Lama sungguh rasanya aku tak berjumpa dengan beliau. Salah seorang guru aku dalam amateur radio terutamanya di frekuensi HF. Bang Din Sedaka gelaran diberi dengan callsign 9W2DI.
Beliau juga merupakan first contact aku di HF. Log aku dibuka semula malam ini. 19.09.2008 band 10m 15.00 utc. Dengan ft897 disetting oleh beliau....aku bergerak tanpa menoleh ke belakang lagi dalam bidang amatur radio ini.
Semasa aku menyebut untuk ke CyberJaya untuk CW test beliau merupakan orang yang pertama memberi galakan. Banyak sokongan dan ilmu yang diberikan kepada aku. Dari sop hingga lah kepada pengoperasiaan di HF semuanya diturunkan 100%.
Selepas diberikan peluang untuk beroperasi di ruang yang lebih luas....aku agak melupakan sedikit guruku ini disamping sedikit ketidak persefahaman pendapat. Tetapi air yang dicincang tidak akan putus. Malam ini membuktikan bahawa semangat setiakawan dan semangat HF tidak akan memutuskan tali persahabatan ini.
Terima kasih bang din atas perkongsian maklumat dan pendapat pada malam ini. Satu setengah jam di repeater Sungai petani dirasakan seperti 5 minit.
Sesungguhnya kini saya percaya apa yang diperjuangkan oleh anda telah membawa perubahan yang besar kepada komuniti amatur radio terutamanya dalam bidang HF dan QRP di utara semenanjung khususnya.
Terima kasih atas tunjuk ajar dan saya doakan persahabatan ini akan kekal hingga ke akhir hayat.