My LOG

My LOG

Friday, October 1, 2010

Escapism ( Helah Bela Diri )



Bila sahabat sakit kepala. Tertulisnya post petang nie bukannya apa. Terbaca satu artikel penulisan sahabat aku tentang pendapatnya bila bermain dengan hobi ini dulu dan sekarang terutamanya isu 40m HF sekarang ini.

Aku banyak mendengar kehebatan orang2 yang terdahulu dari aku menceritakan kehebatan masing2 di zaman kegemilangan mereka bermain radio hingga la sekarang. Apa la sangat nak dibandingkan dengan aku yang baru setahun jagung. Masa 9W dulu pun 3 alphabet lain la kalau old man 2 Alphabet......hehehe.

So pengajaran dan pembelajaran tidak pernah terhenti. Sahabat lama aku juga yang cakap......alang2 nak main biar kita main sungguh2. Tapi aku tengok keadaan semakin berubah. Ayat2 yang digunakan cuba mengapi-apikan komuniti nie semakin hebat. Apakah menjadi satu kesalahan apabila anda meningkatkan tahap diri anda kepada 9M. Apakah anda sudah menjadi kacang lupakan kulit.....oleh kerana apa.....kerana 9M lebih kecil bilangannya dari 9W. Apakah menjadi satu dosa yang besar mendapat lesen A dan anda boleh dimaki sebegitu rupa.

Aku dapat merasakan ramai lagi yang bercita2 nak ke 9M. Tetapi apakan daya..... dengan adanya hero 9W yang sorang nie...... boleh menakutkan orang untuk kesana. Anda boleh dicerca dan dimaki bila2 masa bila memiliki 9M. Tapi adakah itu menjadi kudis bagi diri ini. Tidak sama sekali. aku enjoy dengan hobi ini dan aku pun nak kawan2 yang lain pun turut enjoy dan upgrade diri mereka..... tetapi tidak untuk menjadi hero untuk mencaci orang di sana dan di sini.

Aku juga bermula dari 9w dan aku tak lah seperti sahabat yang bermain radio sejak puluhan tahun. Aku sedar ini sekadar hobi dan banyak lagi perkara lain yang nak dipikirkan. Tapi aku sedih kerana penulisan sahabatku ini tidak seperti sahabat yang pernah aku kenal satu masa dahulu. Tapi tak mengapa.....kadang2 sebagai seorang manusia kita kadang kala terbabas termasuk la diri aku.

Aku selalu mengingatkan diri aku......satu jari telunjuk kita menunding orang lain..... tetapi sebenarnya ada lagi 4 jari yang menunjuk kan diri kita yang sebenarnya. Kerana bahasa dan kata2lah yang menunjukan keperibadian kita

Bahasa Jiwa Bangsa

2 comments:

Alang-alang mandi biar basah. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Apa nak kisah apa orang lain cakap. Bukan semuanya betul. Ada yang sengaja nak menghangitkan keadaan.
Apakah tujuan kita menceburi radio amatur. Kalau baik tujuan kita, insyaAllah akan dapat baik dan begitu juga sebaliknya. Namun untuk mencapai tujuan pasti ada halangan, cubaan dan seumpamanya. Oleh itu jangan cepat melatah.

ya la tuan....seperti yang saya faham...satu jari menunding orang lain tetapi ada lagi 4 lagi jari yang menunding jari ke arah kita....pun jangan cepat melatah....

Post a Comment

Newer Post Older Post Home