My LOG

My LOG

Saturday, December 24, 2011

MUKA YANG DIKESIANI......


Alhamdulillah selamat sampai ke bumi Perlis selepas hampir sebulan berada di perantauan. Bermacam aktiviti yang dilakukan sepanjang percutian ini bersama keluarga termasuk la melibatkan ham radio.


Setelah 8 jam berkonvoi bersama rakan2 terengganu dan kelantan yang hendak bercuti di Perlis....aku akhirnya tiba di Bandar Diraja Arau. Sempat loading barang yang aku kumpul sepanjang perjalanan sebelum aku bergerak semula ke Kangar bagi meraikan tetamu dari pantai timur makan malam bersama MB Perlis. Lebih kurang jam 12...semuanya selesai dan aku cepat2 beredar bagi menguruskan barang2 aku yang masih tersadai di depan pintu rumah
Sekitar jam 2 pagi akhirnya semua aku berjaya kemaskan termasuk la barang2 hobi aku...hehehe. "hang nie muka kesian la Hairie" kata sorang rakan baik aku. "Patut la banyak orang sedekah barang kat hang". hehehe aku tersenyum. apa pun rezeki....bukan aku meminta tetapi tuan dah tak mau pakai. Sebelum bertolak balik ke Arau....aku sempat menjeling LED skrin adik ipar aku yang tersadai kat tepi stor rumah. Dia kata dah tak pakai....lepas kawin tentu lah laki bini nak tengok skrin besar. "Nie TV zaman bujang dulu la bang Long"....kalau nak ambik la...tanpa banyak cakap aku dah nampak kat mana nak letak benda alah nie di tempat baru.

On the way back....masa di Machang.....9W2TZ call.....singgah rumah sat. Memang aku nak singgah pun...nak hantar keropok lekor. Ada barang nak bagi katanya. Tak tertanya pun dan aku dah agak.....nie mesti radio tapi aku tak menjangka la radio nie dia nak suruh test. Memang vintage....Valve Set.....sama umur dengan Pak Mertua aku agaknya. FTDX 401. Katanya 400w output. Ntah la....hari nie baru nak warm up. Panas2 dari G land bersama kerusi rehat colonial.

TQ abg hanafi atas kepercayaan tetapi aku dah bilang awal2.....kalau berasap aku tak jamin hehehe....barang berapa puluh tahun nie. Pesanan ini aku terima dari 9M2AR.....test....test jugak Hairie....tapi deal awal......kalau tak ......tak larat nak ganti radio orang.

Hobi ini masih lagi berterusan dan aku enjoy cara aku.....tak pening kepala nak rebut jawatan dalam persatuan....tak pening kepala nak tulis minit mesyuarat....tak pening kepala nak dengar rakan2 bertikam lidah disana dan disini dan yang paling penting tak perlu nak galas kerja PDRM,,JPAM,,Bomba dan sebagainya. Depa dah tau kerja depa dan kita nie setakat boleh membantu saja.....hehehe

all the best

Tuesday, December 20, 2011

9M2GET/2...........PORTABLE BATU BUROK


Dah hampir 20 hari aku berada di luar lokalan Arau. Destinasi utama mestilah di Kuala Terengganu. Banyak aktiviti yang berlangsung sepanjang 20 hari nie dan aku cukup2 relaks.

Selain Kuala Terengganu aku juga berkunjung ke Kuala Selangor dan Sri Kembangan. Di Kuala Selangor aku sempat bertemu dengan 9M2NDO dan rakan2nya. Alhamdulillah....Icom 735 aku telah berjaya di baik pulih sepenuhnya oleh beliau dan Nampaknya peluang aku untuk on the air dalam mode portable cerah.

Setelah Kuala Selangor....aku singgah sekejap di Sri Kembangan bertemu 9M2ZC....bang Zack. Ini merupakan kunjungan kali kedua aku. Cantik kediamannya....dan hebat2 equipment yang di pakai beliau. Tujuan aku hanya satu.....mengutip barang yang dia dah tak nak pakai lagi.



JRL 2000F ini telah ditawarkan kepada aku semasa kunjungan yang pertama ke rumah beliau memandangkan beliau mempunyai 2 unit set yang sama tetapi pada masa itu aku tak mampu kerana aku ke KL dengan Belon. Peluang berkereta kali ini aku tidak sia-sia kan dan Amplifier ini telah selamat aku bawa balik ke Terengganu.

Kata bang Zack ianya bermasalah.....tetapi petang nie aku cuba drive dengan low power dan alhamdulillah ia berfungsi dengan baik sekali....rezeki.

Walaubagaimanapun aku masih mencari 15 pin male untuk cuba controlkan Linear Amplifier nie semaksimum mungkin. Tnx to 9M2ZC for support....."hang pakai la hairie...kalau hang mati aku ambik balik......hehehe gurau bang zack" tapi kalau aku mati dulu hang ambik terus.....

aku pun tak nak mintak sapa2 mati dulu hehehe...kalau boleh biarlah umur panjang. Tetapi kalau owner Linear Amplifier ini memerlukan ia kembali sudah pasti aku akan terbang semula ke Sri Kembangan.


OWNER OF THE JRL 2000F


WORKING WELL

Alahamdulillah trip sekali nie memang menggembirakan dan InsyaAllah aku akan bertolak semula ke Indera Kayangan 23 Dis nie bersama rakan2 Ham Pantai Timur yang akan bercuti di Perlis.Ya Allah selamatkanlah perjalanan Kami ini dan lindungi lah aku sepanjang perjalanan ini. Panjangkanlah umur rakan2 ku terutamanya 9M2NDO dan 9M2ZC yang bertungkus lumus membantu aku kali ini dalam Hobi yang unik ini. Amin.

Sunday, December 11, 2011

9M2ZAK In The House



Agak lama aku tak berjumpa dengan saudara aku ini. Perkenalan berlaku semasa kami masih lagi berjinak2 dengan hobi ini. 10 Meter menjadi penghubung kami berdua.


9M2ZAK Zaki memang berasal dari Perlis tetapi berhijrah ke Johor Bharu. 900Km memisahkan kami tetapi hari ini bertemu juga.

Walaupun masih lagi diselubungi kesedihan selepas kehilangan abangnya tetapi atas semangat amatur radio...beliau tetap berkunjung ke contest station 9M2SM. Kami amat bangga dengan kunjungan ini tambahan lagi dengan ole2 yang dibawa Zak. Hari ini aku diperkenalkan zak dengan keyboard keyer. Dengan bantuan N1MM software....kerja2 memanggil semasa CW contest terutamanya menjadi lebih mudah dan pantas. Walaubagaimanapun kita harus mempunyai skill RX yang tinggi seperti 9M2ZAK memandangkan program ini bukan berteraskan untuk decode kod. Dengan bantuan interface device hombrewnya....kami tidak memerlukan keyer lagi tetapi cukup dengan keyboard computer sahaja.

Disamping itu Zaki juga sempat memberi sedikit tutorial untuk aku bagi software N1MM. Memang ianya begitu bagus sekali dan di luar jangkaan aku. Tnx Zak for the help. InsyaAllah malam ini kalau diizinkan nak pekena kopi dengan Zak sampai ke pagi.

Jadi..... sekali lagi kami mendapat bantuan dari Johor Team untuk Contest kali ini. Arrl 10 Meter baru saja berakhir 15 minit yang lalu dan apa yang dipersembahkan oleh Zaki amat membantu.....bantuan seperti ini serta merta mengingatkan aku kepada Antenna Ir aku...... 9w2DAL (now in canada) dan Audio Ir aku....9M2ODY.........Johore team tidak pernah berasa lokek dalam perkongsian Ilmu.

Sekali lagi terima kasih banyak aku ucapakan....dan hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya. All the best 9M2ZAK....9W2DAL dan 9M2ODY.

Saturday, December 10, 2011

9M2SM...QRV ....ARRL 10 METER CONTEST....CW QRP

ARRL 10-Meter Contest: 0000Z, Dec 10 to 2400Z, Dec 11
Mode:CW, Phone
Bands:10m Only
Classes:Single Op (QRP/Low/High)(CW/Phone/Mixed)
Multi-Single
Max operating hours:36 hours
Max power:HP: 1500 watts
LP: 150 watts
QRP: 5 watts
Exchange:W/VE: RST + State/Province
XE: RST + State
DX: RST + Serial No.
MM: RST + ITU Region
QSO Points:2 points per Phone QSO
4 points per CW QSO
Multipliers:Each US State + DC once per mode
Each VE Province/Territory once per mode
Each XE State once per mode
Each DXCC Country once per mode
Each ITU Region (MM only) once per mode
Score Calculation:Total score = total QSO points x total mults
Submit logs by:January 10, 2012
E-mail logs to:10meter[at]arrl[dot]org
Mail logs to:10 Meter Contest
ARRL
225 Main St.
Newington, CT 06111
USA
Find rules at:http://www.arrl.org/10-meter

Sunday, November 27, 2011

9M2SM IN QRP MODE FOR CQWW CW 2011


Band agak bagus dalam 24 jam yang lalu....level noise sekitar s2....banyak sungguh station yang bekerja untuk contest kali ini. Ada yang memanggil hingga melampaui 21.100 mhz untuk di 15m band. ( seperti anai2 bunyinya)


Pada mulanya aku berbincang dengan Oja untuk memancar sekitar 50w. Kasut direhatkan seketika. Kami bercadang untuk tidak memanggil tetapi sekadar mencelah di setiap panggilan station lain memandangkan Oja tidak yakin kalau2 pile up berlaku.

Aku bersetuju memandangkan dia yang akan bekerja sepenuhnya....log mahupun cq. Pagi kelmarin station2 dari jepun kedengaran kuat sekali termasuklah dari Penang....CQ TST 9M2TO TST memanggil di udara. Kita cuba 5 watt macam mana....kata aku.....Oja follow jer....hehehe. dan memang panggilan kami direspond dengan sekali key sahaja.

Ini sudah bagus memandangkan adanya kategori QRP.....why not kami mencuba...9W2VVH di Sungai Besar mampu ORP dengan SSB lagi ini kan pulak cw mode.

Contest terus berjalan dan sehingga kini dia mampu untuk mendapatkan 121 stn dengan 5watt. Masih ada 12 jam dan aku percaya dia mampu untuk mencapai target 200stn. insyaAllah semoga contest kali ini menjadi rekod personal beliau di CQWW CW.

Saturday, November 26, 2011

CQWW CW 2011....9M2OUT QRV 15M LOW POWER


Again....we are back on the air with contest call 9M2SM operated by 9M2OUT (OJA) in CQWW CW SINGLE OPERATOR SINGLE BAND LOW POWER. All the best OJA...Make Malaysian Proud.....


CQ Worldwide DX Contest, CW: 0000Z, Nov 26 to 2400Z, Nov 27
Mode:CW
Bands:160, 80, 40, 20, 15, 10m
Classes:Single Op All Band (QRP/Low/High)
Single Op Single Band (QRP/Low/High)
Single Op Assisted All Band (QRP/Low/High)
Single Op Assisted Single Band (QRP/Low/High)
Xtreme Single Op
Multi-Single
Multi-Two
Multi-Multi
Xtreme Multi-Op
Max power:HP: 1500 watts
LP: 100 watts
QRP: 5 watts
Exchange:RST + CQ Zone No.
Work stations:Once per band
QSO Points:0 points per QSO with same country (counts as mult)
1 point per QSO with different country same continent
2 points per QSO with different country same continent (NA)
3 points per QSO with different continent
Multipliers:Each CQ zone once per band
Each country once per band
Score Calculation:Total score = total QSO points x total mults
Submit logs by:December 21, 2011
E-mail logs to:cw[at]cqww[dot]com
Web-to-Cabrillo form:http://www.b4h.net/cabforms/cqwwcw_cab.php
Mail logs to:Paper Logs
Box 481
New Carlisle, OH 45344
USA
Find rules at:http://www.cqww.com/rules.php
http://www.cqww.com/rules/CQWW-Rules-Xtreme.pdf

Friday, November 25, 2011

AFTER 0NE AND A HALF YEARS - 9W2DI

Lama sungguh rasanya aku tak berjumpa dengan beliau. Salah seorang guru aku dalam amateur radio terutamanya di frekuensi HF. Bang Din Sedaka gelaran diberi dengan callsign 9W2DI.

Beliau juga merupakan first contact aku di HF. Log aku dibuka semula malam ini. 19.09.2008 band 10m 15.00 utc. Dengan ft897 disetting oleh beliau....aku bergerak tanpa menoleh ke belakang lagi dalam bidang amatur radio ini.

Semasa aku menyebut untuk ke CyberJaya untuk CW test beliau merupakan orang yang pertama memberi galakan. Banyak sokongan dan ilmu yang diberikan kepada aku. Dari sop hingga lah kepada pengoperasiaan di HF semuanya diturunkan 100%.

Selepas diberikan peluang untuk beroperasi di ruang yang lebih luas....aku agak melupakan sedikit guruku ini disamping sedikit ketidak persefahaman pendapat. Tetapi air yang dicincang tidak akan putus. Malam ini membuktikan bahawa semangat setiakawan dan semangat HF tidak akan memutuskan tali persahabatan ini.

Terima kasih bang din atas perkongsian maklumat dan pendapat pada malam ini. Satu setengah jam di repeater Sungai petani dirasakan seperti 5 minit.
Sesungguhnya kini saya percaya apa yang diperjuangkan oleh anda telah membawa perubahan yang besar kepada komuniti amatur radio terutamanya dalam bidang HF dan QRP di utara semenanjung khususnya.

Terima kasih atas tunjuk ajar dan saya doakan persahabatan ini akan kekal hingga ke akhir hayat.

Saturday, November 19, 2011

2 IMPORTANT PARCELS

Semuanya tiba petang nie. Terima kasih Bang Darus posmen. Terus aku framekan. Satu untuk aku dan OUT dan satu untuk 9M2YAS. Our 1st Contest Award with 9M2SMC callsign. Mungkin banyak jugak station2 lain di Malaysia yang menerima award ini dalam minggu ini. Tahniah dan harapan agar 9M2SM dapat mengulangi kejayaan ini untuk 2011
Parcel yang kedua amat2 ku nantikan. Aku berharap benar agar ia dapat menghidupkan semula ts950sdx aku yang disambar petir setahun yang lalu. Tq to hifissb for help. If board x48 diharap dapat generate semula ssb mode kenwood tua aku nanti. Esok akan bergerak ke Kulim bertemu bomoh besar 9M2DY untuk gantikan if board yang lama. Doa dan harapan agar ianya berhasil. Amin...............

Sunday, November 13, 2011

PERSONAL RECORD ON JIDX 15M MONO BAND

Dapat bersembang dengan 316 orang Jepun di dalam 46 kampung Jepun yang berlainan dan dalam masa 36 jam.......hehehe...JIDX CONTEST SSB 2011 15M SINGLE BAND..........9M2SM AND ALL JAPANESE FRIENDS

Saturday, November 12, 2011

QRV JIDX CONTEST SOSB 15M HP

JIDX Phone Contest: 0700Z, Nov 12 to 1300Z, Nov 13
Mode:SSB
Bands:80, 40, 20, 15, 10m
Classes:Single Op All Band (Low/High)
Single Op Single Band (Low/High)
Multi-Single
Maritime Mobile
Max power:HP: >100W
LP: 100W
Exchange:JA: RST + Prefecture No.
non-JA: RST + CQ Zone No.
Work stations:Once per band
QSO Points:2 points per JA-DX QSO on 80m
1 points per JA-DX QSO on 40, 20, 15m
2 points per JA-DX QSO on 10m
Multipliers:JA Stations: DXCC countries and CQ zones once per band
non-JA Stations: JA prefectures plus JD1/O, JD1/MT, JD1/OT once per band
Score Calculation:Total score = total QSO points x total mults
Submit logs by:December 14, 2011
E-mail logs to:ph[at]jidx[dot]org
Mail logs to:JIDX Phone Contest
c/o Five-Nine Magazine
P.O. Box 59, Kamata
Tokyo 144-8691
Japan
Find rules at:http://www.jidx.org/jidxrule-e.html

Monday, October 31, 2011

CQWW 2010 SSB RESULTS.....TAHNIAH KEM MALAYSIA

CQWW 2011 baru saja berakhir jam 8 pagi tadi dan keputusan untuk 2010 secara rasminya di uploadkan di laman web CQWW.com. Hampir setahun masa diambil untuk proses pengiraan dan laporan penuh.....bukannya senang.....satu dunia hehehe.


tahniah team Malaysia terutamanya 9M2ODY....9W2ESM (9M2ESM) untuk single operator dan 9M2SMC multioperator ( penyertaan julung2 kali).


2011 lebih mencabar kerana lebih banyak penyertaan bakal disaksikan dari 9M2 land....insyaAllah. 48 jam yang penuh cabaran. Ada yang berkata hampir nak muntah melihat radio selepas 48jam terpaku depan shack...hahahaha. Ntah la...tetapi 9M2SM yang menggantikan 9M2SMC untuk tahun ini telah berjaya meningkatkan jumlah mata mentah hampir 100%. Diharap station2 lain juga dapat meningkatkan pungutan mata untuk tahun ini.


Jika kejayaan dapat dihasilkan lagi pada tahun ini maka insyaAllah harapan kami untuk mengoperasikan 9M2M dengan bantuan MCMC untuk tahun depan akan bertambah cerah. Barulah ada harapan untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan 9M8Z...9M8R dan E2E...insyaAllah

Sunday, October 30, 2011

9MSM 2ND DAY

9W2TZ with 9M2AR


Saturday, October 29, 2011

9M2SM IN ACTIONS

12 jam sudah berlalu.....agak memberangsangkan. Walaupun tidak dapat bekerja high power sepenuhnya tetapi semangat tidak luntur. Kerja2 maintanance TNB menyebabkan kami tergendala hampir 10 jam.

Sekarang 9M2YAS sedang mengoperasi di 14mhz secara high power sepenuhnya. Alhamdulillah...harap rentak ini dapat diteruskan hingga isnin pagi....insyaAllah

9M2YAS IN ACTION

9M2PZ EYEBALL WITH 9M2AR

GOOD DISCUSSION

9W2TZ WITH 9M2OUT

LUNCH IN OPEN AIR

QRV ON CQWW SSB 2011

Thursday, October 27, 2011

9M2SM ON CQWW 2011....InsyaAllah

Operators On Duty For CQWW SSB 2011

Seribu kesyukuran kami panjatkan kepada Allah s.w.t. Permohonan kami pada tahun ini telah mendapat pertimbangan dari SKMM. Jutaan terima kasih kepada Tuan Nasim, Tuan Razif dan Pn. Norizan atas bantuan Contest Callsign yang baru ini.

9M2SM akan menggantikan 9M2SMC pada CQWW SSB contest pada tahun ini. Dengan Suffix yang lebih pendek adalah diharapkan dapat memberi lebih saingan kepada stesen2 amatur di luar sana. Yang lebih dekat lagi stesen2 di Sarawak terutamanya seperti 9M8Z, 9M8R dan 9M6SP....hehehe.

9M2SM bukanlah personal callsign yang boleh dipakai bila2 masa tetapi hanya dikeluarkan untuk tujuan DX contest sahaja....... Atas alasan kami akan bertanding atas tiket Multi Operator Single Transceiver....kebenaran telah diberikan. Operator pada tahun ini terdiri daripada OM Manan (9M2PZ) selaku station master dan aku sendiri sebagai station manager dibantu oleh 9W2TZ, 9M2YAS dan 9M2OUT selaku assisted log operator.

Tidak sabar rasanya menunggu Sabtu ini untuk bertemu dengan station2 besar seperti DR1A, E2E, PB5X dan ramai lagi. Tidak lupa juga station2 Malaysia yang akan mengambil bahagian. Tidak kira apa kategori sekali pun...ini lah masanya untuk kita mengharumkan dan membawa nama Malaysia ke ruang Udara dunia secara total. Syabas buat anda semua...

Doa moga kita diberkati hendakNya bersama hobi yang tercinta ini. Amin.....




CQ Worldwide DX Contest, SSB: 0000Z, Oct 29 to 2400Z, Oct 30
Mode:SSB
Bands:160, 80, 40, 20, 15, 10m
Classes:Single Op All Band (QRP/Low/High)
Single Op Single Band (QRP/Low/High)
Single Op Assisted All Band
Single Op Assisted Single Band
Xtreme Single Op
Multi-Single
Multi-Two
Multi-Multi
Xtreme Multi-Op
Max power:HP: 1500 watts
LP: 100 watts
QRP: 5 watts
Exchange:RS + CQ Zone No.
Work stations:Once per band
QSO Points:0 points per QSO with same country (counts as mult)
1 point per QSO with different country same continent
2 points per QSO with different country same continent (NA)
3 points per QSO with different continent
Multipliers:Each CQ zone once per band
Each country once per band
Score Calculation:Total score = total QSO points x total mults
Submit logs by:November 20, 2011
E-mail logs to:ssb[at]cqww[dot]com
Mail logs to:Paper Logs
Box 481
New Carlisle, OH 45344
USA
Find rules at:http://www.cqww.com/CQWW-Rules-2010.pdf
http://www.cqww.com/CQ_WW_Xtreme_Rules.pdf

Sunday, October 23, 2011

6th In The World...Congrates OUT


Agak lama beliau menyepi di SSB. Kadang2 layan PSK dan CW. Tidak seperti tahun lepas....aktif. Masa aku nak mintak tolong untuk CQWW minggu hadapan pun dia seperti keberatan. Mungkin sibuk kerja kot atau set up tak sesempurna dulu. Equipment asyik ader prob...( kesian kat aku ler tu...hehehehe)

Tetapi pagi nie dia menempik kegembiraan. Ada satu email memaklumkan dia agak berjaya di Scandinavian YL contest. 6 out of 7 is the best achievement for her. Kalau dari Asia the only YL stn for the categories. Tahniah Ja.....tak penat la CQ...hehehe

Harap sangat dapat bekerja kembali di CQWW minggu hadapan. Bukan apa.....bila YL panggil CQ.....sambutannya panas............hehehe. 88 from me and again....... congrates



9m2out calling 2010 sylra contest

Saturday, October 8, 2011

Will be Back on CQWW 2011

Lama sunguh tak mencoret kat sinie. Aktiviti ham radio terhenti seketika. Bahana renjatan kilat kira-kira 1 tahun yang lalu masih lagi memberi kesan. Equipment boleh dikatakan semuanya total lost. hampir setahun aku mengumpul semula dan aku rasa sudah bersedia untuk ke udara semula.

Dalam minggu ini hampir 30% alatan dapat ditingkatkan semula dengan bantuan rakan2. Dimulai dengan wak Sugeng 9M2NDO dan Ibrahim 9M2IBR....hasil tangannya membuatkan IC735 Pak Manan (9M2PZ) berfungsi dengan baik semula ( akan digunakan untuk 40m,80m dan 160m). Terima kasih tanjung karang.
Selain itu rakan baik aku dari Johore 9M2ODY telah menghantar satu set FT857 (akan digunakan untuk upper band). Sedang di setting untuk ESSB. 2M aku didalam base pun sudah dapat beroperasi semula. TQ ody for the crazy price....hehehehe

Tak lupa bang Hanafi 9W2TZ. Ts50 anda cukup hebat sekali dan aku kagum dengan kuasa TX nya.( juga akan digunakan di Upper band). Ts480 akan digunakan sebagai main tranceiver untuk 10m 15m dan 20m. Tq 9M2OUT for the big gift for my birthday.

Selain transceiver.....linear juga amat memainkan peranan during bad propagation. Allhamdulillah 5 tiub 811h telah sampai untuk back up Ameritron 811H aku. Tq to 9M2NZ dan 9M6TMT for the help. Tak lupa 9M2SX untuk service and maintanance yaesu Fl2000 with 6kd6 tube.( akan dirunkan di lower sideband)

Selain main equipment...antenna juga tak boleh dilupa. Petang semalam dengan bantuan 9W2FHM....fahmi....sedikit kerja2 maintanance telah dibuat. Rotary dipole dibawa turun...rotator dikasi minyak.....coax diikat rapi.....connector diketatkan semula. Mungkin minggu depan wire rope akan diganti sepenuhnya untuk faktor keselamatan....insyaAllah. Again fahmi tq for the great job.

Tanpa antenna yang bagus.....alatan tidak akan berguna sama sekali. Tnx Dal 9W2DAL for D3E7.....the best antenna for upperband. Hopefully it can give million of points during this cqww.

CQWW 2011 SSB

Callsign : masih dalam permohonan baru
Kategori : Multi Operator High Power
Operator : 9M2GET, 9M2OUT, 9M2YAS, 9M2AMZ, 9W2TZ
Tx : Kenwood ts480, ts50 Yaesu Ft857 dan Icom 735
Amplifier : 2 ameritron 811h, Yaesu FL2000
Antenna : DalBeam D3E7, G5RV fullsize
Audio : Behringer ( 9M2ODY )
Log : Toshiba NB250 with N1MM logger
Operators On Duty for CQWW 2011

Dengan harapan dan doa kepada Allah yang satu.....adalah diharapkan pasukan ini akan berjaya dan dilindungi hendaknya. Amin

Saturday, July 30, 2011

REZEKI RAMADHAN

1 Ogos nie genap la kesetiaan aku dalam profesion ni untuk tahun yang ke 13. Banyak suka duka yang aku rasa tak cukup ruang untuk aku coretkan disini. Perkataan keramat yang hadir hari ini ialah "Tahniah CIKGU". Itu dari mulut boss aku iaitu CIKGU DON KASA Pengarah Pelajaran Negeri Perlis merangkap Guru Disiplin aku satu masa dulu. hahahaha.


Aku sendiri dapat rasakan.......dia sendiri pun tak menyangka yang pelajar yang paling nakal dalam sekolah dia satu masa dahulu akan mendapat anugerah dari tangan dia sendiri....

Syukur Alhamdulillah aku panjatkan........kerana bukan saja aku sorang malah Oja (9M2OUT) dan juga sahabat baik aku Tok Leman(9W2JUS) turut sama2 memanjat pentas untuk menerima anugerah pada tahun ini.

Jadi Julai ini di akhiri dengan senyuman setelah bertungkus-lumus menyelesaikan segala tugasan untuk separuh masa pertama tahun ini.

Ramadhan muncul lagi dan rezeki ini akan digunakan sebaik mungkin. PMR dan SPM akan menjelang tidak lama lagi.....kerja harus kuat agar anak2 didik aku tak kan terkulai oktober nanti. Buat rakan2 yang membantu selama ini jasamu tak kan ku lupa dan buat mantan Pengetua aku Cikgu Ghazali.......terima kasih atas kepercayaan yang diberi......TERIMA KASIH CIKGU.

9W2JUS.......SPARING PARTNER AKU KAT SEKOLAH........Tahniah Jusny

Tuesday, July 5, 2011

Back To Old School

Tq Bang Hanafi 9W2TZ kerana memberi ruang kepada aku untuk merasai nikmat ini. Ini lah yang disebut2 Hybrid Rig. Masih lagi solid state rig tetapi untuk finalnya dibekalkan dan dikuasakan dengan 3 bijik tiub. Kenwood TS530sp ini dah hampir mencecah 30 tahun tetapi masih lagi solid.


Permainan aku untuk ESSB ditamatkan seketika. Icom 735 Pak Manan aku polish elok2 masuk peti besi sekejap. Nak layan Hybrid nie jap. Petang nie aku buat converter untuk mic pin nya agar dapat beroperasi dengan Mic Mc60 aku. Selain itu di keluarkan semula relay cable 7 pin ts950sdx aku untuk dimatchkan dengan KASUT Yaesu FL2100 aku. Tak banyak nak drive......sekadar yang dibenarkan.....hehehe.

So semuanya vintage diatas meja....dari Rig sampai ke linear amplifier......paling2 tidak pun 20 tahun ke atas....hehehe. Tetapi inilah satu pengalaman yang tidak dapat dijual beli. berputar2 tangan aku nak tune kan benda alah nie. Memang layan habis. baru tahu betapa sukarnya Ham pada masa dulu. Nak tx pun kena amik masa agar heater (dapur) panas dulu.....hehehe.

Bermain dengan plate current....loading coil....dan drive banyak mengajar aku kesusahan dalam hobi ini......... tetapi hasilnya tak dapat nak digambarkan.....kalau dibandingkan FT897 aku dulu dengan mesin tua ini sudah pasti aku sambar yang tua ini. Hanya yang sudah bermain dengan valve set yang mampu menceritakan nikmatnya. Dari Tx ke RX audionya sungguh hebat.

thanks to Saito ( 9M2SX ) Andy ( 9M2DY ) Leow ( 9V1CP ) dan tak lupa cikgu Rahman yang banyak guide aku untuk operatekan Hybrid @ Valve set ini. tanpa bantuan mereka hampir 4 bijik tiub 811h yang dah aku kaputkan hehehehe.

So minggu ini aku Back To Old School......when u hear me....pls stoping by and give me a nice signal report.........Adios...........


Monday, June 20, 2011

I'm Back On 20M Band


The band was crazy last night. From 12.00 to 02.00 a.m local, i worked a lot with the European Station and luckly i manage a qso with one station from Liverpool. City of The Beetles, one of my fovourite band. Thanks Andy for the card and hope to c u agn. All coming very strong to west Malaysia. almost 20db over S9. --... ...-- ...-.-..


Friday, June 10, 2011

9M2GET WITH ESSB PROJECT


Project Manager : 9M2GET

Treasurer : 9M2OUT (hihihi sapa tak sayang bini oiii)

Advisor : 9M2ODY, YB0AR, YB5QZ, YC5NS, YC5YZ

Audio Equipment by : Behringer
Studio Mic B1
Mic Preamp Mic200
DSP 1124 EQ perimeter

i Box : 9M2ODY

Transceiver : ICOM 735 ( 22 years ) 9M2PZ

Linear Amplifier : Rebuild FL2000 by 9M2SX ( 1KW)

Transciever MOD : YBoAR and 9W2KTR

Live Recording and Playback : YC6ODD

Duration : 4 Weeks

Penyakit baru aku dalam hobi nie.....hehehe. Ini semua angkara voodoo audio dari johor baharu....dan aku terjebak. Walaubagaimanapun tnx ODY for a new input in this hobby. Dari Dxing sampai ke contest......kali ini aku nak mencuba HiFI audio di amatur radio.

Berkat kesabaran dan budget yang ciput...... akhirnya semalam dapat juga dikeluarkan audio dum dum cis cis dari Arau. Walaupun tidak setanding Indonesia dan JB tapi aku berpuas hati. Kebanyakan equipment pak cik Ebay yang uruskan hehehehe.

Tidak lupa juga rakan2 dari Nusantara.....Om Ferry....Om Anton....Om Edy dan Om Firman yang tak jemu2 membantu aku. Dari modification hingga la ke Live recording and playback. Tidak lupa juga buat sifu aku dari Johor 9M2ODY.....tnx fer the help. U are the pioneer in this essb in West Malaysia bro.

Masih lagi mengkaji dan belajar. ....Kata Om Anton untuk ESSB setting saja memerlukan 100 jam on the air. Kalau aku baru saja 5 jam hahaha. Mencuba dan terus mencuba untuk terus abadi bersama hobi ini.

Kepada yang ingin mencuba.....carilah guru untuk panduan agar mendapat audio gear yang sebetul-betulnya. All the best



YC5NS VOODOO LAB

9M2ODY VOODOO LAB

YB5QZ VOODOO LAB

Baru nak berjinak2

Sunday, May 22, 2011

Antenna Rotator For Sale

A Brand New Yaesu G250 for sale. Only ask RM550 include shipping. Only West Malaysia. Do call or sms me. 100% working. sold because the old rotator back on duty.......

Newer Posts Older Posts Home