My LOG

My LOG

Tuesday, December 20, 2011

9M2GET/2...........PORTABLE BATU BUROK


Dah hampir 20 hari aku berada di luar lokalan Arau. Destinasi utama mestilah di Kuala Terengganu. Banyak aktiviti yang berlangsung sepanjang 20 hari nie dan aku cukup2 relaks.

Selain Kuala Terengganu aku juga berkunjung ke Kuala Selangor dan Sri Kembangan. Di Kuala Selangor aku sempat bertemu dengan 9M2NDO dan rakan2nya. Alhamdulillah....Icom 735 aku telah berjaya di baik pulih sepenuhnya oleh beliau dan Nampaknya peluang aku untuk on the air dalam mode portable cerah.

Setelah Kuala Selangor....aku singgah sekejap di Sri Kembangan bertemu 9M2ZC....bang Zack. Ini merupakan kunjungan kali kedua aku. Cantik kediamannya....dan hebat2 equipment yang di pakai beliau. Tujuan aku hanya satu.....mengutip barang yang dia dah tak nak pakai lagi.



JRL 2000F ini telah ditawarkan kepada aku semasa kunjungan yang pertama ke rumah beliau memandangkan beliau mempunyai 2 unit set yang sama tetapi pada masa itu aku tak mampu kerana aku ke KL dengan Belon. Peluang berkereta kali ini aku tidak sia-sia kan dan Amplifier ini telah selamat aku bawa balik ke Terengganu.

Kata bang Zack ianya bermasalah.....tetapi petang nie aku cuba drive dengan low power dan alhamdulillah ia berfungsi dengan baik sekali....rezeki.

Walaubagaimanapun aku masih mencari 15 pin male untuk cuba controlkan Linear Amplifier nie semaksimum mungkin. Tnx to 9M2ZC for support....."hang pakai la hairie...kalau hang mati aku ambik balik......hehehe gurau bang zack" tapi kalau aku mati dulu hang ambik terus.....

aku pun tak nak mintak sapa2 mati dulu hehehe...kalau boleh biarlah umur panjang. Tetapi kalau owner Linear Amplifier ini memerlukan ia kembali sudah pasti aku akan terbang semula ke Sri Kembangan.


OWNER OF THE JRL 2000F


WORKING WELL

Alahamdulillah trip sekali nie memang menggembirakan dan InsyaAllah aku akan bertolak semula ke Indera Kayangan 23 Dis nie bersama rakan2 Ham Pantai Timur yang akan bercuti di Perlis.Ya Allah selamatkanlah perjalanan Kami ini dan lindungi lah aku sepanjang perjalanan ini. Panjangkanlah umur rakan2 ku terutamanya 9M2NDO dan 9M2ZC yang bertungkus lumus membantu aku kali ini dalam Hobi yang unik ini. Amin.

1 comments:

Cantik Amplifier tu. Berliur kita haha..

Post a Comment

Newer Post Older Post Home