i prayed to God to released me from this misery, and i'm not going to Cyberjaya because i was afraid that i might let them down. But still, the class went on, the thousands reasons was shut in my mouth, and without i noticed it, i was preparing for the battle in Cyberjaya. And it all just because of one word:

DETERMINATION.

DE 9W2OUT

ORGANIZE YOURSELVES TO LEARN MORSE

Some of the 9Ws are monitoring on 7.015. This is for the training of the new 9M2s who want to gain skill in Morse. Their target is 18 wpm. So the training will gear towards that speed and the use of some Morse terms. If the speed goes up the 9Ws will have a very difficult time. I know some are keen and have been monitoring. I could hear their heart cried for help.

The 9Ws need to organize and train themselves. A minimum of two is good enough for the start. Use 2 meter simplex using a remote frequency so that you do not interfere with other stations. Use the lowest power. Do not bother what other people say, just go ahead. It is fun.

Once you can master it you will certainly enjoy it. Later I will write article on the usage of it and you will find it very useful and helpful.Eventually you will get my message why we need CW. Nobody will tell you. But you will arrive at your own conclusion.I know it is hard for you to practice on 2 meter. Just do it and you can begin to assess what kind of people are in ham radio. It could be either way. Remember of the word resilient and persistent.

It takes a very strong person to fight against all odds. If you have more than 5 persons in your group it will be better and more fun to learn. Of course I have been hearing problems of lack of quorum and time. As far as time is concerned, you have to make time.Meet your group and discuss. Draw the plan and work on the plan.

from 9M2AR

The New 9M2 Boys 09 Listing

1. 9M2GET - HAIRIL ANUAR ABDUL HAMID
2. 9M2YAS - ALIAS BIN MOHAMAD
3. 9M2ONE - AB AZIZ BIN HASSAN
4. 9M2JEN - SAIFUL FIRDAUS BIN ABDUL SHUKOR
5. 9M2IBR - IBRAHIM BIN KADRI
6. 9M2UDA - ANUAR BIN HANIF
7. 9M2VIP - KAMAL ARIFFIN BIN ABD BASIR
8. 9M2MKU - KU MUSTAFA
9. 9M2MZR - BANG MAZRU
10.


* and more are coming in this two weeks time.............

Perlis...The Land Of 9M2

9M2 Perlis Listing From 1986 - 2009

1. 9M2PZ - Abdul Manan Dato' Pawanteh ( 9M2MP)
2. 9M2AT - Azelan Talib
3. 9M2PZ - Dato' Pawanteh (s/key 18.01.2003)al-fatihah
4. 9M2JP - Abdul Jamel Dato' Pawanteh
5. 9M2ZS - Mat Zain Shaari
6. 9M2BL - Abdul Ghani Abas
7. 9M2AH - Che Mat Che Man
8. 9M2YR - Haron Abdul Rahman
9. 9M2ZB - Zalmi Busu
10. 9M2NO - Ahmad Nazli Othman
11. 9M2YAS - Alias Mohamad
12. 9M2GET - Hairil Anuar Abdul Hamid

13. 9M2OUT - Nor Hanizar Nahar
and more are coming to......insyaAllah.......
tnx to 9W2LI for the Info

Wednesday, May 13, 2009

SeLePAs BerHEmPas PuLaS


Newer Posts Older Posts Home