My LOG

My LOG

Saturday, November 13, 2010

SO2R IN JIDX CONTEST

Tq 9M2ODY for this new toy. I really appreciate it bro. Really creative even u said this is an easy electronic job.


Berkenan sungguh aku dengan elektronik box yang digunakan. Kecil molek serta suis yang solid. Kemasan yang menarik untuk homebrew equipment.

Sekarang kerja aku lebih mudah esspecially semasa contest. Aku dapat meng operatekan 2 radio dengan satu microphone bersama foot PTT. Tidak banyak lagi masa yang dibazirkan malah kualiti audio juga lebih sedap didengar.

Bukan semua orang yang mampu menghasilkan benda sebegini rupa. Syukur aku mempunyai kawan2 yang mempunyai pelbagai kepakaran seperti 9M2ZM, 9M2MZ, 9M2RZL, 9W2DAL, 9W2DI, 9M2ZAK, 9M6YBG dan 9M2ODY. Kalau Dal dan Zak..... antenna system menjadi padang permainan mereka manakala aku dapat melihat ODY mempunyai skill dalam audio system. Moga2 satu hari ESSB homebrew dapat dihasilkan dari JOHOR. Kalau DAL sudah ada trademark nya dengan DalBeam....aku harap satu hari ody juga dapat patternkan hasilan nya ini. Bukan apa.....sekurang2nya dapat la menghasilkan sedikit pendapatan untuk cover segala kos.

Seperti dalbeam.....walaupun ada yang berkata kos antennanya agak tinggi.....tapi kita harus buat banding beza. Cuba lihat material yang digunakan.....memang berkualiti tambahan pula R&D yang dilakukan oleh Dal sendiri. Jika dibuat perbandingan dengan Komersial antenna.....harga untuk Dalbeam memang jauh berbeza. Sebagai contoh 7 Elemen yang aku pakai sekarang......kalau dari OptiBeam Germany mahu harganya mencecah sehingga RM5000 termasuk shipping tetapi dari Johor hanya menelan kos lebih kurang RM1500 sahaja.

Usaha2 homebrew yang dilakukan oleh rakan2 kita amat aku puji sekali. Kita boleh ikut jejak langkah Ham Thailand dan Indonesia dimana mereka meng komersialkan homebrew mereka sehingga boleh menjana pendapatan sampingan.

Aku berharap ramai lagi yang tampil dengan projek homebrew mereka agar dapat membantu rakan2 yang baru berjinak2. Aku senantiasa menyokong dan mempromosikan hasilan dari rakan2 kita sendiri.

all the best to Malaysia Homebrewer..................

0 comments:

Newer Post Older Post Home