How To Work For Wama & Hama
WAS(Worked All State), WAC(Worked All Continents), WAZ(Worked All Zone), DXCC(DX Century Club), VUCC(VH/UHF Century Club) adalah antara beberapa Award yang paling popular dan paling glamour bagi peminat2 radio amatur.
Terdapat pelbagai cara/prosedur untuk mendapatkannya seperti berkomunikasi dengan Lighthouse Station, Pulau-Pulau serta Negara yang mengenakan syarat tertentu seperti contact antara bandar, negeri,Special Event tertentu seperti Ulang tahunan kemerdekaan, JOTA, Sukan dan sebagainya.
Apa kurangnya dengan negara kita. Bagi yang ingin mendapatkan award didalam Malaysia sendiri pun boleh, iaitu WAMA(Worked All Malaysia Arward) untuk semua station radio amatur yang berlesen Dan HAMA(Heard All Malaysia Award) bagi SWAL. Arward ini telah didaftar dengan ARRL, maka semestinya ianya bertaraf antarabangsa.Untuk melayakkan anda memohon WAMA setiap amateur radio operator perlu mengikut prosedur seperti berikut :
1. QSO 10 Station 9M2
2. OSO 1 Station 9M8
3. QSO 1 Station 9M6
4. Mesti bekerja pada band 160m,80m,40m,20m,10m, 6m, 2m sahaja
5. Mesti bekerja melalui Simplex sahaja.
6. Mode operation mestilah melalui SSB, RTTY, CW, Single band atau kedua dua sekali dan Single Mode atau Kedua-dua sekali. Begitu juga dengan untuk kelayakan HAMA Setiap SWL perlu mendengar 10 Stn 9M2 dan satu Stn 9M8 serta satu stn 9M6. SWL perlu menghantar QSL Kad kepada kedua Station tersebut untuk confirmkan yang anda telah menerima isyaratnya.
9M2FK
45-15-4 MENARA YAYASAN,JALAN KELAWEI,10250,PENANG,MALAYSIA
Permohonan tersebut mestilah dilampirkan dokumen BERIKUT:
1) Callsign Permohon
2) Nama
3) Alamat Surat-menyurat
4) E-mail address jika ada
5) Senarai 12 Station yang anda QSO.......Callsign, Date, Band, Freq, Mode.
6) 12 keping QSL Kad yang telah diphotostatkan
7) Borang permohonan tersebut juga mestilah disahkan oleh 2 orang 9M station .
8) Untuk permohonan dari luar negara dikena USD5.00, untuk ahli MARTS FOC dan Non Member RM10.00. Sebarang pertanyaan boleh dibuat terus melalui
Pak Eshee- 9M2FK ditalian 04-228 2370,
atau via e-mail to MARTS editor : 9m2ncl@marts.org.my
so apa yang hendak di tunggu lagi.....lets work for it my dear friends....from my view...... agak baik kalau kita dapat bekerja untuk local award terlebih dahulu sebelum mengorak langkah ke Award2 yang lebih besar.......
selamat mencuba and happy DX.......semoga anda semua berjaya......insyaAllah
Post a Comment