My LOG

My LOG

Wednesday, October 27, 2010

THE 100th CARD CONFIRM

Petang nie memang sibuk sangat. 2 meeting aku kena attend. Sampai rumah pun agak lewat. Ada la sebungkus surut tepi pintu rumah...bonda aku collect pagi tadi dari bang Darus posmen. Tak sempat nak tengok bila tiba2 aku dapat call dari 9W2VVH bang erie. dia antara yang banyak mengajar aku semasa aku bermula di 10m HF.


Tak dak apa...borak2 kosong dan bincang pasal CQWW contest hujung minggu nie. Dia akan join sama....syok aku dengar....good luck Bang Erie.

Lepas Asar aku pun belek lah surat2 tadi dan yang paling menarik perhatian aku semestinya la SASE (self address self envelope) aku sendiri coz aku yang request card . Biasanya menanti yang rare station la.

Alhamdulillah petang nie lengkap la kad yang ke 100 buat aku dan melayakkan aku untuk apply Basic DXCC (DX CENTURY CLUB) award dari ARRL. Mengikut log yang sedia ada memang dah achive lebih dari seratus tapi masalahnya mesti confirm dengan QSL card. So tq V51GB dari Namibia kerana menjadi station yang ke 100 dalam koleksi aku.

Jadi malam nie ambik masa skit untuk isi form DXCC dan semak semula semua log yang ada. Aku akan apply award kali nie dengan endorsement di 14mhz. lepas siap semua dokumen boleh la bawa ke Penang untuk 9M2FK Pak Eshee our Award Manager untuk verified kan permohonan ini.

Jadi kesimpulannya aku mengambil masa lebih kurang satu setengah tahun untuk mengumpul semua kad ini. Satu jangka masa yang agak panjang bagi aku. Setengah orang berkata bekerja di 20m Band adalah satu perkara yang mudah....ya memang benar tetapi bekerja untuk mengumpul rare station dan rare QSL card adalah sesuatu perkara yang amat susah. Banyak pengorbanan masa, wang dan tenaga hanya untuk sekeping sijil hehehe. Kalau tak percaya tanya lah semua award chaser di Malaysia nie seperti 9M2RDX, 9W2ESM, 9W2VVH, 9M6YBG, 9M2ODY, 9M2YAS, 9M2ZAK dan tak lupa Honour Roll DXCC our 9M2FK.

So apa yang boleh aku buat untuk mengharumkan nama negara....dengan menyertai olimpik jauh sekali.....jadi melalui hobi ini aku dapat melihat ruang yang agak luas walaupun masyarakat kurang menyedarinya. sekurang2nya ada sedikit sumbangan aku dan kawan2 agar dunia di luar sana mengenali kita melalui gelombang radio.

adios.

log document with 100 cards

0 comments:

Newer Post Older Post Home