36 JAM YANG LALU..........................
Alhamdulillah............air semakin surut. Satu Rekod kali ini. Air di dalam rumah mencecah 2 kaki. Semasa menaip sekarang bekalan kuasa elektrik sudahpun pulih. Terima kasih TNB Careline Utara terutamanya Cik Tina. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya setelah hampir 4 malam kami bergelap bersama kaki terendam air.
Ada hikmah disebalik peristiwa ini....dan pasti ia mendewasakan aku sebagai seorang ketua keluarga, seorang jiran tetangga dan seorang ahli masyarakat. Akan tetapi ada sedikit yang menyedihkan aku dimana orang yang aku selalu beri tanda X setiap 5 tahun sekali tidak nampak muka hidung langsung. Katanya sibuk menggalas beg di Galas......hehehe. Tahniah la sebab anda dah berjaya membantu di Galas tetapi malangnya orang kampung sendiri merana menunggu ketibaan anda. Yang pasti bagi aku tiada lagi karpet merah buat anda di hati ini.
adios
Post a Comment