ELECTRICAL GROUNDING OR ANTENNA SYSTEM
Tepat jam 5.45 petang tadi kami bergelap sekali lagi.Fuh terkejut aku. meletup seperti Mercun bola di hadapan muka aku. Habis........ aku kata di dalam hati. Lepas letupan baru dengar dentuman guruh di luar.
Nak running test equipment.....power failure pulak. Tak pa.....nyawa dulu. Aku panggil Oja....dia kata tangan dia kebas. oja sedang operate lap top masa tu dengan Adam. adam ok ajer aku tengok. Teringat bonda aku kat dapur. Repeater 9M2RMK aku letak kat ruang dapur. Bonda aku ok ajer tapi repeater padam.
Selepas semuanya stabil...aku ambil peluang untuk hidupkan semula bekalan kuasa di dalam rumah tapi kecewa. Walaupun automatic switch telah dihidupkan tapi power tetap tak ada. Call 9W2ZKY....toke elektrik. Dia mintak aku gantikan fius kat main switch. Alhamdulillah selepas 1 jam bekalan kuasa elektrik pulih semula.
Selepas observation di buat berikut adalah senarai kelengkapan yang boleh dianggap kaput.....
Yaesu 897d ( lupa cabut antenna 2m )
Switching Power Supply diamond 40A
G250 Antenna Rotator Controller
Satu set Kenwood Repeater / power supply
F22 / Yagi 5 elemen / Gadzen ( belum test lagi....esok baru nak test )
PC Oja
Modem/Router
3 set Wall Plug
2 set down lamp
aku pun tak tahu dari mana arah datangnya renjatan ini. Kalau dari antenna mungkin melibat radio sahaja tapi jika dilihat kerosakan yang berlaku mungkin ia juga datang dari grounding system rumah aku sendiri.
Walaubagaimanapun ini semua ketentuan Allah swt. aku terima dengan reda walaupun air mata terbit tanpa aku sedari. sekurang2nya nya kami sekeluarga masih lagi selamat. Bak kata MGL.....radio kita boleh cari biarpun berhutang tapi nyawa tiada jual beli.
Petang tadi telefon rakan2 dan ramai sudi membantu. InsyaAllah 897d akan terbang ke JB. Lain2 equipment 9M2ZS akan usahakan sedaya upaya untuk baik pulih. Inilah resam dalam Amateur Radio kata Rashid Ghani pada aku. walau macam mana pun aku tetap sedih bang.......
Kepada yang belum terkena......berhati2.....jangan lalai seperti aku. Hanya kerana lupa nak cabut coax ini lah padahnya.....................
bro kilat ni dia step potential. ko pernah dengar org main bola di padang bola. lepas tu kilat sambaq atau tembak padang ka pokok yg dekat padang tu. so masa tu kalau x gerak ok lah. tapi kalau gerak atau langkah mungkin akan kena renjatan.....nk kena refer pakar la....mungkin salah apa aku ckp neh
9m2rie said... November 25, 2010 at 1:13 AM
Post a Comment