My LOG

My LOG

Sunday, December 12, 2010

TQ Cikgu Ibrahim 9M2IBR


Agak lama aku tidak menulis especially hal radio nie.....berehat la katakan......hehehe. Sambil muhasabah diri ini sambil itu juga mengumpul kelengkapan untuk bangun semula dalam hobi ini....insyaAllah.


Petang tadi dapat sms dari sahabat aku dari Kuala Selangor.....Mr Ibrahim......katanya controller untuk rotator aku dah berfungsi semula. Macam tak percaya......seronok sangat. aku ingat dah memang tak dak harapan lagi.

Dalam pada itu pula Ody call dari Singapore memaklumkan rotator baru dalam perjalanan. Aduh macam mana nie...............akhirnya aku ambil keputusan untuk Ody teruskan hantaran rotator baru walaupun yang lama dah dibaiki. Mana la tau kalau ada rakan2 lain yang akan memerlukannya nanti.

Walaubagaimanapun aku sedikit ceria hari ini kerana sekurang2nya satu equipment aku berjaya dibaiki oleh rakan baik aku. Harapan agar yang lain2 juga dapat dibaik pulih.....Amin

To Ibrahim.....Ody...........Zaki...........Dal...........Zaiful............Pak Non.............Andy................terima kasih banyak kerana selalu melayan kerenah aku yang banyak akal nie. Sekurang2nya hati aku agak lapang bila semua kelengkapan yang ditimpa musibah tempoh hari berada didalam tangan anda semua.

Tnx again Friends

Tuesday, November 23, 2010

TQ FRIENDS


Bila musibah melanda....... kita harus muhasabah diri kita semula. Mungkin kita lalai atau lupa dengan Dia seadanya ataupun mungkin juga sebagai dugaan untuk kita lebih ingat dan dekat denganNya. Aku banyak menerima panggilan untuk nasihat dan juga bantuan yang hendak dihulurkan. Terima kasih atas ingatan dari semua rakan2.


Pagi ini aku menerima satu parcel dari Temerloh untuk Run kan rotator aku. Alhamdulillah rotator berfungsi dengan baik. Kalau di ikutkan...... tuan dia mahu tinggalkan controller unit nie di rumah aku untuk aku gunakan.....tapi terima kasih banyak Zal atas tawaran......aku akan cuba baiki apa yang tinggal.

Begitu juga petang semalam....ada yang menelefon untuk bagi pinjam rig mereka untuk aku gunakan. Kalau yang banyak koleksi rig.....aku tak berapa terkejut tapi ada jugak rakan aku nie walaupun satu tetap ada ingatan untuk menawarkan radio mereka. Sebak hati aku......kata sahabat aku ini mungkin aku lebih memerlukan dari mereka. Tapi begitulah.....aku menolak dengan rasa rendah diri. mungkin Dia di atas sana mungkin mahu merehatkan aku sementara dari hobi ini.

Minggu depan bertolak balik ke Terengganu.....rehatkan kepala otak. Sebelum bertolak..... cuba untuk selesaikan masalah rotator nie dahulu. bimbang jugak kalau angin kuat......buatnya dia pusing tak henti2 kacau mari.hehehe.

Walaubagaimanapun aku banyak mendapat pengalaman dari musibah ini. Terima kasih juga atas ingatan kepada semua sahabat mahupun yang menelefon atau sms. Buat 9M2RDX, 9M2SX, 9M2MGL, 9M2AR, 9M2ZS dan 9W2ATR keikhlasan dari anda aku akan senantiasa semat di hati ini.


Monday, November 22, 2010

Tagis dalam Tawa


Tagis dalam tawa.....Perkara ini aku sedari dalam sejam yang lalu. 9M2YRS menelefon aku. katanya jom kita ke 80m band. Aku pun setuju dan bersedia la dengan kenwood lama aku tu. Masa mula2 kena kilat 2 hari yang lepas aku beranggapan bahawa radio ini selamat kerana bila aku power up semuanya function.


Malam nie aku dah betul2 bersedia untuk beroperasi semula. Antenna sudah molek di tune. Tiada masalah langsung masa proses tuning di fm mode. Power keluar seadanya. Tapi bila aku switch saja ke LSB masalah mula muncul. Power tidak keluar. ku sangka masalah mic tapi malangnya tidak.

Memang berkecai terus hati aku malam ini. Ini la baru dikatakan total lost. Tidak ada apa yang tinggal. Harapan satu hanya satu....harap Andy boleh tolong....esok mungkin bertolak ke kulim. Kalau dah di takdirkan oleh Allah swt mungkin aku bersara dari hobi ini buat sementara.......nak kumpul semula apa yang perlu.....dan kali ini sememangnya memakan masa.....mungkin sehingga bertahun......adios

Sunday, November 21, 2010

Wifi Modem Antara Suspek Utama


Lepas 48 Jam kejadian disambar petir aku rasa berjaya melakukan sedikit diagnos tentang kejadian yang menimpa dengan bantuan rakan2. Tq 9W2ESM atas panduan yang diberikan. Alhamdulillah setelah pemerhatian dibuat tidak semua peralatan mengalami kerosakan total :


* Yaesu 897D ( dalam perhatian bersama 9W2DAL ) tq dal

* Diamond Switching power supply ( suis sahaja yang burn ) diganti - 9M2ZS

* Yaesu Rotator Controller ( Bekalan kuasa pulih...juga suis yang burn....cuma motor masih belum bergerak ) kena panjat jugak nampaknya... tq 9M2ODY dan 9M2RDX

* Kenwood Repeater plus power supply ( total lost )

* VHF antenna ( semuanya selamat....bermakna ia tidak masuk melalui antenna)

* Wifi modem plus OJA punyer PC motherboard ( total lost.....TM ganti modem ajer.....board beli sendiri..hehehe )

* 3 plug 3pin plus 3 downlamp ( total lost....ari nie jimie mai baiki )

sekarang ini aku mengharapkan agar rotator akan pulih kembali dan 897 yang aku hantar ke DAL cuma mengalami minor injury.......... Amin.....................

terima kasih atas bantuan dan nasihat dari sahabat2 berikan.....hanya Dia yang mampu membalasnya.

Friday, November 19, 2010

ELECTRICAL GROUNDING OR ANTENNA SYSTEM


Tepat jam 5.45 petang tadi kami bergelap sekali lagi.Fuh terkejut aku. meletup seperti Mercun bola di hadapan muka aku. Habis........ aku kata di dalam hati. Lepas letupan baru dengar dentuman guruh di luar.


Nak running test equipment.....power failure pulak. Tak pa.....nyawa dulu. Aku panggil Oja....dia kata tangan dia kebas. oja sedang operate lap top masa tu dengan Adam. adam ok ajer aku tengok. Teringat bonda aku kat dapur. Repeater 9M2RMK aku letak kat ruang dapur. Bonda aku ok ajer tapi repeater padam.

Selepas semuanya stabil...aku ambil peluang untuk hidupkan semula bekalan kuasa di dalam rumah tapi kecewa. Walaupun automatic switch telah dihidupkan tapi power tetap tak ada. Call 9W2ZKY....toke elektrik. Dia mintak aku gantikan fius kat main switch. Alhamdulillah selepas 1 jam bekalan kuasa elektrik pulih semula.

Selepas observation di buat berikut adalah senarai kelengkapan yang boleh dianggap kaput.....

Yaesu 897d ( lupa cabut antenna 2m )
Switching Power Supply diamond 40A
G250 Antenna Rotator Controller
Satu set Kenwood Repeater / power supply
F22 / Yagi 5 elemen / Gadzen ( belum test lagi....esok baru nak test )
PC Oja
Modem/Router
3 set Wall Plug
2 set down lamp

aku pun tak tahu dari mana arah datangnya renjatan ini. Kalau dari antenna mungkin melibat radio sahaja tapi jika dilihat kerosakan yang berlaku mungkin ia juga datang dari grounding system rumah aku sendiri.

Walaubagaimanapun ini semua ketentuan Allah swt. aku terima dengan reda walaupun air mata terbit tanpa aku sedari. sekurang2nya nya kami sekeluarga masih lagi selamat. Bak kata MGL.....radio kita boleh cari biarpun berhutang tapi nyawa tiada jual beli.

Petang tadi telefon rakan2 dan ramai sudi membantu. InsyaAllah 897d akan terbang ke JB. Lain2 equipment 9M2ZS akan usahakan sedaya upaya untuk baik pulih. Inilah resam dalam Amateur Radio kata Rashid Ghani pada aku. walau macam mana pun aku tetap sedih bang.......

Kepada yang belum terkena......berhati2.....jangan lalai seperti aku. Hanya kerana lupa nak cabut coax ini lah padahnya.....................

Saturday, November 13, 2010

SO2R IN JIDX CONTEST

Tq 9M2ODY for this new toy. I really appreciate it bro. Really creative even u said this is an easy electronic job.


Berkenan sungguh aku dengan elektronik box yang digunakan. Kecil molek serta suis yang solid. Kemasan yang menarik untuk homebrew equipment.

Sekarang kerja aku lebih mudah esspecially semasa contest. Aku dapat meng operatekan 2 radio dengan satu microphone bersama foot PTT. Tidak banyak lagi masa yang dibazirkan malah kualiti audio juga lebih sedap didengar.

Bukan semua orang yang mampu menghasilkan benda sebegini rupa. Syukur aku mempunyai kawan2 yang mempunyai pelbagai kepakaran seperti 9M2ZM, 9M2MZ, 9M2RZL, 9W2DAL, 9W2DI, 9M2ZAK, 9M6YBG dan 9M2ODY. Kalau Dal dan Zak..... antenna system menjadi padang permainan mereka manakala aku dapat melihat ODY mempunyai skill dalam audio system. Moga2 satu hari ESSB homebrew dapat dihasilkan dari JOHOR. Kalau DAL sudah ada trademark nya dengan DalBeam....aku harap satu hari ody juga dapat patternkan hasilan nya ini. Bukan apa.....sekurang2nya dapat la menghasilkan sedikit pendapatan untuk cover segala kos.

Seperti dalbeam.....walaupun ada yang berkata kos antennanya agak tinggi.....tapi kita harus buat banding beza. Cuba lihat material yang digunakan.....memang berkualiti tambahan pula R&D yang dilakukan oleh Dal sendiri. Jika dibuat perbandingan dengan Komersial antenna.....harga untuk Dalbeam memang jauh berbeza. Sebagai contoh 7 Elemen yang aku pakai sekarang......kalau dari OptiBeam Germany mahu harganya mencecah sehingga RM5000 termasuk shipping tetapi dari Johor hanya menelan kos lebih kurang RM1500 sahaja.

Usaha2 homebrew yang dilakukan oleh rakan2 kita amat aku puji sekali. Kita boleh ikut jejak langkah Ham Thailand dan Indonesia dimana mereka meng komersialkan homebrew mereka sehingga boleh menjana pendapatan sampingan.

Aku berharap ramai lagi yang tampil dengan projek homebrew mereka agar dapat membantu rakan2 yang baru berjinak2. Aku senantiasa menyokong dan mempromosikan hasilan dari rakan2 kita sendiri.

all the best to Malaysia Homebrewer..................

Friday, November 12, 2010

I'M BACK WITH SINGLE OPERATOR ALL BAND

For those who is chasing for WAJA ( Work All Japan Award), AJD ( All Japan District Award ) or HAJA ( Heard All Japan Award ) so this is the time. Starting 0700 utc or 1500 Hours local tomorrow, Japan International DX contest will rumble on the band.


From 80M to 10m band........ this contest is only for SSB Lovers.....hehehe. I will run the 9M2SMC special call but it will be in single operator mode due to a problem in loging system with run and mult mode. So tomorrow 9M2SMC in the category of SOAB High Power,,,,,insyaAllah.

For those who are interested...... here is some info about the contest.....Make sure tomorrow we beam Japan and rumble all the band.......

Good Luck, Good DX and Good Contest

Make Malaysian Proud

JIDX Phone Contest: 0700Z, Nov 13 to 1300Z, Nov 14
Mode:SSB
Bands:80, 40, 20, 15, 10m
Classes:Single Op All Band (Low/High)
Single Op Single Band (Low/High)
Multi-Single
Maritime Mobile
Max power:HP: >100W
LP: 100W
Exchange:JA: RST + Prefecture No.
non-JA: RST + CQ Zone No.
Work stations:Once per band
QSO Points:2 points per JA-DX QSO on 80m
1 points per JA-DX QSO on 40, 20, 15m
2 points per JA-DX QSO on 10m
Multipliers:JA Stations: DXCC countries and CQ zones once per band
non-JA Stations: JA prefectures plus JD1/O, JD1/MT, JD1/OT once per band
Score Calculation:Total score = total QSO points x total mults
Submit logs by:December 31, 2010
E-mail logs to:ph[at]jidx[dot]org
Mail logs to:JIDX Phone Contest
c/o Five-Nine Magazine
P.O. Box 59, Kamata
Tokyo 144-8691
Japan
Find rules at:http://www.jidx.org/jidxrule-e.html

Friday, November 5, 2010

TQ 9M2ODY FOR NEW DXCC ON 15M



Tq ODY....terkejut jugak petang nie kita dapat confirm QSO on 15M. Its like 2M local. Audio dari Johor cukup booming even 35 Watts. Your 6 element Yagi by Dalbeam doing a great job. Working with a 9M2 station on 15M merupakan sesuatu yang terbaru buat aku dan ODY menjadi station yang pertama confirm on 15M DXCC list from West Malaysia.

Selain itu juga complete la contact antara aku dan 9M2ODY di semua HF band kecuali WARC dan 160M. Mungkin kita akan dapat mencuba di 160M satu hari nanti selepas kita berjaya cover di 10m, 15m, 20m, 40m, dan 80m Lokal.

It is a personal record and it is a great honour for me to work a station with same DXCC as 9M2ODY. Semoga hobi ini dapat berkekalan dan berpanjangan dalam hidup kita ODY.....InsyaAllah. Enjoy the video bro.......

36 JAM YANG LALU..........................




Alhamdulillah............air semakin surut. Satu Rekod kali ini. Air di dalam rumah mencecah 2 kaki. Semasa menaip sekarang bekalan kuasa elektrik sudahpun pulih. Terima kasih TNB Careline Utara terutamanya Cik Tina. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya setelah hampir 4 malam kami bergelap bersama kaki terendam air.


Ada hikmah disebalik peristiwa ini....dan pasti ia mendewasakan aku sebagai seorang ketua keluarga, seorang jiran tetangga dan seorang ahli masyarakat. Akan tetapi ada sedikit yang menyedihkan aku dimana orang yang aku selalu beri tanda X setiap 5 tahun sekali tidak nampak muka hidung langsung. Katanya sibuk menggalas beg di Galas......hehehe. Tahniah la sebab anda dah berjaya membantu di Galas tetapi malangnya orang kampung sendiri merana menunggu ketibaan anda. Yang pasti bagi aku tiada lagi karpet merah buat anda di hati ini.

adios

Monday, November 1, 2010

IA KEMBALI LAGI.....

Ia kembali lagi selepas 4 tahun berlalu....2 hari berturut-turut hujan tak henti2 dan masa aku menaip nie pun hujan masih lagi turun. Air empangan pun sudah dilepaskan jam 10 pagi tadi. Patut pun air cepat sangat naik. Apa boleh buat kuasa Allah....


Sekarang tepat jam 8.10.malam dan hujan turun agak lebat....paras air semakin meningkat kepada 2 kaki. Hati kami sekeluarga memang resah gelisah. Rumah kami dah jadi seperti pulau sekarang. Semua penghuni dah berpindah kecuali kami sahaja. Semua perabot dah diangkat. Aku amat berharap air tak kan masuk ke rumah.
Aku berdoa agar semua ini berakhir dengan segera. moga2 apa yang dikurniakan Allah ini ada hikmah disebaliknya. Amin

will upload from time to time

40M PENUTUP UNTUK CQWW SSB 2010

Alhamdulillah.....tidaklah mengecewakan sangat untuk kali ini...banyak perkara tidak dijangka berlaku seperti band yang tidak dijangka dapat memberi sumbangan tetapi telah berjaya menghasilkan markah yang tinggi.


Begitu juga keadaan yang berlaku pagi ini di mana upper band semuanya sudah tutup manakala 40 m dan 80 m membuka dengan baik ke europe....maka bertambah la sikit lagi markah untuk kami.

So untuk tahun ini 9M2SMC telah menutup station nya tepat jam 04.28 pagi lokal. Walaupun masih ada lagi kira2 3 jam pertandingan tetapi kami mengambil keputusan untuk berhenti awal untuk merehatkan jentera tua kami ini.

Secara tidak rasmi kami telah berjaya mendapatkan 678 station dari 155 negara menjangkau 75 CQ Zone dan menghasilkan 300 610 mata untuk pertandingan kali ini. Adalah menjadi harapan kutipan mata ini dapat menghasilkan sekeping sijil buat kami.

Juga tahniah kepada rakan2 yang lain yang berhempas pulas dan hasilnya pasti tidak mengecewakan. Perjalanan masih jauh dan kita masih lagi kerdil dengan masyarakat di luar sana. Walaubagaimanapun usaha tetap akan diambil untuk kita sama duduk dan berdiri dengan komuniti di luar sana.... InsyaAllah.

Sunday, October 31, 2010

DXCC IN 34 HOURS....

TQ to CQWW......really enjoy even it is not finish yet. This evening already break the dxcc with 102 countries confirm. Thanks a lot to 15m and also Dalbeam. Not forgotten to 9M2ODY for the foot PTT. Really help me a lot while log in all the call. 52 Zone covered with 546 call confirm. Still have 12 hours to go....OUT is preparing air asam together with cucur pisang.


Hope the porpogotion will help us again this evening. Also work with a local station 9W2ESM on 10m. TQ Sham for the multiplier. almost 1250 points. hehehe.

All the best to the contester especially from Malaysia. Make Malaysian proud.

de 9M2SMC
operated by 9M2GET, 9M2OUT, 9M2YAS

Thursday, October 28, 2010

9M2SMC - FIRST SHOW ON CQWW

Jalur Gemilang InsyaAllah akan kami bawa merentasi benua melalui gelombang radio tepat 00.00 UTC atau 08.00 pagi local hours pada 30 OKT ini dalam CQ World Wide Contest. Juga buat pertama kali kami akan bertanding dalam Multi Operator Multi Band Single Transciever High Power dengan special call 9M2SMC ikhsan dari MCMC.


Kami percaya ramai yang bertanding kali ini terutamanya dalam single operator. Yang pasti callsign seperti 9M2ODY, 9M2ZAK, 9W2ESM,9W2VVH,9M2RDX,9M6YBG,9M6BOB dan 9M6TMT akan mengegarkan frekuensi.

Insyaallah kami akan cuba bertahan selama 48 jam. ( harap2 radio tua nie mampu ) hehehe dan yang confirm on duty adalah aku sendiri, 9M2OUT dan 9M2YAS.

OPERATORS ON DUTY

Equipment yang digunakan semuanya boleh dikatakan sudah boleh dihapus kira tapi boleh la lagi berkhidmat. Terima kasih juga kepada team Johor to make it this happened especially to our Antenna Ir.....9W2DAL dan 9M2ZAK. Without their antenna kami tidak mungkin dapat bertanding lagi untuk tahun ini.


So Sijil seperti di bawah nie la yang kami cari untuk tahun ini......harap2 dapat la satu. Nie station dari New Zealand. Mereka berjaya mendapat tempat pertama untuk New Zealand dan kedudukan kedua dalam benua Oceania. Satu pencapaian yang hebat. Harapan menggunung agar satu hari Ham dari negara kita pun mampu untuk duduk setanding dengan mereka.....InsyaAllah.

So mana2 lagi station dari Malaysia yang berminat silakan.....jom kita meriahkan contest kali tak kira QRP, low power ataupun High Power...hehehe.....jom kita bantai ramai2. Maklumat lanjut boleh klik di bawah nie.

CQ Worldwide DX Contest, SSB: 0000Z, Oct 30 to 2400Z, Oct 31
Mode:SSB
Bands:160, 80, 40, 20, 15, 10m
Classes:Single Op All Band (QRP/Low/High)
Single Op Single Band (QRP/Low/High)
Single Op Assisted All Band
Single Op Assisted Single Band
Xtreme Single Op
Multi-Single
Multi-Two
Multi-Multi
Xtreme Multi-Op
Max power:HP: 1500 watts
LP: 100 watts
QRP: 5 watts
Exchange:RS + CQ Zone No.
Work stations:Once per band
QSO Points:0 points per QSO with same country (counts as mult)
1 point per QSO with different country same continent
2 points per QSO with different country same continent (NA)
3 points per QSO with different continent
Multipliers:Each CQ zone once per band
Each country once per band
Score Calculation:Total score = total QSO points x total mults
Submit logs by:November 21, 2010
E-mail logs to:ssb[at]cqww[dot]com
Mail logs to:CQWW SSB
CQ Magazine
25 Newbridge Road
Hicksville, NY 11801
USA
Find rules at:http://www.cqww.com/CQWW-Rules-2010.pdf
http://www.cqww.com/CQ_WW_Xtreme_Rules.pdf

Wednesday, October 27, 2010

THE 100th CARD CONFIRM

Petang nie memang sibuk sangat. 2 meeting aku kena attend. Sampai rumah pun agak lewat. Ada la sebungkus surut tepi pintu rumah...bonda aku collect pagi tadi dari bang Darus posmen. Tak sempat nak tengok bila tiba2 aku dapat call dari 9W2VVH bang erie. dia antara yang banyak mengajar aku semasa aku bermula di 10m HF.


Tak dak apa...borak2 kosong dan bincang pasal CQWW contest hujung minggu nie. Dia akan join sama....syok aku dengar....good luck Bang Erie.

Lepas Asar aku pun belek lah surat2 tadi dan yang paling menarik perhatian aku semestinya la SASE (self address self envelope) aku sendiri coz aku yang request card . Biasanya menanti yang rare station la.

Alhamdulillah petang nie lengkap la kad yang ke 100 buat aku dan melayakkan aku untuk apply Basic DXCC (DX CENTURY CLUB) award dari ARRL. Mengikut log yang sedia ada memang dah achive lebih dari seratus tapi masalahnya mesti confirm dengan QSL card. So tq V51GB dari Namibia kerana menjadi station yang ke 100 dalam koleksi aku.

Jadi malam nie ambik masa skit untuk isi form DXCC dan semak semula semua log yang ada. Aku akan apply award kali nie dengan endorsement di 14mhz. lepas siap semua dokumen boleh la bawa ke Penang untuk 9M2FK Pak Eshee our Award Manager untuk verified kan permohonan ini.

Jadi kesimpulannya aku mengambil masa lebih kurang satu setengah tahun untuk mengumpul semua kad ini. Satu jangka masa yang agak panjang bagi aku. Setengah orang berkata bekerja di 20m Band adalah satu perkara yang mudah....ya memang benar tetapi bekerja untuk mengumpul rare station dan rare QSL card adalah sesuatu perkara yang amat susah. Banyak pengorbanan masa, wang dan tenaga hanya untuk sekeping sijil hehehe. Kalau tak percaya tanya lah semua award chaser di Malaysia nie seperti 9M2RDX, 9W2ESM, 9W2VVH, 9M6YBG, 9M2ODY, 9M2YAS, 9M2ZAK dan tak lupa Honour Roll DXCC our 9M2FK.

So apa yang boleh aku buat untuk mengharumkan nama negara....dengan menyertai olimpik jauh sekali.....jadi melalui hobi ini aku dapat melihat ruang yang agak luas walaupun masyarakat kurang menyedarinya. sekurang2nya ada sedikit sumbangan aku dan kawan2 agar dunia di luar sana mengenali kita melalui gelombang radio.

adios.

log document with 100 cards

Saturday, October 23, 2010

9M2OUT CQ'ING IN SYLRA CONTEST



She got a big pile up last night on 20m....also a contact from local station 9M2ZAK. Not many working for the YL contest but they give a big support with a nice signal report.
Thanks again and hope to see her in 15m ( 21.288 ) this evening.

9M2OUT ON SCANDINAVIAN YOUNG LADY RADIO AMATEUR (SYLRA) CONTEST

9M2OUT WARM UP THE SHACK

She's back on SSB. After mingle around with digital mode, this evening she will call SYLRA contest on 14.288 , 21.288 and 28.488 starting 10.00 UTC for 18 hours. Pls give back her call and for sure she will reply with number 88 and this will award you 10 points.

So this week the shacks is all hers and i will help on the technical matters. Everything must be done by her own including logging.

So good luck OJA and this contest will help you a lot as a warm up for CQWW SSB next week. She will run with a contest call (9M2SMC) next week as multi operator contester together with other colleague.

When you heard her...please stopping by and give her a nice signal report.

SYLRA Contest: 1000Z, Oct 23 to 1000Z, Oct 24
Mode:CW, SSB, RTTY
Bands:80, 40, 20, 15, 10m
Classes:Single Op (OM/YL)(Low/High)
Max operating hours:18 hours with off times of at least 60 minutes
Max power:HP: >100 watts
LP: 100 watts
Exchange:YL: RS(T) + "88"
OM: RS(T) + "73"
Work stations:Once per band per mode
QSO Points:2 points per QSO with OM
10 points per QSO with YL
Multipliers:Each DXCC country once per band per mode
Score Calculation:Total score = total QSO points x total mults
Submit logs by:November 30, 2010
E-mail logs to:ylcontest[at]sral[dot]fi
Mail logs to:SRAL, OHYLS
Box 44
FIN-00440 Helsinki
Finland
Find rules at:http://contestclubfinland.com/CCF/index.php?option=com_content&task=view&id=91&Itemid=2

Tuesday, October 19, 2010

TQ MCMC FOR 9M2SMC

Jutaan terima kasih atas bantuan dan kepercayaan. Itulah kata2 yang aku dapat ucapkan kepada team MCMC Cyberjaya khususnya Tuan Nasim, Tuan Razif (9M2RT), Encik Izzudin dan Cik Farah atas bantuan yang tidak terhingga ini.


Idea ini muncul bila masa aku tak dapat bekerja dalam mode multi operater multi band dalam contest2 sebelum ini memandangkan callsign yang sedia ada adalah untuk pemilikan individu. Ini mengengkang kami untuk bekerja dalam sepasukan untuk setiap contest. Bayangkan jika contest berlangsung selama 48 jam. Letih wo Cq sorang2 hehehe.

Sejarah pernah terukir dimana callsign untuk contest pernah dikeluarkan oleh pihak telekom iaitu 9M2A, 9M2K dan 9M8Z tapi ianya telahpun berakhir. Pada awalan permohonan, kami amat berharap callsign single suffix dapat dikeluarkan tetapi malangnya ianya ditolak oleh MCMC.

Walaubagaimanapun ruang masih diberikan dimana MCMC menawarkan callsign 9M4SMC untuk digunapakai, tetapi kami membuat rayuan atas dasar 9M4 masih tidak diterima pakai dalam setiap contest dan tidak tersenarai dalam ARRL DXCC. Macam mana nak operate dalam contest kalau warga di luar sana tidak mengetahui dari mana datangnya 9M4.

Atas dasar itu rayuan dikemukan dan MCMC dibantu dengan rakan2 diatas tadi telah bersetuju buat julung kalinya mengeluarkan 9M2SMC ( Special Malaysia Contest ) untuk dipergunakan oleh pihak kami secara sulungnya dalam CQ WORLD WIDE pada 30 Oktober nanti....insyaAllah.

Aku telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga callsign ini dan hanya boleh diguna pakai semasa contest period dan field day sahaja. Antara yang akan turut terlibat dalam pasukan ini adalah dari North Peninsular Malaysia Contester n' Dxers ( 9M2PZ, 9M2ZS, 9M2AR, 9M2OUT, 9M2YAS, 9M2AMZ, 9W2LI, 9W2TZ, 9W2ZRZ, 9W2AZV dan 9W2ATR). Tahniah atas kesabaran walaupun kami terpaksa menantinya hampir 2 bulan untuk proses permohonan.

insyaAllah kami berjanji akan menjaga nama baik Malaysia dan MCMC khususnya. Adalah menjadi satu harapan dalam tempoh setahun akan datang, kami akan cuba menempatkan diri diantara 10 pasukan terbaik dari Asia dan pertimbangan untuk mendapatkan semula callsign 9M2 with single suffix akan dikaji semula.

All The Best dari Utara dan juga Contester2 lain dari Malaysia. Selamat berjuang dan mengharumkan nama negara.


Monday, October 18, 2010

LOG CONFRIM WITH 9M2ODY,9M2MRS and 9W2ESM

UPDATE 18.10.2010

Alhamdulillah...log lepas ke German bersama 3 lagi rakan dari semenanjung.....ODY , Sham dan Richard dari Penang. Mat salleh nie pun asal dari German hehehe. Dia work untuk low power CW. Tunggu saja la keputusannya....harap membanggakan....insyaAllah.

So minggu depan berehat dan bersedia untuk main event tahun ini iaitu CQ WORLD WIDE @ CQWW bermula 30 OKT. Memang teringin sangat nak masuk dari tahun lepas lagi tapi persediaan agak kurang.....monitor saja la. Tapi tahun nie insyaAllah aku akan berkampung bersama rakan2 yang lain untuk membawa bendera Malaysia di ruang udara Antarabangsa....

All the best untuk Team Malaysia

Sunday, October 17, 2010

Again...15m Help Me A LOT in WAG


TQ to D7E3 by DAL beam....at least I can work on 15m in Work All Germany contest. Terima kasih banyak 9w2DAL. Kalau dulu aku rasa tak penting 15m nie tapi akhir2 nie band ini banyak membantu dalam contest espescially ke europe.

Petang nie log aku banyak dipenuhi dengan call di 15m band. Europe cukup bagus...macam lokal ......begitu juga di 10m tetapi 20m petang nie mati.....mungkin lambat sedikit membuka....Walaubagaimanapun contest tamat jam 11.00 malam lokal maka peluang untuk pile up di 20m masih lagi terbuka.

Aku berhenti untuk Maghrib dan akan sambung semula jam 8.oo nanti insyaAllah juga untuk multiband....

All the best to team Malaysia tak kira dimana anda berada......make Malaysian proud...

Saturday, October 16, 2010

WAG CONTEST


I AM CURRENTLY WORKING
ON
WORK ALL GERMANY CONTEST

SINGLE OPERATOR MIXED HP
QRV ON 40M, 20M AND 15M

DE 9M2GET ( HAIRIE )

Friday, October 15, 2010

WHAT YOU GIVE YOU GET BACK


Tnx ODY for the help and this what i can hear from my base. Johor Bharu like a local station....macam sebelah rumah bro. Enjoy the video...

Wednesday, October 13, 2010

TNX ODY FOR THE FOOT PTT


Hari nie dapat toy baru dari kawan aku di Johor. Wiring yang dia buat cukup kemas. Jadi untuk contest akan datang akan lebih memudahkan kerja aku. Tangan ini akan digunakan sepenuhnya untuk memasukkan log ke dalam laptop.


Dynamic mic disambung terus ke foot PTT. Kalau nak beli boleh tahan jugak harganya. Aku ada 8 pin soket untuk mic kenwood lama tu tapi tangan aku nak solder benda sekecik tu tak secekap ODY.

TNX ody....now i can enjoy this hobby from my home like a broadcast studio....hihihi. cuma mic ajer masih dalam pencarian. Buat masa sekarang mic SHURE karaoke tu la jadi pilihan.

Log untuk contest kali nie akan lebih cepat dan teratur serta meja kerja aku semakin kemas. So sifu audio dari Johor sudah menjalankan kerjanya dengan baik sekali.

Monday, October 11, 2010

GERMANY.....HERE WE COME

Again this weekend the beam will beaming to Europe. Harap2 band membuka dengan lebih molek. Satu cabaran kerana hanya Germany Station yang dicari. Dual mode....cw dan phone....again i will go on SOM HP. Kalau la MCMC boleh bagi special callsign alangkah bestnya....boleh bekerja MultiOperater. Tapi aku amat sedih kerana mereka masih mengeluarkan callsign 9M4 untuk special call kerana callsign ini masih lagi tidak dapat diterima pakai dalam kebanyakan contest kerana tidak tersenarai dalam list DXCC

Seperti di luar sana kebanyakan station menggunakan special call yang lebih ringkas semasa contest seperti DR1A, SG0X, SE0X, A61E.

Di Malaysia dulu pun ada iaitu 9M2A (arwah Amin) dan 9M8Z ( Steve ) tetapi kini sudah tidak dikeluarkan lagi.

Aku berharap satu hari MCMC dapat mempertimbangkan semula callsign special seperti ini agar kita dapat lebih memberi cabaran di luar sana. InsyaAllah

Worked All Germany Contest
Status:Active
Mode:CW, SSB
Bands:80, 40, 20, 15, 10m
Classes:Single Op CW (Low/High)
Single Op Mixed (Low/High)
Single Op Mixed QRP
Multi-Op
SWL
Max power:HP: >100W
LP: 100W
QRP: 5W
Exchange:DL, DARC-Member: RS(T) + DOK (local area code)
DL, non-DARC: RS(T) + "NM"
non-DL: RS(T) + Serial No.
Work stations:Once per band per mode
QSO Points:DL Station: 1 point per DL QSO, 3 points per EU QSO, 5 points per DX QSO
non-DL Station: 3 points per DL QSO
Multipliers:DL Station: Each DXCC entity once per band
non-DL Station: Each DL district once per band
Score Calculation:Total score = total QSO points x total mults
E-mail logs to:wag[at]dxhf[dot]darc[dot]de
Mail logs to:(none)
Find rules at:http://www.darc.de/referate/dx/contest/wag/en/rules/

Future Dates
1500Z, Oct 16 to 1459Z, Oct 17, 2010
1500Z, Oct 15 to 1459Z, Oct 16, 2011
1500Z, Oct 20 to 1459Z, Oct 21, 2012
1500Z, Oct 19 to 1459Z, Oct 20, 2013
1500Z, Oct 18 to 1459Z, Oct 19, 2014
1500Z, Oct 17 to 1459Z, Oct 18, 2015

Sunday, October 10, 2010

LATEST RESULT

Memang hebat penganjur Scandinavian Contest. Kalau lain2 contest terpaksa tunggu setahun tapi untuk Scandinavia contest hanya perlu sebulan sahaja untuk tahu result. Alhamdulillah sudah confirm log aku untuk Single Operator All Band HP dan sehingga kini log aku masih lagi di kedudukan kedua.


Aku yakin ia tidak akan kekal di situ tapi yang pasti ada nama Malaysia di result sheet ini. Masih lagi menunggu keputusan dua rakan aku dari Johor 9M2ZAK dan 9M2ODY yang bertandang di SOAB LP.Pasti juga keputusannya akan membanggakan kerana dari data yang tidak rasmi ODY sudah mencecah 80 call pada awal pagi tadi. Tidak mustahil bagi dia untuk mencecah 200 call pada petang ini InsyaAllah.

Begitu juga ZAK....bukan yang jenis berputus asa dan sering membuat kejutan hehehe. Macam ulasan sukan komenwel la pulak. So all the best kepada team Malaysia sama ada yang aku sebut disini atau pun tidak.

Sekurang2nya kita sudah menjadi warga yang bersemangat untuk membawa Bendera Malaysia ke ruang udara dunia. Congratulation.

Hingga jumpa di ALL GERMANY minggu hadapan

Adios.

15M PENYELAMAT SCANDINAVIAN CONTEST



Memang letih jugak kali nie. Apa2 pun tak boleh lawan CQ ALL ASIA, memang syok. Band kali nie agak teruk di 20m. Jenuh berhempas pulas....aku hampir2 kecewa petang semalam.....tapi alhamdulillah petang 10.10.10 nie memberi ruang yang lebih kepada 15 meter.

21mhz membuka ruang sedikit untuk aku menambah markah untuk contest ini.....kalau tidak memang tenat la kalau nak harap 20m.....hehehe.

sempat juga jumpa lokal station 9w8wat di 10m tapi dia cuma bekerja untuk dx.....nampaknya tak dak la lokal call dalam log contest aku kali nie.

adios

selamat tinggal Scandinavia dan selamat berjuang untuk ALL GERMANY minggu hadapan.

Saturday, October 9, 2010

FROM SOUTH AMERICA TO SCANDINAVIAN

Mungkin tak ada rezeki untuk SA Contest. Its really hard and i think tak ramai yang support contest nie. Hampir 4 jam berlangsung tetapi sambutan agak dingin.

Aku mendapat sms dari sifu contest mengatakan bahawa CQ SA is not a mojor contest memandangkan ada Oceania CW dan Scandinavian SSB yang akan berlangsung dalam tempoh 8Jam lagi,

Jadi aku ambik keputusan pusing yagi ke Europe dan akan mula CQ pada jam 8 malam local nanti. Pada yang nak teruskan South America Contest silakan...... tetapi log aku sudahpun berubah ke Scandinavian.

All the best......

ps. bagi yang nak join Scandinavian Contest boleh klik link di bawah


Scandinavian Activity Contest, SSB: 1200Z, Oct 9 to 1200Z, Oct 10
Mode:SSB
Bands:80, 40, 20, 15, 10m
Classes:Single Op Single Xmtr (QRP/Low/High)
Single Op Single Band
Multi-Single
Multi-Multi
SWL
Max power:HP: >100 watts
LP: 100 watts
QRP: 5 watts
Exchange:RST + Serial No.
Work stations:Once per band
QSO Points:Scandinavian: 2 points per QSO with EU
Scandinavian: 3 points per QSO with non-EU
EU: 1 point per QSO with Scandinavian station
non-EU: 1 point per QSO with Scandinavian station on 20, 15, 10m
non-EU: 3 points per QSO with Scandinavian station on 80, 40m
Multipliers:Scandinavian: Each DXCC country once per band
non-Scandinavian: Each Scandinavian call area once per band
Score Calculation:Total score = total QSO points x total mults
Submit logs by:November 9, 2010
Upload log at:http://www.sactest.net/hflogupload.php
Mail logs to:SACSSB
Peter Vestergaard, OZ5WQ
Vestervej 74
DK-4960 Holeby
Denmark

Find rules at:http://www.sactest.net/

Friday, October 8, 2010

Scandinavian Activity Contest, SSB: 1200Z, Oct 9 to 1200Z, Oct 10


I AM CURRENTLY WORKING ON
Scandinavian Activity Contest, SSB

SINGLE OPERATOR ALL BAND
9M2GET
QRV ON 20M AND 15M HP

OPERATOR
9M2GET (HAIRIE)

Thursday, October 7, 2010

NEW SPIDERMAN FOUND


Bukan senang nak panjat ke atas sana. Yang memanjat memang la seorang yang gifted. Bukan semua orang boleh buat kerja nie. Petang nie aku jumpa sorang lagi yang mampu mencabar ketinggian. 9W2FHM Fahmi antara rakan baru di Perlis yang berasal dari Taiping. Hobinya memang wall climbing jadi petang nie dia mencuba di Arau.

Alhamdulillah, semuanya selamat. Projek kami ialah tune semula antenna tx 9M2RMK dan letak kan sedikit minyak gris di trust bearing. So Fahmi menjadi orang yang ketiga menawan penuh tower di Arau selain Super 9W2DAL dan Abg Black kami.

Selain mereka bertiga..... 9M2ZAK dan 9W2ZRZ telah berjaya ke tahap 60 kaki. Bagaimana dengan Tuan Kampung ? hehehe.....20kaki aku dah kena turun....kena sound dengan OUT. Tak sedar diri ka? Kita tu bukannya kecik. hehehehe.

So sapa yang teringin nak exercise silakan tapi safety equipment kena la bawak sendiri. Again tnx Fahmi for the help. Tapi dengan kaki berdiri dihujung mast sambil badan sandar atas pole selama 2 jam..... tune antenna.....juaranya tetap jatuh kepada 9W2DAL. hehehehe.


Wednesday, October 6, 2010

KEPADA YANG NAK MENCUBA

CQ SA SSB Contest
Status:Active
Mode:SSB
Bands:160, 80, 40, 20, 15, 10m
Classes:Single Op All Band (Low/High)
Single Op Single Band (Low/High)
Multi-Single
Multi-Multi
Max operating hours:Single-Op: 36 hours with off times of at least 60 minutes
Multi-Op: 48 hours
Max power:HP: 1000 watts
LP: 100 watts
Exchange:RS + Serial No.
Work stations:Once per band
QSO Points:1 point per QSO with same country
2 points per QSO with different country same continent
3 points per QSO with different continent
non-SA only: 10 points per QSO with SA
Multipliers:Each continent once per band
Each country once per band
Score Calculation:Total score = total QSO points x total mults
E-mail logs to:(none)
Upload log at:http://www.brcontest.com/cqsa/up/
Mail logs to:(none)
Find rules at:http://brcontest.com/modules/tinyd0/content/cqsa_ssb_us-en2010.pdf

Future Dates
0000Z, Oct 9 to 2400Z, Oct 10, 2010

Antara contest yang paling dekat sekali. Plus minus 3 hari lagi. Semua sekali boleh cuba tak kira 9W, 9M atau club station. Tapi yang pasti aku akan kembali kepada multi operator single band bersama dengan 9M2OUT. Aku merasakan contest kali ini akan lebih menarik kerana melibatkan semua benua walaupun South America sebagai penganjur.

Kalau Oceania agak membosankan kerana kita hanya boleh bekerja dengan oceania country sahaja tetapi CQ SA lebih menarik kerana kita dibenarkan bekerja untuk semua negara. Jadi ini peluang yang menarik untuk work dxcc dan award.

Selamat bekerja untuk semua station yang akan mengambil bahagian dan bagi yang menggunakan log N1MM sila download update kat sini http://groups.yahoo.com/group/N1MMLogger/message/70971 kerana CQ SA adalah satu contest baru.

All the best rakan semua

Selamat Mengharumkan Nama Malaysia


BILA RAKAN NAK MINTAK TENGOK LOG


Terbaca komen dalam post yang lalu. Ada rakan nak mintak tengok log antara aku dengan AH0BT dalam AA contest yang lalu. Mungkin dia nak contoh sebagai panduan untuk contest yang akan datang.


Aku pun sebenarnya tak la pandai sangat. Semuanya komputer yang tolong siapkan. Seperti yang maklum aku menggunakan N1MM contest log software dan ia memang mudah. Selepas selesai contest.....kita akan convertkan log kita dalam cabrilio file. Memang dalam setiap contest.... penganjur berkehendakan log dalam bentuk cabrilio file. Inipun software yang buat dan hasilnya seperti gambar yang aku print screen di atas.

QSL info contester dan markah siap dikira serta log disusun dalam keadaan kemas. Jadi selamat mencuba bagi yang nak berjinak2 dengan contest. Cuma anda harus pasti apa yang anda lakukan sebelum sebarang contact dibuat. Jangan terlalu taksub sehingga menyebabkan lain-lain station boleh disqualified....hehehehe

Adios


Newer Posts Older Posts Home