Back To Old School
Tq Bang Hanafi 9W2TZ kerana memberi ruang kepada aku untuk merasai nikmat ini. Ini lah yang disebut2 Hybrid Rig. Masih lagi solid state rig tetapi untuk finalnya dibekalkan dan dikuasakan dengan 3 bijik tiub. Kenwood TS530sp ini dah hampir mencecah 30 tahun tetapi masih lagi solid.
Permainan aku untuk ESSB ditamatkan seketika. Icom 735 Pak Manan aku polish elok2 masuk peti besi sekejap. Nak layan Hybrid nie jap. Petang nie aku buat converter untuk mic pin nya agar dapat beroperasi dengan Mic Mc60 aku. Selain itu di keluarkan semula relay cable 7 pin ts950sdx aku untuk dimatchkan dengan KASUT Yaesu FL2100 aku. Tak banyak nak drive......sekadar yang dibenarkan.....hehehe.
So semuanya vintage diatas meja....dari Rig sampai ke linear amplifier......paling2 tidak pun 20 tahun ke atas....hehehe. Tetapi inilah satu pengalaman yang tidak dapat dijual beli. berputar2 tangan aku nak tune kan benda alah nie. Memang layan habis. baru tahu betapa sukarnya Ham pada masa dulu. Nak tx pun kena amik masa agar heater (dapur) panas dulu.....hehehe.
Bermain dengan plate current....loading coil....dan drive banyak mengajar aku kesusahan dalam hobi ini......... tetapi hasilnya tak dapat nak digambarkan.....kalau dibandingkan FT897 aku dulu dengan mesin tua ini sudah pasti aku sambar yang tua ini. Hanya yang sudah bermain dengan valve set yang mampu menceritakan nikmatnya. Dari Tx ke RX audionya sungguh hebat.
thanks to Saito ( 9M2SX ) Andy ( 9M2DY ) Leow ( 9V1CP ) dan tak lupa cikgu Rahman yang banyak guide aku untuk operatekan Hybrid @ Valve set ini. tanpa bantuan mereka hampir 4 bijik tiub 811h yang dah aku kaputkan hehehehe.
So minggu ini aku Back To Old School......when u hear me....pls stoping by and give me a nice signal report.........Adios...........
Post a Comment