My LOG

My LOG

Monday, April 4, 2011

TQ Old Man 9M2PZ, 9W2TZ....Old Boy 9M2ODY....

silver eagle mic with icom735 (after 22 years....still 150wtts barefoot)...mic converter by 9m2ody(naked but neat)

hampir sebulan tak mencoret kat sini. memang sibuk dan tak ada apa yang nak aku coretkan mengenai hobi ini sepanjang 30 hari yang lepas. kalau nak diceritakan hal tempat kerja.....memang dah lumrah semua orang sibuk termasuk aku jadi baik lah tak usah diceritakan....hahahaha.

Hari nie dah masuk 2 minggu HF back up set aku masuk hospital. Ft857 tu memang aku sayang. Asal dari mobile set up hingga la ke base set up ( lepas shack aku disambar kilat) ia memang berjasa. Petang tadi ody call....berita dari kota singa katanya problem berkait rapat dengan cpu.....adoi yai.....ada harapan ka.....harap2 ada la......Amin....

aktiviti HF aku juga agak lebih terbatas bila kehilangan rig tersebut. Apa aku nak buat.....nasib. Satu petang guru aku phone mintak aku kerumah dia. Apa hal pulak Pak Manan nie....sakit ka ?Rupanya cerita aku dah dihidu oleh dia. soalan pertama dia.... macam mana dengan contest. Aku jawab off dulu....barang tak cukup........dia pun tersenyum. lantas dia masuk dan keluarkan satu IC735 dengan ps55....Peninggalan Arwah Dato' Pawanteh 1st owner for 9M2PZ callsign. Amik pakai.....kata Manan.....aku kelu........" Ini kalau arwah Dato' masih ada.... dah tentu lama dah dia tolong u"kata Manan lagi. Memang terbukti masih handal rig nie selepas 22 tahun dan aku dah pun mula mencintainya.....

begitu juga bila aku nak hantar balik Ameritron 811h Pak Hanafi (9W2TZ).....dia dengan seloroh berkata simpan kat rumah u dan pakai.....bila i nak nanti i bagi tau la.......hahaha. disamping tu dibekalkan lagi satu ft3000 dan silver eagle mic untuk aku. Yang nie balik test......kata bang hanafi...rig 2m tu buat kita sembang malam2. adoi menitis air mata beb. macam nie ka ham operator dulu2. aku nie mudah sensitif....dalam kereta berderai air mata.

Saito, Manan, Hanafi always said......'Enjoy the hobby Hairie...barang kita boleh cari tapi sahabat sejati susah nak jumpa'....semakin hari hobi ini semakin mendewasakan aku. Tapi aku selalu berkata dalam diri.....sehebat mana set up yang ada ini harus diingat semuanya milik rakan2. aku akan menjaganya seperti harta dan nyawa aku sendiri. dibelai dan dimanja. bila tiba masanya harus dipulang maka pulanglah ia. Pencarian harus diteruskan juga untuk mencari pengganti.

Harapan aku agar ft857 dan Kenwood ts950sdx buruk aku akan dapat beroperasi semula (berkat usaha 9M2DY). Buat Pak Manan, Bang Hanafi dan tak lupa Ody.....tnx for the equipment. Hanya Allah saja yang mampu membalasnya.

0 comments:

Newer Post Older Post Home